Sunday, April 22, 2007

Futsal Silaturrahim DPPNK


Perlawanan Futsal antara kawasan seluruh negeri Kedah telah diadakan di Gemilang Futsal, Sungai Lalang pada 21 April lalu. 14 pasukan dari 13 kawasan dan exco DPPNK telah menghantar pasukan untuk bertanding dalam kejohanan ini. Pasukan DPPKM hanya berjaya hingga ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang telah dimenangi oleh DPP Kawasan Padang Serai yang memang hebat walaupun hadir tanpa jersi seperti pasukan lain.
Yang penting komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukan oleh semua pasukan bertanding amat membanggakan dan 'sporting'.
Selepas ini akan diadakan pula satu kejohanan ping pong yang akan dianjurkan DPPK Merbok setelah program sama mendapat sambutan yang menggalakkan dalam edisi 2006 yang telah di adakan di Dewan Hokkien Sungai Petani. Menurut Sdr Fadli selaku Pengerusi Lajnah Sukan dan Kebudayaan DPPKM, kejohanan kali ini akan menarik lebih ramai peserta dan akan diadakan dengan lebih terbuka dan insyaAllah akan mendapat tajaan dari syarikat pengeluar minyak terkenal.

4 comments:

mohd said...

Sekalung tahniah buat DPPKM kerana menyertai kejohanan tersebut walaupun hanya ke suku akhir. Bagi saya prestasi yang di tunjukkan amat membanggakan dan layak di puji (di beri credit) kerana pertama kali bermain dalam mana-mana kejohanan. Syukran buat sahabat-sahabat AJK yang bermain untuk pasukan Shah,Ibrahim,Nasrun(Naib Ketua DPPKM) atau lebih dikenali sebagai Ust. Un dari Kg Banggol bagi saya bermain cemerlang pada hari tersebut(baca cara Hj Hasbullah Awang), Ust Sabri(Timb. Ketua DPPKM), Azizan, Farid (syukran bawa jersi & gloves), tak lupa yang memberi hadir sokongan dan kewangan Ust Zahir (Ketua DPPKM), Asri (S/U DPPKM & tukang ambik gambaq), Ust Azizi, Fadli yang menjadi pegawai "teknikal" dan sahabat dr sg layar hujung (sorry lupa nama) dan sahabat yang lain. InsyaAllah kita akan bermain dengan lebih baik pada kejohanan yang lain pulak.

'klepiaq Merbok klepiaq'

DPPNKEDAH said...

Assalamualaikum

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Merbok, kerana berjaya mengadakan blog sendiri. Diharap laman blog ini dapat menyalurkan maklumat yang tepat, padat dan pantas. semoga semua akan dapat manfaat. ALLAHU AKBAR 3x

Dari: SU DPPNK

azwanxtechsis said...

Tahniah kepada DPPK Merbok...Walaupun kalah tetapi tetap hebat. Tahniah sekali lagi..Walaupun Padang Serai yang mengungguli kejohanan, Merbok boleh tahan hebat dari segi penyokong. Penyokong Merboklah yang menyebabkan gawang Padang Serai bolos 1 gol.

IbnuBakrin said...

Tahniah..tahniah..tahniah...
"Kena cekop sama jangan dok klepiaq saja no..!"

Anyway... 'Good Luck'.