Wednesday, May 23, 2007

TAHNIAH PAS



Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan, ahli dan penyokong Parti Islam Se Malaysia (PAS) di atas perasmian bangunan Ibupejabat barunya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur yang telah dilaksanakan.

Bangunan setinggi 6 tingkat ini kini menghiasi Jalan Raja Laut dengan BULAN PUNAMA PENUH menandakan betapa jauhnya parti ini telah melangkah dari sejarahnya lebih 52 tahun dahulu.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat telah merasmikan bangunan baru itu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian PAS sehingga mampu memiliki bangunannya sendiri seumpama ini.

Dari Kepala Batas ke Jalan Hamzah di Kg Baru berpindah ke Jalan Pahang seterusnya ke Taman Melewar dan kini ia berdiri megah dan gagah segagah pemimpin dan ahli-ahlinya yang telah berkorban untuk memiliki mercu tanda ini sebagai simbol kesungguhan parti ini untuk mendokong dan mendaulatkan Islam di tanahair tercinta.

Pasti kekukuhan bangunan turut melambangkan betapa kukuhnya kekuatan keahlian PAS disegenap peringkat. Dan mudah-mudahan dengan tertegaknya bangunan ini maka akan lebih melonjaklah semangat ahli-ahli parti itu disemua peringkat untuk berjuang bagi mencapai maksud dan matlamat perjuangan mereka.

Tuesday, May 22, 2007

KENAIKAN GAJI TIADA MAKNA KALAU HARGA BARANGAN NAIK

Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan kerajaan semalam tidak akan membawa sebarang keistimewaan, jika ia turut mendorong kepada kenaikan harga barang-barang pengguna.

Malah sebelum kenaikan gaji diumumkan lagi harga barang telah dinaikkan. Malangnya kerajaan gagal membendung kenaikan harga barang kerana kelemahan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang tidak melaksanakan tugas pemantauan dan penguatkuasaan dengan bersungguh-sungguh dan berkesan. Akhirnya kenaikan gaji hanya sedap didengar hakikatnya tidak memberi makna yang besar kerana kenaikan itu digunakan untuk membayar harga barangan yang kian naik.

Lebih malang lagi, orang awam dan pekerja swasta yang tidak mendapat apa-apa keistimewaan dengan kenaikan gaji kakitangan awam terus merana kerana berhadapan dengan kenaikan harga barangan.

Beberapa orang ahli ekonomi tempatan melahirkan kebimbangan, sekiranya fenomena kenaikan barangan ini terus berlaku, ia boleh menyebabkan kadar inflasi meningkat, sekali gus memberi tekanan kepada kehidupan, terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah. Ini juga akan mengujudkan masalah sosial yang lebih serius contohnya kadar jenayah yang meningkat kerana tekanan hidup. Mungkin ada yang sanggup melakukan jenayah semata-mata untuk mendapatkan sesuap nasi menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Pensyarah Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIA, Mohd. Nahar Mohd. Arshad berkata, berita kenaikan gaji kakitangan awam memang perkhabaran yang menggembirakan.

Menurut beliau, bagaimanapun, kenaikan gaji kakitangan awam itu bakal memberi tekanan kepada syarikat swasta apabila kenaikan gaji dalam sektor awam itu akan dijadikan penanda aras oleh pekerja swasta.

Jelas beliau, dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang sederhana, syarikat swasta yang terpaksa mengikut langkah kerajaan menaikkan gaji pekerja mereka, mungkin terpaksa pula meningkatkan harga produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan bagi memenuhi kehendak semasa.

“Maka dalam jangka panjang kita mungkin tidak dapat elak menghadapi kenaikan harga barang kecuali kerajaan dapat mengawal gejala itu secara serius,” katanya kepada Utusan Meloya ketika dihubungi semalam.

Monday, May 21, 2007

BAYI MENINGGAL SETELAH 'HIDUP SEMULA'


JITRA: Bayi perempuan yang disahkan hidup ketika sedang dikafankan tengahari semalam, meninggal dunia di Hospital Jitra, malam tadi.

Bayi seberat 330 gram yang dilahirkan tidak cukup bulan itu disahkan meninggal dunia sebaik dilahirkan oleh ibunya, Nor Dewiyana Din, 28, kira-kira pukul 11 pagi semalam di Hospital Jitra.

Bagaimanapun, bayi itu yang dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Padang didapati bergerak ketika kerja-kerja mengkafankannya dilakukan kira-kira pukul 12 tengahari dan bayi itu terus dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan.

Namun demikian hayat bayi yang hidup semula itu hanya bertahan selama kira-kira lapan jam apabila bayi berkenaan meninggal dunia dalam inkubator pukul 8.40 malam tadi.

Bapa bayi berkenaan, Azmi Masiron, 26, berkata jenazah anak keduanya itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rahmat pukul 10 pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Hasnah Ismail tidak memberikan jawapan terhadap dakwaan Azmi yang mendedahkan bahawa isterinya terpaksa menunggu lama diluar bilik bersalin sebelum dibenarkan masuk.

Dr Hasnah hanya menjawab berkenaan dakwaan kakitangannya cuai dengan tidak memeriksa bayi tersebut dengan teliti. Dalam jawapannya Dr Hasnah berkata siasatan awal pihaknya mendapati pegawai perubatan yang bertugas telah memeriksa bayi berkenaan selepas dilahirkan dan mendapati tiada tanda-tanda denyutan jantung dan pernafasan.

Selepas sejam 55 minit menunggu, pegawai perubatan itu mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia dan perkara itu telah dimaklumkan kepada bapa bayi itu, katanya.

Dr Hasnah berkata sebuah jawatankuasa penyiasat yang terdiri daripada pakar perbidanan dan sakit puan serta pakar kanak-kanak telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu.

Beliau turut mengesahkan bahawa Nor Dewiyana telah mengalami keguguran pada kandungan 20 minggu enam hari semasa dimasukkan ke hospital itu.

Thursday, May 17, 2007

Murtad Tidak Digeruni


Semalam saya bersama sepuluh orang ahli jawatankuasa pemuda turun ke Kg Belum Kawin dalam rangka program turun padang mendekati pemuda. Kehadiran lebih dua puluh orang termasuk beberapa 'petua' menyemarakkan semangat kami untuk menyampaikan beberapa agenda termasuk tazkirah Ustaz Indonesia.
Saya sempat mengutarakan dua kes pengakuan murtad yang dilakukan oleh pelajar IPT baru-baru ini. Sunyi sepi malam seketika, cuma kelihatan beberapa insan yang sekadar mengangguk-angguk kepala. Murtad bang! bukan muntah, amat sedikit reaksi terkejut yang dapat dilihat apa lagi wajah keinsafan. Secara keseluruhannya respon amat mendukacitakan. Tak tau la kalau orang-orang muda yang ada semalam tak berapa pasti murtad tu lagu mana..
Nampaknya terpaksalah kita berpatah balik ke langkah yang lebih terdahulu, terpaksalah kita membuang lebih banyak masa untuk menceritakan apa yang telah dilakukan oleh abang-abang kita dulu-dulu.
Sempat juga saya menceritakan pengalaman peribadi mengenai kes murtad yang berlaku ke atas seorang kawan satu ITM semasa di Johor sepuluh tahun lalu. Betul lah selalu orang kata, tak kena kat kita, maka tak tahu rasa macam mana.
Saya juga sempat menceritakan serba ringkas perlakuan Ummu Hadhari tempoh hari yang saya rasa nasibnya akan hampir sama macam kawan saya dulu kalau... ahh tak nak cakaplah.
Siapakah yang akan membela islam, bila umat islam pun tak percaya islam.
Jangan ceritalah semua ni rencana oreintalis ka, nasionalis ka, orang kita tetap akan kata takpa, kita tengokla..
Sampai masanya nanti yang kita tak tahu bila agaknya, Allah akan pilih kaum lain bila melayu nampaknya terlalu berlembut sepertimana mereka menerima islam dengan cara yang lembut..

Wednesday, May 16, 2007

Tepong Pula Melambung

Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan kenaikan RM0.15 harga tepung gandum dari RM1.20 kepada RM1.35 sekilogram. Alasannya mudah, penigkatan kos pengangkutan dan kenaikan harga gandum di pasaran global. Dulu kata bila harga minyak dinaikkan harga barangan lain tak akan terjejas teruk.
Hah apa lagi tepong naik, harga roti terutamanya roti canai pun terus naik lagi sekupang. Dulu ada sorang menteri yang jaga kementerian ni menyarankan supaya dikecikkan saiz tapi jual pada harga yang sama, minyak pun kurangkan sikit kuantiti per liter dan jual dengan harga sama, bolehka? Boleh! tapi sama la tu.
Sebab tu sebelum ni saya tulis, sesiapa pun boleh jadi menteri kalau macam ni caranya. Kerajaan kata nak bela golongan makan gaji macam saya, lega roti dah pun naik harga. Kawan saya yang berniaga roti canai pun lega untungnya tak terjejas. Lepas ni mari kita sama-sama teka barang apa lagi yang akan naik. Betul la tu bila orang kata sekarang ni hujan saja yang turun, lain semuanya naik, tu pun pokok hujan kena naik dulu.
Tak pala naik sikit saja takkan terjejas kehidupan kita, sekolah tak kena tutup, masjid surau tak runtuh, Perodua VIVA pun dah keluar, nak pertikai apa lagi...

Tuesday, May 15, 2007

Selamat Hari Guru


Detik 16 Mei adalah detik yang sangat bermakna kepada warga negara Malaysia yang bergelar guru. Sama ada guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah dan guru agama, mereka adalah guru

Guru umpama lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru-guru PASTI di Malaysia dan di MERBOK Khasnya. Jasa kalian terlalu besar untuk dinilai dengan wang ringgit. Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan akan dinilai sebagai amalan yang mulia di sisiNya.
Pengorbanan guru-guru PASTI adalah pengorbanan kelas pertama

Monday, May 14, 2007

Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Misi

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua ibu. Bagi yang masih mempunyai ibu, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berbakti kepada itu yang terlalu banyak jasa melahir, menjaga, membesar dan mendidik kita. Hanya tuhan yang dapat membalas kebaikan yang telah dilakukan para ibu. terima kasih mak.

Selat juga diucapkan kepada misi misi (jururawat) sempena hari jururawat sedunia yang disambut kelmarin. Walaupun ramai yang tak tahu dan melupainya, namun anda semua adalah insan-insan yang hebat.

Sunday, May 13, 2007

Melayu akan terus di perjuang

Sehari dua ini bagi yang mengikuti cerita Maybank yang mensyaratkan firma guaman juga mempunyai status bumiputera untuk berurusniaga dengan mereka. Maknanya bukan saja kontraktor yang pentingkan taraf bumi iaitu dimiliki oleh 50% bumiputera dalam syarikat tersebut untuk diberi projek.
Tiba-tiba kabinet mengarahkan Maybank menarik balik syarat tersebut atas desakan pihak tertentu. Belum pun ada reaksi dari bank-bank lain untuk membantu firma guaman bumiputera, hasrat murni bank terbesar itu terus terbantut. Seperti yang kita tahu berapa kerat saja firma guaman dalam negara yang cukup besar untuk mendapat klien dari golongan syarikat besar dan multi nasional. Di mahkamah juga rekod yang diketahui umum kes-kes berprofil tinggi selalunya didominasi peguam-peguam hinu dan singh.
Jadi dengan institusi kewangan dan perbankanlah lawyer-lawyer kita nak cari makan, untuk mengendalikan kes-kes tuntutan dan perjanjian pembiayaan. Tambahan pula sekarang ni banyak sungguh firma guaman yang perlu bersaing.
Hari ini pula muka depan surat khabar harian memaparkan syarikat akauntan bumiputera dipinggirkan. Ramai antara mereka yang membuka firma sendiri setelah menimba pengalaman berkhidmat di firma akauntan terkemuka dan dikenali, namun apabila membuka syarikat sendiri, keupayaan mereka diragui oleh agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat besar untuk dilantik sebagai auditor dan sebagainya.
Nampaknya selepas lawyer, kini akauntan pula yang diberi perhatian. Bagi saya perjuangan untuk melayu dalam bab ini saja yang patut disokong penuh tetapi tidak yang lain.
Tetapi di satu sudut lain kita belum pasti ada niat lain golongan ini dibela, maklumlah bak kata orang Kedah, dah dekat nak temu 'KOB'..

Friday, May 11, 2007

Lagi Umpan Pilihanraya

"Seramai 1.2 juta kakitangan awam seluruh negara akan menerima kenaikan gaji kerana mereka berhak mendapatnya", kata Datuk Seri abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Memang para pekerja kaki awam berhak menerima kenaikan gaji satelah semakan gaji terakhir adalah 15 tahun yang lalu.

Cuepacs mencadangkan kenaikan 40 peratus untuk kumpulan sokongan II (Gred I hingga 16) yang merupakan jawatan terendah dalam sektor awam manakala 30 peratus bagi kumpulan sokongan I(Gred 17 hingga 40)

Bagi kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41 hingga 54), Cuepacs mencadangkan kenaikan sebanyak 20 peratus manakala bagi Jawatan Utama (Jusa) pula sebanyak 10 peratus.

Kakitangan awam pastinya gembira dengan kenaikan tersebut.Tetapi apalah ertinya kenaikan gaji kalau kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barangan yang bakal mengikut naik juga.

Bagaimana pula mereka yang bukan kakitangan awam atau yang bekerja disektor swasta?
Kesan kenaikan gaji kakitangan awam sudah tentu memberi kesan yang negatif kepada mereka.

Walau apapun , kenaikan ini sebagai pertanda pilihanraya umum pastinya sudah terlalu hampir. Satu lagi umpan paling sedap untuk memancing undi selain berita pengukuhan ringgit dan peningkatan indeks komposit bursa Malaysia yang tertinggi dalam sejarah.

Nah, ekonomi bagus, kerajaan baik hati, pemimpin warak dan strategi pilihan raya yang palik licik maka hanya umno dan BN sajalah yang layak diberi mandat perintah Malaysia.

p/s : apa habaq orang-orang MTD dan UPU?

Wednesday, May 9, 2007

Alasan Bodoh Pemerintah Bangang

"tarif air akan dinaikkan bagi menghukum mereka yang membazir air". apa ke bangang seorang apek tua yang dah cemuih jadi menteri bagi alasan unttuk menaikkan tarif air. Kalau macam ni la caranya, sapa pun gheti jadi menteri. Sapa pun gheti jadi menteri kalau sikit-sikit penaik harga minyak dan lain-lain. Lepas tu apabila barangan keperluan pengguna naik, takpa kenaikan itu takan menjejaskan ekonomi negara. Nak penaik harga gula sorok gula, nak penaik harga minyak masak, sorok minyak masak. Nasib hampa la.
Macamtu jugala dalam indusri pembinaan yang mana kerajaan tak dapat nak bendung kenaikan harga besi hingga meningkat sebanyak RM500 lebih dalam masa beberapa bulan. Setengah orang tak tau pasai apa bila perwaja lingkup menjadi perhatian hangat. Kerana dengan adanya syarikat pengeluar besi yang GLC itu, sekurang-kurangnya boleh sedikit menstabilkan harga pasaran. Sekarang bila diambil alih oleh pemilik baru dari keturunan yang sama, kilang ada harapan maju, tapi bersekongkol dengan pengeluar besi lain dan langsung menyumbang kepada kenaikan harga tadi. Ambik hampa..
Projek dapat kat melayu, barang beli kat cina, barang naik harga, cina dok untung situ la, hak melayu ni komisen kat orang politik pun ngam-ngam. Untung belum tahu lagi, kecualilah dia atoq tumbuk ghusuk dan pakai kabel besaq paha dan dapat projek yang marginnya melampau. Buleh gagah.. tu la hampa
Bangsa lain dapat projek, rekemen projek, buat universiti bantu bangsa dia, puak ni kira depaa saja. Dok menang situu.
Hampa dok nganga lagi

Monday, May 7, 2007

Giliran Ummu Hadhari Hina Hudud & Islam..

Maka terbuktilah bahawa Islam Hadhari adalah mazhab baru ciptaan UMNO sebenarnya? Jika tidak, masakan para pemimpin UMNO sewenang-wenang dibiarkan mempersendakan hukum Allah?. Inilah yang harus kita persoalkan tentang ajaran Islam Hadhari ini sebenarnya.

Terbaru bekas penceramah bebas yang sudah tersohor di negara kita, bahkan di rantau ini iaitu Dr.Mashitah Ibrahim secara terang-terangan telah menghina Hukum Hudud dikhalayak ramai.

"Tolong Pak Lah, tolong kalau tak siapa lagi..... kalau curi tangan kanan potong, curi tangan kiri potong, pah tu nak potong kaki..nak curi lagi dengan mulut.......kan baik bgi kerja... "

Inilah petikan motivasi UST.DR.Mashithoh, yang dok melopong kat depan tu pakai ketayap putih ada...eee. Majlis apa ni, bacul belaka. Beliau telah terang-ternag menghina Nabi dan Islam, Allah berfirman:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا جَزَاء بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Maidah :30

Dan Dr Mashitoh dengan beraninya menentang ayat Allah di atas.

Sila dengarkan klip video ini:
ummu hadhari.http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g"

Beliau bukan sahaja memperlekehkan dan mempersendakan hukum Allah itu, malahan beliau turut membandingkan dengan hukum hudud dengan hukum ciptaan manusia yang baginya adalah lebih "perfect".
Beginikah mentaliti yang terdidik dalam jiwa seorang bergelar "Ustazah" yang selama ini disanjung dan dipuja oleh sebahagian besar umat Islam di negara ini?.

Beliau yang kini merupakan Ahli Parlimen Baling, dan telah diangkat menjadi Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri merupakan salah seorang tokoh agama terkenal yang telah "dibeli secara tunai" oleh UMNO untuk menentang pengaruh tokoh-tokoh agama terkenal yang kebanyakkannya telah menyertai parti pembangkang terutamanya PAS.

Justeru itu, sebagai memprotes kenyataan biadap Dr.Mashitah ini marilah kita sama-sama menghantar memorendum secara peribadi supaya beliau menarik balik kenyataan tersebut dan bertaubat kepada Allah terhadap apa yang telah beliau ucapkan itu. Sesungguhnya sebagai umat Islam yang pernah menyanjung beliau selama ini, kita merasa amat terhina dengan kenyataan biadap beliau itu.

Marilah kita sama-sama menghantar memo kepada beliau, semoga beliau insaf diatas apa yang berlaku ini. Sila hantarkan memo anda kepada beliau di alamat :-

YB Datuk Dr. Mashitah Bt Hj. Ibrahim
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA.
atau menerusi E-mel kepada mashitah@pmo.gov.my

Kisah Qarun

Peringatan Kepada Golongan Yang Gilakan Dunia (Bahagian: Pertama)
Oleh : Abu Yusri

Siapakah Qarun itu? Qarun ialah seorang manusia yang hidup di zaman Nabi Musa a.s. Beliau ialah seorang yang kaya dan mewah tetapi apa yang ada padanya telah membuatnya melupai Allah s.w.t.
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran Surah Al-Qassas ayat : 76 hingga 82 yang maksudnya:-
“Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. ( Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya : ‘Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.”
Qarun ialah seorang keturunan Bani Israil, iaitu anak kepada bapa saudara Nabi Musa a.s. Menurut ceritanya, ia telah dikurniakan kesenangan dan kemewahan dengan banyak oleh Allah s.w.t. Apa lagi, hak kepunyaannya dan harta bendanya melimpah di sana-sini menjadikannya oleh yang terkemuka dikalangan masyarakatnya ketika itu. Kunci-kunci kepada gudang-gudang miliknya jika dikumpulkan tidak dapat diangkat kesemuanya oleh orang-orang yang muda dan kuat. Bayangkanlah jumlah gudang-gudang yang dimilikinya. Semua orang yang memandangnya akan bercita-cita untuk memiliki kekayaan yang serupa dengannya.

Banyak juga dikalangan orang-orang yang bijaksana dan ahli-ahli pengetahuan yang insaf dan yang takutkan Allah memberi teguran dan nasihat kepadanya dengan peringatan-peringatan terhadap akibat-akibat dan bencana-bancana yang akan menimpa seseorang walaupun bagaimana kebesaran dan kehebatan orang itu sekiranya dia lupa diri dan juga lupakan kepada kaum bangsa dan terhadap pergaulan di dalam masyarakat dan lebih-lebih lagi, lupa kepada syari’at Allah s.w.t. yang diwajibkan kepadanya. Mereka juga menasihatinya supaya jangan ia melakukan kemaksiatan dan kejahatan daripada kekayaannya yang merosakkan masyarakat.
Banyak orang-orang yang berharta menyalahgunakan harta mereka untuk menambahkan kekayaan. Diantara cara-cara mereka ialah dengan membuka banyak pusat-pusat maksiat, kasino-kasino dan menjalankan perniagaan ceti haram (Along). Diperingkat antarabangsa, mereka menjalankan perniagaan pembekalan senjata kepada negara-negara musuh Islam, pengedaran dadah dan sebagainya. Mereka lupa bahawa harta yang Allah kurniakan ialah amanah kepada mereka.
Banyak manusia yang berkata bahawa pangkal kebahagiaan ialah harta yang banyak. Kalau kita tidak memiliki harta, kita tidak akan bahagia. Angan-angan begini tidak diakui oleh agama; tidak diakui oleh kewarasan akal dan ilmu yang betul. Biasanya yang paling banyak terjadi ialah bertambah banyak harta, bertamba jauh lagi ia dari keinsafan. Dia akan menjadi bertambah sombong tetapi bertambah dekat dengan kesengsaraan. Kadang-kadang seseorang yang mempunyai harta yang banyak boleh membukakannya suatu jalan untuk menjalinkan perhubungan yang akrab dengan Iblis dan syaitan yang dilaknat.
Orang-orang seperti Qarun berlumba-lumba memburu harta benda dan kesenangan tetapi yang didapatinya ialah kesusahan. Tenaganya menjadi sia-sia; umurnya habis; kebajikannya kosong dan fikiranya menjadi tumpul. Pada suatu ketika dahulu, pernah terdapat seorang jutawan Arab yang bernama Adnan Kashoogi. Beliau menggunakan kekayaannya bukan ke jalan yang diredhoi Allah. Beliau yang pernah memiliki kekayaan berjumlah tidak kurang dari US$750 juta telah jatuh muflis. Kalau Namrud boleh dikalahkan dengan termasuknya seekor nyamuk kedalam telinganya, begitulah juga jutawan ini yang telah ranapkan oleh isterinya sendiri yang menuntut nafkah harta sepencarian yang bernilai jumlah yang tidak mampu dibayar olehnya. Dia dihinakan lagi apabila cek-ceknya yang diberi kepada orang dikembalikan oleh pihak bank.
Kita tidak mengatakan harta benda itu tidak ada kebaikannya. Terletaklah ditangan kita bagaimana kita hendak menggunakan harta itu. Contohnya senjata api, apabila ianya berada di tangan polis, rakyat menjadi lebih yakin dan selamat tetapi kalau yang memegangnya ialah seorang penjenayah, ia akan menimbulkan ketakutan di dalam hati orang ramai. Kalau harta berada ditangan orang-orang yang berilmu, dunia ini akan dapat dimanfaatkan melalui pembangunan ekonomi dan keperluan-keperluan untuk kesejahteraan rakyat. Tetapi kalau harta itu berlegar dikalangan orang-orang yang bakhil, hasilnya ialah 20% peratus kekayaan negara akan direbut oleh 80% rakyat sementara 80% kekayaan akan dinikmati oleh hanya 20% orang-orang kaya. Ini adalah ekonomi yang songsang dan tidak diterima oleh Islam.
Allah mengurniakan kekayaan kepada sesuatu masyarakat atau negara bukan untuk dibolot kesemuanya oleh golongan-golongan tertentu. Sebaliknya kekayaan itu wajib diagih untuk kemakmuran rakyat jelata. Kita pernah membaca di dalam sejarah tentang kejatuhan empayar-empayar yang kuat dizaman dahulu akibat daripada pentadbiran ekonomi yang songsang. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin terhimpit dengan kepapaan.

(Bersambung)

Sunday, May 6, 2007

Ustaz Musoddak Pertahan Jawatan KP



Ustaz Musoddak Hj Ahmad telah mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diadakan pada 4 dan 5 Mei di Sekolah Integrasi Faizin, Guar Cempedak. Jawatan Ketua Pemuda Kedah telah dicabar oleh Ketua Penerangan DPP Jerai yang juga Pengarah Dacs, Ustaz Firdaus Jaafar.

Cakap-cakap mengatakan kemungkinan DPPNK akan diterajui kepimpinan baru tidak dapat direalisasikan apabila para perwakilan dari DPP kawasan-kawasan masih mahu memberi peluang kepada penyandang jawatan tersebut untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam DPPNK.
Sementara itu jawatan Timbalan Ketua Pemuda telah dimenangi oleh Ustaz Ahmad Yahya dan Naib Ketua pula disandang oleh Ustaz Zainol Asri Romli.
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi hidayah dan pertolongan kepada kepimpinan pemuda ini supaya dapat mengharungi segala rintangan dan cabaran dalam membawa pemuda Kedah ke era yang lebih gemilang dan membantu negeri Kedah mencapai kemenangan yang cemerlang dalam pilihanraya.
Kita mengucap tahniah kepada yang menang dan syabas kepada pemuda Kedah yang masih mengamalkan demokrasi sihat seperti mana yang dikehendaki.

Thursday, May 3, 2007

Pemuda PAS Perlu Elak Budaya Syok Sendiri

PERMATANG PAUH, 3 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mahu semua Dewan Pemuda seluruh negara bergerak lebih agresif ke tengah masyarakat dengan merangka strategi lebih berkesan untuk mengelak budaya 'syok sendiri' yang boleh melemahkan penonjolan PAS.Katanya, budaya 'syok sendiri' bukan sahaja melemahkan penonjolan bahkan menjadikan kepimpinan yang menerajuinya tidak ke mana kerana asyik berlakon di gelanggang sendiri."Budaya syok sendiri hendaklah dihindarkan jauh dari prinsip perjuangan kerana ia memusnahkan parti. Tambahan lagi ia tidak sesuai digunapakai di zaman global yang memerlukan kesepakatan bersama parti lain jika mahu memerintah, " tegasnya.Sebaliknya, era kini memerlukan perbincangan yang luas dengan lain-lain parti pembangkang, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pertubuhan Islam atau bukan Islam yang wujud di negara ini,katanya.Semua itu sambungnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, PAS mempunyai potensi untuk memerintah bersama pakatan Barisan Alternatif (BA) jika rakyat memberi peluang dalam pilihan raya umum ke-12 nanti."Jangan ada kepimpinan pemuda yang rasa sudah puas hati dengan cara terkini tanpa mahu berfikir atau mempelajari taktik pendekatan menawan hati masyarakat, " jelas beliau.Tambahnya, sikap jaguh di gelanggang sendiri juga tidak boleh melonjakkan peranan pemuda kerana globalisasi memerlukan kesungguhan dan prihatin dengan isu semasa.Justeru katanya, pemuda harus mencari alternatif bagaimana mahu memperbaiki serta mempertajamkan minda ke arah yang lebih mencabar supaya menjadi jaguh di gelanggang orang lain."Sikap syok sendiri dan jaguh di gelanggang sendiri tidak boleh melonjakkan peranan pemuda selari dengan zaman ini sebaliknya kena bertindak memperbaiki dan tajamkan minda agar kita boleh menang di gelanggang orang lain, " katanya.

Tuesday, May 1, 2007