Sunday, May 13, 2007

Melayu akan terus di perjuang

Sehari dua ini bagi yang mengikuti cerita Maybank yang mensyaratkan firma guaman juga mempunyai status bumiputera untuk berurusniaga dengan mereka. Maknanya bukan saja kontraktor yang pentingkan taraf bumi iaitu dimiliki oleh 50% bumiputera dalam syarikat tersebut untuk diberi projek.
Tiba-tiba kabinet mengarahkan Maybank menarik balik syarat tersebut atas desakan pihak tertentu. Belum pun ada reaksi dari bank-bank lain untuk membantu firma guaman bumiputera, hasrat murni bank terbesar itu terus terbantut. Seperti yang kita tahu berapa kerat saja firma guaman dalam negara yang cukup besar untuk mendapat klien dari golongan syarikat besar dan multi nasional. Di mahkamah juga rekod yang diketahui umum kes-kes berprofil tinggi selalunya didominasi peguam-peguam hinu dan singh.
Jadi dengan institusi kewangan dan perbankanlah lawyer-lawyer kita nak cari makan, untuk mengendalikan kes-kes tuntutan dan perjanjian pembiayaan. Tambahan pula sekarang ni banyak sungguh firma guaman yang perlu bersaing.
Hari ini pula muka depan surat khabar harian memaparkan syarikat akauntan bumiputera dipinggirkan. Ramai antara mereka yang membuka firma sendiri setelah menimba pengalaman berkhidmat di firma akauntan terkemuka dan dikenali, namun apabila membuka syarikat sendiri, keupayaan mereka diragui oleh agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat besar untuk dilantik sebagai auditor dan sebagainya.
Nampaknya selepas lawyer, kini akauntan pula yang diberi perhatian. Bagi saya perjuangan untuk melayu dalam bab ini saja yang patut disokong penuh tetapi tidak yang lain.
Tetapi di satu sudut lain kita belum pasti ada niat lain golongan ini dibela, maklumlah bak kata orang Kedah, dah dekat nak temu 'KOB'..

No comments: