Wednesday, May 23, 2007

TAHNIAH PAS



Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan, ahli dan penyokong Parti Islam Se Malaysia (PAS) di atas perasmian bangunan Ibupejabat barunya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur yang telah dilaksanakan.

Bangunan setinggi 6 tingkat ini kini menghiasi Jalan Raja Laut dengan BULAN PUNAMA PENUH menandakan betapa jauhnya parti ini telah melangkah dari sejarahnya lebih 52 tahun dahulu.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat telah merasmikan bangunan baru itu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian PAS sehingga mampu memiliki bangunannya sendiri seumpama ini.

Dari Kepala Batas ke Jalan Hamzah di Kg Baru berpindah ke Jalan Pahang seterusnya ke Taman Melewar dan kini ia berdiri megah dan gagah segagah pemimpin dan ahli-ahlinya yang telah berkorban untuk memiliki mercu tanda ini sebagai simbol kesungguhan parti ini untuk mendokong dan mendaulatkan Islam di tanahair tercinta.

Pasti kekukuhan bangunan turut melambangkan betapa kukuhnya kekuatan keahlian PAS disegenap peringkat. Dan mudah-mudahan dengan tertegaknya bangunan ini maka akan lebih melonjaklah semangat ahli-ahli parti itu disemua peringkat untuk berjuang bagi mencapai maksud dan matlamat perjuangan mereka.

No comments: