Sunday, May 6, 2007

Ustaz Musoddak Pertahan Jawatan KP



Ustaz Musoddak Hj Ahmad telah mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diadakan pada 4 dan 5 Mei di Sekolah Integrasi Faizin, Guar Cempedak. Jawatan Ketua Pemuda Kedah telah dicabar oleh Ketua Penerangan DPP Jerai yang juga Pengarah Dacs, Ustaz Firdaus Jaafar.

Cakap-cakap mengatakan kemungkinan DPPNK akan diterajui kepimpinan baru tidak dapat direalisasikan apabila para perwakilan dari DPP kawasan-kawasan masih mahu memberi peluang kepada penyandang jawatan tersebut untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam DPPNK.
Sementara itu jawatan Timbalan Ketua Pemuda telah dimenangi oleh Ustaz Ahmad Yahya dan Naib Ketua pula disandang oleh Ustaz Zainol Asri Romli.
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi hidayah dan pertolongan kepada kepimpinan pemuda ini supaya dapat mengharungi segala rintangan dan cabaran dalam membawa pemuda Kedah ke era yang lebih gemilang dan membantu negeri Kedah mencapai kemenangan yang cemerlang dalam pilihanraya.
Kita mengucap tahniah kepada yang menang dan syabas kepada pemuda Kedah yang masih mengamalkan demokrasi sihat seperti mana yang dikehendaki.

No comments: