Thursday, June 14, 2007

Bila Islam Memerintah


Lihatlah keadilan yang dapat dinikmati bila islam memerintah bukan diperintah. Pemandangan biasa di kebanyakan jalan yang saya lihat di Bandar Kota Bharu Bandaraya Islam semasa menghadiri muktamar awal bulan lalu. Sepanjang jalan dari hotel penginapan hingga ke PUTIK, beberapa orang sahabat saya tak habis habis mendengus tanda marahkan gelagat puak parti pembangkang Kelantan yang tumpang sibuk memasang beratus-ratus bendera keris dan dacing dicelah-celah bendera bulan purnama dan banting muktamar. Apa tidaknya disetengah tempat lebih banyak biru dari hijau sedangkan suasana sebenarnya adalah hari besar Parti Islam Semalaysia yang ditunggu saban tahun.Kalaulah kita nak buat macam yang depa selalu buat memang boleh tapi tak ada bezalah kita dengan depa.
Saya rasa sungguh hebat bila tak ada satu pun bendera-bendera tersebut yang sengaja dicacatkan atau dibuang sama sekali. Inilah akhlak islam yang boleh dilihat bagi yang mahu melihat. Inilah kebebasan yang kita mahukan seperti mana yang diperolehi oleh umno dan BN di Kelantan. Inilah ciri demokrasi yang dah lama kita idamkan dan umno Kelantan mengecapi kebebasan ini sekian lama.

No comments: