Wednesday, June 13, 2007

Selamat Bertemu Kembali



Sejak bercuti sempena muktamar di PUTIK tempoh hari barulah kini ada masa sikit nak tengok blog ni. Banyak peristiwa yang berlaku sejak dua minggu kebelakangan ini tidak dapat diberi perhatian.


Selamat Meneruskan Perjuangan


Tahniah dan selamat meneruskan perjuang diucapkan kepada seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS Pusat yang berjaya dalam pemilihan kali ini. Yang penting matlamat sebenar kewujudan parti Islam yang disayangi ini dapat dilihat kesinambungannya. Walaupun ada setengahnya dahulu dipertikai keupayaan mereka, peluang patut diberi kerana tempoh dua tahun dalam sepenggal itu belum tentu dapat dicapai kesesuaian untuk membawa parti ke landasan yang diharapkan. Yang penting inilah saf yang wajib disokong sedaya mungkin oleh seluruh ahli disemua peringkat.

Walaupun selayaknya kuasa telah berada di tangan kita namun kemenangan dalam pilihan raya berada di kedudukan yang agak terkemudian dalam carta keutamaan perjuangan kita yang perlu difahamkan semula kepada seluruh ahli. Satu ayat yang selalu saya cakap, “kita ni masuk PAS bukan pasai itu, ini, dia tu dan dia ni..” Sama-samalah kita membetulkan niat kita!


Selamat Pengantin Baru Pak Lah



Belum terlambat untuk ucapkan selamt pengantin baru kepada pak lah yang tetap dengan taste nya. Orang tua selalunya susah kita nak ubah, nak bagi dia dengar cakap kita. Cuma bila sesuatu yang dibuat terang-terang melanggar syariat, kena kata jugalah. Banyak blogger yang komen taste pak lah tetap pada yang tak bertudung walaubagaimana pun lebih baik dari dok gosot bahu nyonya orang lain.


KL terus dilimpahi



Baru saja orang tua tu nak mengecapi limpahan kasih saying bini baru, ibu Negara sekali lagi ditenggelami air. Banjir kilat yang membunuh 5 jiwa itu amat membingungkan apabila kita semua ternanti-nanti untuk melihat kecanggihan terowong smart yang menjadi kebanggaan seketika. Saya rasa kalau projek ni berjaya mencapai matlamat utamanya mengatasi banjir kilat di ibunegara, orang yang akan mendapat pujian adalah Tun Det yang paksa puak JPS pecah kepala buat torowng bertingkat yang hebat itu. Sebab tu lah orang tua yang tengah darah maneh tu kalut dok tanya macam-macam soalan yang dia langsung tak tahu. Macam tu punya projek mega siap bila pun dia tak tau, tu yang dok jadi hospital dilanjut tarikh siap sampai 6, 7 kali. Can you speed up !
Masa yang sama dengar cerita bandar kuala juga iaitu Kuala Nerang turut dilimpahi air sampai terputus hubungan seketika, agaknya Bandar kembar kecil Kuala Lumpur la

No comments: