Sunday, June 17, 2007

Sukan PASTI Merbok Meriah




PASTI Kawasan Merbok telah mengadakan hari Keluarga dan Sukan PASTI 2007 di padang awam Taman Malinja, Semeling 16 Jun lalu. Lebih 300 orang terdiri dari pelajar, guru, waris dan penduduk setempat hadir bermula jam lapan pagi lagi. Hampir semua PASTI dalam kawasan Merbok turut serta mengambil bahagian dalam beberapa acara menarik yang diadakan antaranya lumba lari 50 meter, beberapa acara sukaneka, bola sepak dan acara lazim bagi kanak-kanak, mewarna. Para guru dan waris pelajar juga ‘sporting’ sekali turut menyertai acara yang disediakan.
Cuaca mendung pagi hari sabtu itu amat membantu melancarkan program tahunan yang diadakan khas untuk warga PASTI.
Program dimulakan dengan perbarisan pelajar dari setiap PASTI yang mengambil bahagian diikuti bacaan ikrar dan perasmian yang telah disempurnakan oleh Ustazah Basariah Md Yassin, Ketua Muslimat PAS Kawasan Merbok.
PASTI Kawasan Merbok mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang mengambil bahagian dan menang. Juga penghargaan diberikan kepada PAS Cawangan dan Pemuda Cawangan Taman Malinja yang bertungkus lumus menyediakan tempat dan makanan kepada semua.

2 comments:

mohdfauzan said...

tak lupa penhargan kepada AJK DPP Merbok yang turut membantu dalam melancarkan program tersebut "hail to DPP Merbok..."
mana gambaq pengadil yg macho tu?(jgn marah ha)

azwanxtechsis said...

Tahniah kepada Jabatan PASTI Kawasan Merbok dan seluruh saf kepimpinan DPP Kawasan Merbok yang berada di bawah teraju Ustaz Zahir Ghazali.