Thursday, August 30, 2007

Wednesday, August 29, 2007

Sekular vs Bukan Sekular?


Gambar di sebelah adalah pemimpin Islam yang bercita-cita untuk menegakkan syiar Islam dalam negara yang begitu sayangkan taraf sekular yang dimiliki sejak 1943 dulu. Orang Islam sendiri di sana lebih sayangkan title sekular dan mengaku sebagai sebahagian negara barat begitu takut dengan imej Islam. Tetapi inilah imej pemimpin yang dipilih majoriti rakyat. Lihatlah ‘First Lady’nya yang patuh mengamalkan ajaran Islam.
Kita sendiri takut dengan kerisauan rakyat Turki yang takut negara mereka menjadi Islam. Dalam wawancara yang disiarkan di televisyen saya tertarik dengan seorang wanita yang berkata “kami belum pernah melihat Hayrunisa (isteri Abdullah Gul) bercakar di tempat awam atau majlis kerajaan, tetapi jika kemodenan yang dimahukan oleh rakyat dapat dituruti, mereka rasa tudung dikepalanya seolah-olah tiada”.
Teringat pula saya pada kisah orang PAS Sungai Pial yang takut diketahui orang yang dia orang PAS hingga sanggup tidak menjemput jiran dekat yang orang tempatan kenali sebagai aktivis PAS ke majlis kenduri di rumahnya.


..dan bandingkan pula dengan gambar dibawah!




Apa yang boleh kita komen bila Pak Lah sendiri keliru dengan taraf Malaysia sebagai negara Islam, Islam Hadhari, Sekular, Islam tapi mengamalkan undang-undang sekular atau bukan negara sekular tapi mengamalkan fahaman sekular?
Lihat sendiri lah Pak Lah dan Jeane Danker

Tuesday, August 28, 2007

UNDANG-UNDANG SYARIAH PATUT GANTIKAN COMMON LAW

Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan supaya undang-undang syariah menggantikan common law Inggeris.

Ketua hakim negara juga percaya bahawa seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 perlu dipinda kerana ia memberi laluan kepada undang-undang Inggeris, kesaksamaan dan statut ke dalam undang-undang Malaysia.

Ahmad Fairuz dilaporkan berkata seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law Inggeris, jika terdapat undang-undang tempatan.

Sebaliknya, kata Ketua Hakim Negara itu, mungkin sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.

Sunday, August 26, 2007

RM1.13 JUTA DUIT RAKYAT LEBUR

Tahukah anda berapakah kos yang dibelanjakan untuk memilih calon angkasawan negara?

Kosnya mencecah RM1.13 juta.

Manakala kerajaan Rusia akan membiayai kos latihan dua calon yang telah terpilih dan kos penghantaran seorang angkasawan pertama dari negara ini.

Menurut laporan Bernama, kos tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Prof Dr Ruddin Ab Ghani di Dewan Rakyat.

Katanya, usaha itu merupakan hasil perundingan perjanjian timbal balik pembelian pesawat pejuang Sukhoi-30 MKM antara kerajaan Malaysia dan Rusia.

Dr Rudin menjawab soalan Shim Paw Fatt (BN-Tawau) yang meminta kementerian menjelaskan perbelanjaan kerajaan dalam proses pemilihan, latihan dan penghantaran angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) Oktober ini.

Dr Ruddin juga berkata angkasawan negara ke ISS juga, antara lain, akan menjalankan penyelidikan mengenai tindak balas sel barah terhadap rawatan termasuk radiasi.

Mengenai sama ada program angkasawan negara akan diteruskan, beliau berkata, Malaysia bersedia menerima jemputan untuk menyertai misi ke stesen ISS pada masa depan jika ada pihak mencadangkan.

Thursday, August 16, 2007

Kisah Qarun

Peringatan Kepada Golongan Yang Gilakan Dunia (Bahagian: Kedua)

Oleh Abu Yusri

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam Al-Quran Surah Al-Qassas Ayat : 77 yang bermaksud:-
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakkan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakkan.”

Orang-orang Bani Israil pernah menasihati Qarun supaya ia segera mendermakan sebahagian hartanya sebagai amanah Tuhan yang tergenggam di tangannya untuk melaksanakan amal-amal kebajikan yang akan mencapai keredhoan Allah dan kebahagiaan di akhirat. Selepas itu, janganlah dilupakan hak kepentingan didunia dalam hal kebersihan agamanya.

Banyak orang agak keliru dengan tafsiran ayat ini semenjak pihak-pihak tertentu memperkenalkan konsep baru dalam kefahaman Islam yang mengatakan bahawa akhirat hendaklah dituntut tetapi janganlah lupakan bahagian kita di dunia seperti bekerja dan mencari wang yang banyak, menjadi kaya dan membina negara. Kalau diikut kitab-kitab tafsir dengan terjemahannya yang amanah, (mengikut bahasa Melayu zaman dahulu yang jelas) ayat ini ditafsirkan begini:-
“Tuntutilah olehmu pada barang yang dikurniakan Allah akan engkau (daripada harta kekayaan) untuk menyelamatkan engkau dengannya pada negeri Akhirat (yakni membelanjakan harta pada jalan Allah) dan tetapi jangan pula engkau lupa pada mencapai kewajipan hidupmu didunia (daripada ketinggian dan kemuliaan di dunia yang diredhoi Allah - Yakni beriman dan mengamalkan cara hidup Islam) kerana dengan harta kekayaan juga perlunya untuk menyokong dan memajukan dalam urusan dunia yang dengannya tercipta nikmat Ilahi di negeri Akhirat (iaitu keimanan yang dibentuk akan mendorongi ia untuk memajukan dunia mengikut acuan Islam, bukan mencari harta untuk menjadi kaya supaya boleh berlagak dengan kemewahan). Oleh itu, segala usaha untuk dunia atau Akhirat adalah untuk kepentingan Akhirat, bukan berusaha dengan urusan dunia untuk kepentingan dunia sahaja dan berusaha dengan urusan Akhirat untuk akhirat sahaja. Itu fahaman Yahudi dari zaman Nabi Isa a.s. sehingga sekarang dan fahaman ini telah menimbulkan amalan mereka yang masyhur iaitu memisahkan agama dengan pentadbiran negara.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Qasas Ayat : 78 bermaksud:-
“Qarun berkata : ‘Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku.’ Dan apakah Allah tidak mengetahui, bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka.”
Qarun juga telah diperingatkan bahawa selain daripada menginfaqkan sebahagian hartanya kejalan Allah s.w.t., dia hendaklah menginsafi bahawa harta banyak yang dikurniakan kepadanya ialah dari bekas-bekas nikmat Allah. Nikmat-nikmat ini sepatutnya tidak dilupakan sehingga ia melalaikan daripada membuat jasa kebaikan terhadap masyarakat umum terutama kepada fakir miskin daripada kalangan hamba-hamba Allah yang wajib diberi pertolongan oleh orang-orang yang berharta. Akan tetapi, segala teguran dan nasihat dari kaumnya tidak masuk langsung ke telinganya dan hatinya terkunci daripada segala ajaran-ajaran mereka. Malah ia sendiri mengatakan kepada kaumnya bahawa harta yang ada disisinya datang dari kepandaiannya sendiri. Banyak kerajaan-kerajaan yang angkuh mempunyai pendirian begitu. Mereka berkempen semasa pilihanraya supaya mereka dipilih semula sebab rakyat boleh melihat dan menilai betapa hebatnya mereka membangunkan negara. Sedikitpun mereka tidak menyandarkan kejayaan dan kemajuan mereka kepada nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Berapa banyak negara yang mempunyai ahli-ahli dalam pembangunan negara tetapi oleh kerana mereka tidak dikurniakan rezeki oleh Allah, negara mereka masih mundur dan rakyat menderita. Mereka (kerajaan-kerajaan yang maju ini) tidak sedar bahawa Allah boleh mencabut semula segala nikmat pembangunan yang mereka ada sehingga negara mereka menjadi padang jarak padang tekukur.

Ahli-ahli tafsir berkata sebabnya Qarun menjadi kaya ialah kerana beliau mengetahui ilmu kimia. Beliau dapat mencipta ubat-ubatan kimia (chemical) yang apabila dicampur ubat itu dengan yang ini dan dituangkan ke atas logam yang rendah mutunya atau ke atas besi buruk, logam itu akan bertukar menjadi emas dan perak yang mempunyai nilai yang tinggi. Dengan cara begitu, sekejap masa sahaja ia boleh mengumpulkan harta yang banyak dari emas dan perak sehingga menjadi hartawan yang masyhur. Tetapi ia lupa bahawa emas dan perak itu tidak dapat memberikannya kebahagiaan yang mutlak dan dapat mencapai keredhoan Allah. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum-kaum yang terdahulu daripadanya yang lebih kaya dan gagah telah dibinasakan oleh Allah dan diazabkan mereka sampai hari Kiamat.

(Bersambung)

Monday, August 13, 2007

Ni Lah Rupa Pengundi Kawasan Zam


Tengoklah rumah seorang penduduk di Kg Kuala Sin yang berada dalam kawasan Parlimen paling selamat. Pasti kita tertanya-tanya, kenapa masih ada orang yang susah sedemikian rupa. Inilah kesan apabila wakil rakyat rasa tak payah buat apa pun mesti menang. Kalau nak tahu, pemimpin umno merbok hanya berebut untuk jawatan di peringkat bahagian dan bila dah ada kedudukan, kerusi terjamin dengan pengundi tersedia. Tentulah sekelompok melayu umno di peringkat bahagian telah dapat 'menikmati' kemajuan dan kesenangan, bai rakyay dihujung-hujung seperti Kuala Sin, Tanjung Dawai, apa cerita

Sunday, August 12, 2007

Program Tautan Kasih



Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengadakan program bersama cawangan Kuala Sin sabtu lalu dan mendapat sambutan menggalakan. Dengan kerjasama Dr Hamdan yang bermurah hati memberi perkhidmatan kesihatan dan ubat free dan para dermawan yang menyumbang sedikit barangan keperluan, program yang diberi nama Tautan Kasih ini berjalan lancar dengan dibantu petugas cawangan. Sebilangan pengunjung yang menjenguk kaunter perubatan yang dibuka dihalaman rumah Abang Lah depan Sekolah Kebangsaan Kuala Sin adalah dari kalangan penyokong umno. Alhamdulillah, walau pun masih perlu sesuatu untuk dekati mereka ini namun keperihatinan yang cuba ditunjukkan berjaya menggerakkan mereka kerana mereka percaya kita ikhlas.

Sekilo beras, gula, kopi dan biskut sudah cukup untuk kita saksikan lelehan terharu pada mata penerima sumbangan. Semua sumbangan tersebut disampaikan kepada penerima yang kebanyakannya memang susah dan miskin serta ibutunggal terus ke setiap rumah mereka dengan pertolongan beberapa pemuda cawangan. Perasaan puas membuat kerja amal seperti, Allah jelmakan dalam terus di dalam hati dan ini memberi semangat untuk terus melaksanakan kerja kebajikan.

Jumpa lagi di Tanjung Dawai.

Tuesday, August 7, 2007

Pengalaman Baru Pemuda


Jam menunjukkan hampir pukul 4.50petang dan kami bersama beberapa orang pemuda Merbok baru tiba di perkarangan SP Plaza di bandar Sungai Petani. "Ahh, dah ada orang mai dah". Kelihatan kebanyakan kereta di kawasan parking dah terselit risalah tersebut pada wiper. Kami mengambil keputusan untuk terus ke masjid Muzafar Shah untuk bersolat asar dan akan meneruskan misi ini di kawasan Taman Jublee Perak bersebelahan masjid.
Selesai solat kami berpecah beberapa kumpulan dan beberapa orang jemaah yang singgah bersolat sempat kami hulurkan risalah tersebut. Kami menuju ke kawasan taman dengan hati berdebar kerana kami belum tahu respon orang di sana. Nampaknya kawasan food court di situ pun telah diserbu pemuda sebelum kami dan kami dapat melihat kebanyakan pengunjung memegang risalah tersebut.
Apalagi kami teruskan juga menemumi pengunjung di dalam taman dari makcik-pakcik dan abang-kakak hinggalah kepada kumpulan remaja hip hop semua menerima pemberian kami. Yang melucukan hampir berpuluh pasangan remaja yang terkejut disapa dua tiga pemuda berkopiah dan dengan baju yang tertera perkataan DUTA. Banyak reaksi sepontan mereka yang kami sendiri seronok melihatnya.

Bagi pemuda yang kali pertama menyertai program edaran risalah, tentu dapat merasai pengalaman baru menyampaikan risalah Pas kepada orang ramai. Dari pengamatan penulis ada yang tak dapat menyembunyikan perasaan marah apabila risalah yang dihulur enggan diterima dan dibuang oleh orang ramai.

Sunday, August 5, 2007

i5K: Tahniah Merbok!

Ijtimak 5000 Pemuda Kedah yang berlangsung di dataran Kompleks PAS kedah Batu 9
semalam berjaya mencapai sasaran apabila kesemua 15 kawasan seluruh negeri Kedah menghantar kontinjen pemuda masing2. Program yang diisi dengan solat hajat bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa di dalam Dewan Dato' Fazil Noor dan amanat pimpinan Negeri, Pemuda dan Pusat itu turut dihadiri oluh Timbalan Presiden , Naib Presiden, ketua Pemuda Pusat, Pesuruhjaya Negeri dan semua kepimpinan pemuda negeri.
Pada sebelah petangnya semua peserta Ijtimak dikerah ke beberapa kawasan untuk program mesra rakyat seperti di tempat2 tumpuan di bandaraya Alor Star, Kuala Kedah, Pendang, Guar Cempedak dan Bandar Sungai Petani. Lebih 30000 risalah diedarkan kepada orang ramai disemua lokasi.