Tuesday, August 7, 2007

Pengalaman Baru Pemuda


Jam menunjukkan hampir pukul 4.50petang dan kami bersama beberapa orang pemuda Merbok baru tiba di perkarangan SP Plaza di bandar Sungai Petani. "Ahh, dah ada orang mai dah". Kelihatan kebanyakan kereta di kawasan parking dah terselit risalah tersebut pada wiper. Kami mengambil keputusan untuk terus ke masjid Muzafar Shah untuk bersolat asar dan akan meneruskan misi ini di kawasan Taman Jublee Perak bersebelahan masjid.
Selesai solat kami berpecah beberapa kumpulan dan beberapa orang jemaah yang singgah bersolat sempat kami hulurkan risalah tersebut. Kami menuju ke kawasan taman dengan hati berdebar kerana kami belum tahu respon orang di sana. Nampaknya kawasan food court di situ pun telah diserbu pemuda sebelum kami dan kami dapat melihat kebanyakan pengunjung memegang risalah tersebut.
Apalagi kami teruskan juga menemumi pengunjung di dalam taman dari makcik-pakcik dan abang-kakak hinggalah kepada kumpulan remaja hip hop semua menerima pemberian kami. Yang melucukan hampir berpuluh pasangan remaja yang terkejut disapa dua tiga pemuda berkopiah dan dengan baju yang tertera perkataan DUTA. Banyak reaksi sepontan mereka yang kami sendiri seronok melihatnya.

Bagi pemuda yang kali pertama menyertai program edaran risalah, tentu dapat merasai pengalaman baru menyampaikan risalah Pas kepada orang ramai. Dari pengamatan penulis ada yang tak dapat menyembunyikan perasaan marah apabila risalah yang dihulur enggan diterima dan dibuang oleh orang ramai.

No comments: