Sunday, August 12, 2007

Program Tautan Kasih



Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengadakan program bersama cawangan Kuala Sin sabtu lalu dan mendapat sambutan menggalakan. Dengan kerjasama Dr Hamdan yang bermurah hati memberi perkhidmatan kesihatan dan ubat free dan para dermawan yang menyumbang sedikit barangan keperluan, program yang diberi nama Tautan Kasih ini berjalan lancar dengan dibantu petugas cawangan. Sebilangan pengunjung yang menjenguk kaunter perubatan yang dibuka dihalaman rumah Abang Lah depan Sekolah Kebangsaan Kuala Sin adalah dari kalangan penyokong umno. Alhamdulillah, walau pun masih perlu sesuatu untuk dekati mereka ini namun keperihatinan yang cuba ditunjukkan berjaya menggerakkan mereka kerana mereka percaya kita ikhlas.

Sekilo beras, gula, kopi dan biskut sudah cukup untuk kita saksikan lelehan terharu pada mata penerima sumbangan. Semua sumbangan tersebut disampaikan kepada penerima yang kebanyakannya memang susah dan miskin serta ibutunggal terus ke setiap rumah mereka dengan pertolongan beberapa pemuda cawangan. Perasaan puas membuat kerja amal seperti, Allah jelmakan dalam terus di dalam hati dan ini memberi semangat untuk terus melaksanakan kerja kebajikan.

Jumpa lagi di Tanjung Dawai.

No comments: