Monday, October 22, 2007

Rumah Terbuka Idul Fitri PAS Merbok

Majlis Rumah Terbuka Idul Fitri PAS Kawasan Merbok yang di adakan semalam menerima kunjungan lebih seribu ahli dan penyokong dari seluruh kawasan. Sambutan rumah terbuka ini merupakan gabungan anjuran PAS Kawasan dan Dewan Pemuda dan Muslimat yang dahulunya dibuat berasingan.
Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat rendang, kuih muih, sate, laksa, bihun sup, mee kari dan rojak yang turut disediakan oleh cawangan-cawangan mengikut pembahagian kumpulan.

Program yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Merbok (PUTIM) itu turut diserikan dengan kehadiraan rombongan Badan Perhubungai PAS Kedah diketuai YB Pesuruhjaya Ustaz Azizan Razak, TPJ Ustaz Hassan Razak dan Setiausaha Hj Yusuf Hussain. Ustaz Azizan yang beberapa kali menyebut bahawa kehadiran kali ini adalah ramai dan amat menggalakkan.



Dewan PUTIM penuh sesak dengan pengunjung yang beratur mengambil hidangan yang ditempatkan dikaunter ditengah-tengah dewan. Tiga buah khemah turut dipasang diluar dewan bagi menampung kehadiran pengunjung yang datang tidak putus-putus walaupun hujan turun dengan lebat.

Dalam majlis itu juga golongan kanak-kanak turut dirai dengan pemberian duit raya.



Majlis yang selesai sekitar jam 5.30 petang turut dikunjungi oleh ahli dan pemimpin PAS dari beberapa kawasan berdekatan.

1 comment:

paklang lah said...

Tahniah Merbok, hebat! ana tengok orang tak seramai ni di rumah terbuka PAS Kedah di Jerlun hari tu. Nampaknya wujud persepakatan yang utuh dikalangan warga PAS di Merbok, kawasan nak rai ahli dan ahli turut sam rai program kawasan. InsyaAllah suatu hari nanti kawasan tuan akan menggemparkan semua dalam pilihanraya