Thursday, October 11, 2007

Sumbangan Idul Fitri di Hospital Sultan Abdul Halim

Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia telah mengadakan program sumbangan idul fitri kepada pesakit dan kakitangan wad di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani. Sebanyak 250 bungkusan kueh raya diedarkan terus ke wad-wad kanak-kanak dan wad sakit puan. Program yang julung kali diadakan ini turut disertai YDP PAS Kawasan Merbok dan rombongan Dewan Muslimat PAS Kawasan Merbok. Pihak hospital telah memberikan kerjasama yang amat baik dan membantu melancarkan penyerahan sumbangan di dalam wad. Turut sama mengiringi rombongan DPPKM ialah Timbalan Pengarah Hospital, Dr Sharif. Ketua Pemuda Kedah Ustaz Musoddak Ahmad yang sempat hadir menyampaikan penghargaan atas kesudian pihak hospital memberi kebenaran kepada Dewan Pemuda untuk memberi sumbangan.

2 comments:

paklang lah said...

Tahniah pemuda merbok, dalam banyak orang dok kata susah nak masuk dalam premis kerajaan seperti hospital untuk buat program, tuan telah berjaya buktikan Merbok Boleh!
Apa lagi padang serai yang dok selalu hebat pi la try hospital kulim

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai said...

padang serai tak sehebat merbok...