Thursday, November 22, 2007

Cuti Sekolah & Musim Kenduri

Musim cuti sekolah baru saja bermula. Bagi adik-adik kita tentulah ini masa yang paling seronok apabila tak payah lagi bangun awal pagi dan tak payah nak sibuk buat kerja sekolah. Walaubagaimanapun janganlah kita sia-siakan masa cuti yang ada dengan hanya bermain atau pun tanpa melakukan perkara berfaedah. Mungkin ada sesetengahnya ibu bapa dah aturkan kelas tuisyen semasa musim cuti untuk anak-anak mereka. Bagi yang rasa ada kemampuan pilihlah kem-kem yang dianjurkan seperti Kem Anak Soleh dan Kem yang seumpamanya yang sudah tentu akan memberi manafaat yang amat bermakna kepada anak-anak kita. Bagi pelajar sekolah menengah yang sedang berentap dengan SPM kita ucapkan selamat berjaya.
Apa pun yang paling tak tenteram pada musim cuti ini adalah di kalangan yang akan kahwin dan yang akan mengadakan majlis pernikahan anak-anak mereka. Masing-masing pakat berebut tarikh, khemah dan tukang masak, tukang andam dan tukang tangkap gambar. Apa yang perlu kita insafi ketika ini bukanlah kemeriahan majlis gilang gemilang perkahwinan atau pun majlis persandingan bersejarah yang sekali seumur hidup itu, tetapi inilah ketikanya para syaitan akan menangis apabila mereka gagal menggoda anak adam yang memilih jalan yang ditentukan syariat untuk meneruskan hubungan sesama insan.
Malangnya kebanyakan kita terlepas pandang dan tidak mengambil berat, sebaliknya banyak majlis yang kita hadiri bukan sahaja dipenuhi dengan lagu dan muzik, malah lelaki wanita bercampur gaul seolah-olah tidak ada salahnya. Yang muda cara muda, yang lebih berumur apa kurangnya dalam kesibukan menyediakan masakan mesti ada bercampur lelaki perempuan. Maka terubatlah kembali syaitan yang tadi menangis, senyum kambali melihat gelagat orang-orang kita. Majlis yang sebenarnya baik dan menjadi ibadah terus menjadi majlis maksiat.
Marilah sama-sam kita fikirkan...

Mengundi PAS Adalah Wajib!


Ia adalah satu perintah dan hukum bersifat syar’ie dan aqli yang diterap sedalamnya di dalam hati sanubari kalangan ahli dan para penyokong Pas bahawa mengundi Pas adalah wajib hukumnya di sisi agama. Wajib agama bererti tak mungkin ditinggalkan dan bukan bersifat pilihan dan main-main. Ia bererti Pas mesti diundi, mesti didukung, dengan terpaksa dan dengan sesungguhnya. Ia bererti, di sisi agama, adalah salah untuk tidak mengundi Pas dan amat bersalah jika mengundi parti yang menentang Pas.

1) Bahawa memilih Islam dalam politik bernegara adalah wajib.

2) Bahawa mengundi di dalam pilihan raya adalah kewajiban ugama.

3) Memastikan kedaulatan dan ketuanan Islam sebagai rujukan utama perundangan negara. Hanya parti Pas yang secara jelas tanpa selimut menuntut pembentukan sebuah Negara Islam.

1 ) Pas satu - satunya gerakan Islam yang menyertai pilihan raya.
2 ) Pas satu - satunya parti politik yang bercita - cita menegakkan negara Islam.
3 ) Pas adalah sebuah parti dan gerakan Islam yang menyeru kepada kesyumulan Islam.
4 ) Umno adalah parti kebangsaan sekular yang menolak Islam sebagai sumber hukum.
5 ) Pas menerima sokongan terbesar umat Islam untuk memimpin dan menyatukan umat Islam yang berpecah belah.
6 ) Tiada tekanan dan paksaan untuk tidak mengundi Pas.
7 ) Pas terbukti benar di dalam melaksanakan janji dan cita - citanya di Kelantan.

Pas adalah untuk kedaulatan Islam dalam arena pemerintahan Negara. Ia bersendirian di medan politik untuk kemudahan seluruh umat Islam membuat pilihan. Ia melepasi kancah perselisihan antara jamaah-jamaah Islam dalam perjuangannya di medan politik.
Kewajiban terpikul ini telah melahirkan pendukung dan pejuang Islam dalam Pas yang hidup matinya adalah bersama Pas demi cita - cita suci ini. Kehadiran mereka adalah sumber utama ketahanan parti Pas di medan perjuangan.

Undilah Pas untuk kedaulatan Islam.
(Ringkasan dari tulisan Ustaz Nik Abduh Nik Aziz)

Tuesday, November 20, 2007

KISAH QARUN Bahagian Terakhir


Peringatan Kepada Golongan Yang Gilakan Dunia

Oleh : Abu Yusri

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran Surah Al-Qasas Ayat : 81 yang bermaksud:-
“Maka Kami benamkanlah Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah dia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya ).”
Selepas nasihat demi nasihat yang telah disampaikan oleh kaum bijaksana dari orang-orang Bani Israil, Qarun tidak ambil peduli langsung. Dia tidak mahu mengubah sikapnya yang sombong, angkuh dan tamak pada mengumpulkan harta. Akhirnya, Qarun menerima akibat daripada perbuatannya yang sentiasa memerah dan menindas manusia dengan cara tipu daya. Bahkan wujudnya di kalangan mereka itu adalah sebagai racun dan biang keladi dalam masyarakat. Ia berpaling diri daripada mengingati Allah dan mensyukuri nikmat kurniaan-Nya yang banyak maka akhirnya, Allah cabutkan nikmat kekayaan yang ada padanya dengan dikenakan diatasnya azab Allah dan dibinasakan dirinya dan segala harta bendanya. Dia dikenakan suatu kebinasaan sehingga tiada baginya teman rakan dan orang-orangnya yang boleh menolong menyelamatkannya.
Mengikut kitab-kitab tafsir dan sejarah, kisah kebinasaan Qarun bermula apabila pada suatu ketika, Nabi Musa a.s. pernah menuntut zakat yang diwajibkan diatasnya menurut hisab hartanya. Qarun terasa berat untuk mengeluarkan zakatnya. Apabila perkara ini sampai kepada Nabi Musa a.s., baginda sendiri mendapatkan Qarun dan mengarahkan supaya zakatnya dibayar. Dengan kemarahannya kepada Musa a.s., beliau telah mengatur suatu helah untuk menjatuhkan maruah baginda. Dia telah mengupah seorang perempuan murahan dan menyuruh perempuan itu mengaku bahawa Musa a.s. telah berzina dengannya. Pada suatu pagi, pergilah Qarun dengan perempuan itu mendapatkan Musa a.s. Katanya: “Wahai Musa. Bukankah engkau telah menerangkan syari’at kepada seluruh masyarakat Bani Israil bahawa barangsiapa yang melakukan zina, dia hendaklah direjam hingga mati?”
Jawab Musa a.s.: “ Ya, memang benar hukuman itu.”
Kata Qarun : “Kalau begitu, sekarang ini hendaklah engkau serahkan dirimu untuk kami rejamkan engkau, kerana malam tadi, engkau telah berzina dan merogol perempuan itu.”
Apabila diselidiki, didapati akhirnya perempuan itu berbohong dan dia mengaku bahawa dia telah diupah oleh Qarun.
Apabila telah sampai Qarun kepada kemuncak kejahatannya, (yakni menuduh seorang Rasul dengan perbuatan yang tidak layak baginya) maka terbelahlah bumi dengan dahsyatnya dengan disaksikan oleh orang-orang yang pernah menasihatinya dan orang-orang yang gilakan kedudukan sepertinya. Terbenamlah Qarun, rumahnya, gudang-gudang hartanya dan pembantu-pembantunya ke dalam bumi di dalam keadaan yang mengerikan itu.
Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran Surah al-Qasas ayat : 82 yang bermaksud:-
“Dan jadilah orang-orang yang mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: ‘Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkan-Nya; kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah). Seluruh kawasan kemewahan Qarun serta harta miliknya yang telah dibenamkan oleh Allah sekarang telah menjadi sebuah tasik. Orang-orang Mesir menamakan tasik itu Tasik Qarun. Tasik tersebut dikatakan tasik yang terbesar di negara Mesir dan kedudukannya di tengah-tengah negara tersebut, iaitu di wilayah Fayyum, 80 km ke selatan Kota Kaherah. Panjangnya tasik itu dari timur ke barat ialah 40 km, (lebih kurang jarak antara Sungai Petani ke Kepala Batas, Seberang Perai), luasnya 6.7 km dan kedalamannya adalah diantara 4.2 meter hingga 18 meter (kawasan paling dalam). Dengan ukuran yang telah diberikan yang hampir menyamai keluasan sebuah kawasan Parlimen, bayangkanlah betapa besarnya empayar Qarun. Akhirnya, inilah kesudahan seorang yang gilakan dunia yang perlu menjadi iktibar kepada kita semua.
Allah s.w.t. telah berfirman di dalam Al-Quran Surah Yusuf Ayat : 111 yang bermaksud:-
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang di buat-buat (dongeng atau cerita rakyat untuk berseronok-seronok sahaja), akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”

Wednesday, November 14, 2007

Perlancongan Demonstrasi

Semasa di sekolah dahulu dalam matapelajaran geografi, perlancongan adalah antara satu tajuk yang diajar dan kedudukan dan bentuk geografi menjadi antara faktor penggalak kepada industri perlancongan. Pengalaman menghadiri Himpunan 100,000 rakyat tempoh hari memberi satu faktor baru kepada galakan perlancongan domestik iaitu demonstrasi.

Cuba kita lihat kembali apa yang berjaya dihasilkan apabila sesuatu perhimpunan aman berjaya diadakan.

1. Permintaan kepada industri pengangkutan seperti bas dan keretapi meningkat dan menggalakkan

2. Kehadiran ribuan peserta ke sesuatu perhimpunan membawa bersama kuasa beli iaitu mereka akan berbelanja untuk dibawa ke tempat masing-masing dalam bentuk cenderahati atau pun barangan keperluan

3. Industri perhotelan menunjukkan peningkatan apabila pengunjung akan menginap di hotel kerana perlu datang awal atau terpaksa pulang keesokan hari kerana keletihan

4. Peniaga makanan menerima habuan paling lumayan apabila 'pelancong-pelancong' ini sangat tidak berkira dalam soal makan.

5. Apabila rakyat sentiasa diberi peluang berhimpun untuk menyatakan suara mereka, akan membawa mesej kepada orang luar bahawa Malaysia sebuah negara yang terbuka dan keadaan politik dalaman sentiasa dipantau rakyat yang akan menarik lebih ramai pelabur kerana mereka percaya kerajaan yang terbuka ini akan sukar berlakunya kes-kes rasuah dan penindasan.


Apa yang berlaku polis dan FRU atas arahan pihak berkuasa telah dengan tidak bijak mengganggu himpunan yang menyebabkan orang ramai menjadi takut. Jangankan peniaga di Jalan TAR atau Jalan Raja Laut, pemandu bas yang semua orang tahu raja di jalan raya terang-terang mengaku tidak berani menghampiri Kuala Lumpur. Maka penuhla stesen komuter Sg Buluh dan pihak KTM Komuter menerima kenaikan habuan yang luar biasa pada hari itu.

Apa yang sepatutnya kerajaan lakukan ialah memberi kerjasama kepada penganjur apatah lagi apabila sudah mendapat perkenan SPB YDP Agong untuk menerima memorandum dari pihak Bersih. Ini tidak, jalan yang ditutup sepatutnya diberi ruang kepada peserta himpunan dihalang terus dari dihampiri.

Kalaulah permit yang dipohon lebih 2 bulan lalu diluluskan, maka perserta yang datang 10 November lalu tentulah akan lebih berkali ganda. Tanyalah kepada mana-mana peserta yang datang, ada atau tidak dikalangan mereka yang datang nak patahkan tiang bendera gergasi di Dataran Merdeka atau pun nak robohkan bangunan Sogo. Tentu sekali tidak. Yang datang kebanyakan mesti bawa pulang kain suit 3 pasng RM50 atau pun 5 pasang RM100 untuk yang tunggu di rumah.
Para peniaga tentunya dapat meningkatkan jualan kerana mereka akan berani membawa barang jualan yang lebih. Kedai-kedai tentunya tersenyum tokey nya manakan tidak, kedai kasut Jukebox yang turut menjual payung berwarna kuning mendapat promosi percuma apabila berlambak orang beli payung kuning itu kerana himpunan Bersih bertemakan kuning. Tidak kurang juga yang menghabiskan stok baju hujan kuning di Maidin. Jadi inilah dia perlancongan demonstrasi yang tak perlu dilanjutkan waktu operasi kelab malam dan disko. Bila ramai polis yang berkawal rasanya makin selamat kalau mereka memang nak jaga keselamatan. Maka akan ramai lagi orang yang akan melancong ke Kuala Lumpur..

Tuesday, November 13, 2007

Lepas Ni Kita Sapu Anak Toyo

Sebelum ni orang gelar Pulau Pinang Darul Sampah, lepas tu Majlis Bandaraya Alor Star dihantar sampah dan kini negeri yang kononnya paling maju di Malaysia pula hadiah penyapu kepada PBT yang lemah dalam kutipan, tak kiralah kutip sampah ka kutip duit ka.
Ni la dia kalau cerdik jadi doktot tapi bangang. Walau pun doktot gigi, kira cerdik jugak la mengaji baru boleh jadi doktot macam dia ni. Tapi bila jadi MB yang bodoh tu juga yang dia tunjuk.
Kita hantar sampah kat MBAS kerana depa lambat kutip sampah, lori tak cukup itu alasan depa. Tapi yang paling tepat puak ni dah lama dok nganga, kerja senang. kalau penguat kuasa tu pantang tengok orang melayu meniaga silap tempat sikit dia usung habih.
Sei betui la sapa dapat menteri besanq macam ni. Tapi bila tengok sekali lagi macam khir toyo yang dapat penyapu tu. Kalu dia padan la, macam ni nak celen khairy beruk tu. Kita harap orang selangor gandakan usaha supaya budak ni depa buleh sapu terus dalam pilihan raya akan datang. Kita tunggu tengok Det anak Lid berani dak bagi penyapu setelah belungguk sampah depa tinggai kat MBAS hari tu.

Monday, November 12, 2007

Tahniah Bersih, PAS & Kontinjen Merbok

TAHNIAH
TAHNIAH
TAHNIAH!

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluluh yang terlibat menganjur, menyokong dan menyertai Himpunan 100,000 Rakyat 10 Nov lalu. Bersih, PAS dan orang Merbok semua nya hebat.
Jangan pedulikan apa saja laporan yang telah dibuat, hanya orang yang terlibat dapat merasai 'feel' nya, dapat menghidu bau gas FRU, dapat rasa percikan air asid pelaq tu dan dapat lenguh kaki, betis, lutut dan paha.
Ini harga yang perlu kita langsaikan bila kita sahut cabaran pak mentua BERUK.
Disebalik kerancakan kita membicarakan kemenangan dan kejayaan himpunan itu, kedengaran ramai yang merungut dengan pelbagai masalah yang timbul ketika pulang. Biasa la tu dah ramai-ramai kena la sabaq sikit. Kita pi tu dah baik dah, keputusan nya pun baik dan kita harap semua yang baik-baik akan terus kita dapat.
Sebelum tu dreba bas yang diketahui samseng dengan bas mereka pun kecut teloq dengar ugutan dalam tv, tak berani nak hampiri bandaraya, tak pa hantaq takat mana buleh. Kami naik benda lain pulak, yang pastinya kesebua 5 bas yang membawa kontinjen merbok berjaya melaksanakan tugas mereka walaupun setakat Sungai Buluh.

Tak tahu nak bayangkan bagaimana rasanya berada ditengah-tengah nam tujuh puluh ribu orang, pi sendiri baru tau. Beban sepuluh hari roadshow ke semua 45 cawangan di merbok yang masih terasa lelahnya hilang begitu saja diganti dengan sakit perut betih kerana berjalan jauh. Terima kasih kepada semua shabat AJK DPPKM yang setia melalui sepuluh hari yang menekan minda. Keluar rumah seawal maghrib dan pulang selepas jam dah bersurai kembali. Kesihatan diri pun dah tak dipeduli apabila rasa tanggung jawab dan amanah daripada kawasan, negeri dan Presiden terpaksa digalas ke serata cawangan.
Yang paling penting banyak benda yang boleh dipelajari di sini. Banyak strategi yang perlu dan boleh diadaptasikan untuk tujuan lain selain apabila berdepan gerombolan FRU.
Dalam hati terdetik, dalam situasi usrah yang lesu di pelbagai
peringkat, kita mampu bangkit dengan puluhan ribu umat, apatah lagi jika semua elemen tarbiyyah yang kita usahakan dapat terlaksana. Bayangkan semua disiplin tarbiyyah dapat kita serasikan kepada semua kalangan mulimin, muslimat dan pemuda PAS, halang lah bas, kerat lah rel keretapi sekali pun suara kemarahan rakyat tak akan mampu dibendung.

Terima kasih semua.

Monday, November 5, 2007

Ihtifal PASTi Merbok 2007 (Delayed)

Majlis Ihtifal PASTI Kawasan merbok telah diadakan pada 3 November lalu bertempat di Dewan PUTIM, Markaz PAS Kawasan Merbok, Pengkalan Kakap. Program tahunan bagi menghargai kecemerlangan pelajar dari 21 buah PASTI seluruh kawasan Merbok telah berlangsung meriah buat kali pertama di dewan yang hampir siap itu.
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Musoddak Hj Ahmad turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan, Timbalan YDP, Setiausaha dan beberapa AJK. Program yang dikelolakan sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok serta dibantu oleh Majlis Guru PASTI Kawasan telah dihadiri oleh semua pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ketiga dari 5 dan 6 tahun bersama guru dan ibu-bapa mereka.
Ustaz Musoddak dalam ucapannya menekan betapa pentingnya pendidikan agama diterapkan kepada anak-anak seawal usia 4 atau 5 tahun. Seterusnya menyarankan dihantar terus ke sekolah-sekolah rendah agama yang sedia ada termasuklah SRIDU dan SAIF.
Majlis itu turut diserikan dengan beberapa persembahan menarik seperti membaca bahasa melayu dan Inggeris, jawi, boria, nasyid dan hafazan doa, ayat kursi serta ayat seribu dinar.
Terdahulu majlis diperdengarkan dengan bacaan alquran dari pelajar Pasti Nur Hidayah, Sungai Layar yang baru berusia 5 tahun yang dapat membaca alquran dengan lancar.

Persembahan yang paling menarik perhatian adalah laungan azan dari adik Mohamad Amirul Munir daripada Pasti Al Ilmi Taman Bandar Baru Sungai Lalang dan amali solat subuh bersama beberapa oeang rakannya. Ramai yang memuji keberanian adik Amirul yang sebelum ini menjuarai acara azan dalam ujibakat peringkat Pasti Pusat di Kelantan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah cemerlang kepada pelajar oleh Ustaz Musoddak dan YDP Pas Kawasan, Tuan Hj Mat Akhir Thalib.

Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada semua guru dan juga perasmi.
Jabatan Pasti Kawasan Merbok mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis ini tidak ketinggalan kepada Pas cawangan Pengkalan Kakap yang menyediakan makanan dan minuman serta kepada semua penaja yang bermurah hati. Seterusnya jutaan maaf dipohon sekiranya berlaku sebarang kekurangan dan ketidaklancaran dalam mengendalikan program yang penuh bermakna ini.

Tahniah adik-adik!