Thursday, November 22, 2007

Cuti Sekolah & Musim Kenduri

Musim cuti sekolah baru saja bermula. Bagi adik-adik kita tentulah ini masa yang paling seronok apabila tak payah lagi bangun awal pagi dan tak payah nak sibuk buat kerja sekolah. Walaubagaimanapun janganlah kita sia-siakan masa cuti yang ada dengan hanya bermain atau pun tanpa melakukan perkara berfaedah. Mungkin ada sesetengahnya ibu bapa dah aturkan kelas tuisyen semasa musim cuti untuk anak-anak mereka. Bagi yang rasa ada kemampuan pilihlah kem-kem yang dianjurkan seperti Kem Anak Soleh dan Kem yang seumpamanya yang sudah tentu akan memberi manafaat yang amat bermakna kepada anak-anak kita. Bagi pelajar sekolah menengah yang sedang berentap dengan SPM kita ucapkan selamat berjaya.
Apa pun yang paling tak tenteram pada musim cuti ini adalah di kalangan yang akan kahwin dan yang akan mengadakan majlis pernikahan anak-anak mereka. Masing-masing pakat berebut tarikh, khemah dan tukang masak, tukang andam dan tukang tangkap gambar. Apa yang perlu kita insafi ketika ini bukanlah kemeriahan majlis gilang gemilang perkahwinan atau pun majlis persandingan bersejarah yang sekali seumur hidup itu, tetapi inilah ketikanya para syaitan akan menangis apabila mereka gagal menggoda anak adam yang memilih jalan yang ditentukan syariat untuk meneruskan hubungan sesama insan.
Malangnya kebanyakan kita terlepas pandang dan tidak mengambil berat, sebaliknya banyak majlis yang kita hadiri bukan sahaja dipenuhi dengan lagu dan muzik, malah lelaki wanita bercampur gaul seolah-olah tidak ada salahnya. Yang muda cara muda, yang lebih berumur apa kurangnya dalam kesibukan menyediakan masakan mesti ada bercampur lelaki perempuan. Maka terubatlah kembali syaitan yang tadi menangis, senyum kambali melihat gelagat orang-orang kita. Majlis yang sebenarnya baik dan menjadi ibadah terus menjadi majlis maksiat.
Marilah sama-sam kita fikirkan...

No comments: