Wednesday, November 14, 2007

Perlancongan Demonstrasi

Semasa di sekolah dahulu dalam matapelajaran geografi, perlancongan adalah antara satu tajuk yang diajar dan kedudukan dan bentuk geografi menjadi antara faktor penggalak kepada industri perlancongan. Pengalaman menghadiri Himpunan 100,000 rakyat tempoh hari memberi satu faktor baru kepada galakan perlancongan domestik iaitu demonstrasi.

Cuba kita lihat kembali apa yang berjaya dihasilkan apabila sesuatu perhimpunan aman berjaya diadakan.

1. Permintaan kepada industri pengangkutan seperti bas dan keretapi meningkat dan menggalakkan

2. Kehadiran ribuan peserta ke sesuatu perhimpunan membawa bersama kuasa beli iaitu mereka akan berbelanja untuk dibawa ke tempat masing-masing dalam bentuk cenderahati atau pun barangan keperluan

3. Industri perhotelan menunjukkan peningkatan apabila pengunjung akan menginap di hotel kerana perlu datang awal atau terpaksa pulang keesokan hari kerana keletihan

4. Peniaga makanan menerima habuan paling lumayan apabila 'pelancong-pelancong' ini sangat tidak berkira dalam soal makan.

5. Apabila rakyat sentiasa diberi peluang berhimpun untuk menyatakan suara mereka, akan membawa mesej kepada orang luar bahawa Malaysia sebuah negara yang terbuka dan keadaan politik dalaman sentiasa dipantau rakyat yang akan menarik lebih ramai pelabur kerana mereka percaya kerajaan yang terbuka ini akan sukar berlakunya kes-kes rasuah dan penindasan.


Apa yang berlaku polis dan FRU atas arahan pihak berkuasa telah dengan tidak bijak mengganggu himpunan yang menyebabkan orang ramai menjadi takut. Jangankan peniaga di Jalan TAR atau Jalan Raja Laut, pemandu bas yang semua orang tahu raja di jalan raya terang-terang mengaku tidak berani menghampiri Kuala Lumpur. Maka penuhla stesen komuter Sg Buluh dan pihak KTM Komuter menerima kenaikan habuan yang luar biasa pada hari itu.

Apa yang sepatutnya kerajaan lakukan ialah memberi kerjasama kepada penganjur apatah lagi apabila sudah mendapat perkenan SPB YDP Agong untuk menerima memorandum dari pihak Bersih. Ini tidak, jalan yang ditutup sepatutnya diberi ruang kepada peserta himpunan dihalang terus dari dihampiri.

Kalaulah permit yang dipohon lebih 2 bulan lalu diluluskan, maka perserta yang datang 10 November lalu tentulah akan lebih berkali ganda. Tanyalah kepada mana-mana peserta yang datang, ada atau tidak dikalangan mereka yang datang nak patahkan tiang bendera gergasi di Dataran Merdeka atau pun nak robohkan bangunan Sogo. Tentu sekali tidak. Yang datang kebanyakan mesti bawa pulang kain suit 3 pasng RM50 atau pun 5 pasang RM100 untuk yang tunggu di rumah.
Para peniaga tentunya dapat meningkatkan jualan kerana mereka akan berani membawa barang jualan yang lebih. Kedai-kedai tentunya tersenyum tokey nya manakan tidak, kedai kasut Jukebox yang turut menjual payung berwarna kuning mendapat promosi percuma apabila berlambak orang beli payung kuning itu kerana himpunan Bersih bertemakan kuning. Tidak kurang juga yang menghabiskan stok baju hujan kuning di Maidin. Jadi inilah dia perlancongan demonstrasi yang tak perlu dilanjutkan waktu operasi kelab malam dan disko. Bila ramai polis yang berkawal rasanya makin selamat kalau mereka memang nak jaga keselamatan. Maka akan ramai lagi orang yang akan melancong ke Kuala Lumpur..

1 comment:

Mohyuddin Ismail 012 466 8493 said...

Saturday, November 24, 2007
Khairy Cabar BPR Kelantan

TANAH MERAH – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mencabar Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kelantan supaya mendedahkan hasil siasatan yang melibatkan kerajaan Pas terutama isu penerokaan hutan di Lojing dan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).

Beliau berkata, tatkala BPR negeri lain begitu proaktif mendakwa pesalah rasuah tetapi di Kelantan, tanda tanya masih timbul tentang siasatan yang dilakukan berhubung laporan-laporan penyelewengan kerajaan negeri.

‘‘Pemimpin kerajaan negeri bila BPR mula menyiasat, mereka dakwa tidak ada apa yang perlu disembunyikan, mereka bersih tetapi demi ketelusan sebenar, rakyat hendak lihat siasatan BPR. BPR pula jangan sampai terlambat untuk bertindak.

‘‘Kalau BPR negeri lain saya ucap tahniah, kami Pemuda UMNO sokong tetapi di Kelantan saya minta Ketua Pengarah BPR beri perhatian sikit kerana telah banyak dakwaan terhadap kerajaan Pas tetapi siasatan tidak tahu ke tahap mana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Cabaran Kinabalu (2) Gempur Perdana di Kem Lata Hujan, Gual Ipoh dekat sini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir. Shaari Hassan; Ketua Pemuda UMNO Negeri, Dali Hussin dan Pengerusi Gabungan Kelab Belia Kebangsaan (MAYC) Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Pada majlis itu, seramai 50 belia dari Parlimen ini menerima sijil masing-masing atas kejayaan mereka mendaki Gunung Kinabalu sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 tidak lama dahulu.

Pendedahan media mengenai penerokaan hutan secara besar-besaran di Lojing, Gua Musang pada awal tahun lalu, yang menggemparkan negara tentang kemusnahan hutan di tanah tinggi tersebut turut mengheret siasatan BPR.

Selain isu Lojing, BPR dilaporkan telah memulakan siasatan ke atas AKSB yang juga anak syarikat kerajaan negeri berhubung penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan berharga RM600 juta.

Bagaimanapun, sehingga hari ini belum ada sebarang pengumuman siasatan isu berkenaan di samping terbaru siasatan badan itu terhadap kegagalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaporkan perbuatan cubaan merasuahnya.

Khairy berkata, pendedahan hasil siasatan perlu memandangkan politik Pas sekarang yang menghulur bantuan kebajikan secara tunai hingga rakyat Kelantan sendiri tidak pernah melihat wang sebanyak itu sebelum ini.

Katanya, apabila ada kejadian kebakaran, wakil rakyat Pas boleh hulur bantuan tunai RM5,000 untuk setiap mangsa pada hari yang sama rumah mereka terbakar dan ini jelas menimbulkan tanda tanya dari mana datangnya sumber tersebut.

‘‘Agensi kerajaan Pusat sendiri perlu melalui beberapa proses yang mengambil tempoh paling kurang dua minggu sebelum sebarang bantuan tunai dapat dihulurkan tetapi wakil rakyat Pas, hari yang sama boleh bagi tunai RM5,000, RM10,000.

‘‘Kita nak tahu dari mana dana-dana ini diperoleh, hasil daripada mana? Sebab itu siasatan BPR yang dijalankan sebelum ini perlu didedahkan kerana kalau wang rasuah rakyat tentu tidak mahu ambil,” jelasnya.