Monday, November 12, 2007

Tahniah Bersih, PAS & Kontinjen Merbok

TAHNIAH
TAHNIAH
TAHNIAH!

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluluh yang terlibat menganjur, menyokong dan menyertai Himpunan 100,000 Rakyat 10 Nov lalu. Bersih, PAS dan orang Merbok semua nya hebat.
Jangan pedulikan apa saja laporan yang telah dibuat, hanya orang yang terlibat dapat merasai 'feel' nya, dapat menghidu bau gas FRU, dapat rasa percikan air asid pelaq tu dan dapat lenguh kaki, betis, lutut dan paha.
Ini harga yang perlu kita langsaikan bila kita sahut cabaran pak mentua BERUK.
Disebalik kerancakan kita membicarakan kemenangan dan kejayaan himpunan itu, kedengaran ramai yang merungut dengan pelbagai masalah yang timbul ketika pulang. Biasa la tu dah ramai-ramai kena la sabaq sikit. Kita pi tu dah baik dah, keputusan nya pun baik dan kita harap semua yang baik-baik akan terus kita dapat.
Sebelum tu dreba bas yang diketahui samseng dengan bas mereka pun kecut teloq dengar ugutan dalam tv, tak berani nak hampiri bandaraya, tak pa hantaq takat mana buleh. Kami naik benda lain pulak, yang pastinya kesebua 5 bas yang membawa kontinjen merbok berjaya melaksanakan tugas mereka walaupun setakat Sungai Buluh.

Tak tahu nak bayangkan bagaimana rasanya berada ditengah-tengah nam tujuh puluh ribu orang, pi sendiri baru tau. Beban sepuluh hari roadshow ke semua 45 cawangan di merbok yang masih terasa lelahnya hilang begitu saja diganti dengan sakit perut betih kerana berjalan jauh. Terima kasih kepada semua shabat AJK DPPKM yang setia melalui sepuluh hari yang menekan minda. Keluar rumah seawal maghrib dan pulang selepas jam dah bersurai kembali. Kesihatan diri pun dah tak dipeduli apabila rasa tanggung jawab dan amanah daripada kawasan, negeri dan Presiden terpaksa digalas ke serata cawangan.
Yang paling penting banyak benda yang boleh dipelajari di sini. Banyak strategi yang perlu dan boleh diadaptasikan untuk tujuan lain selain apabila berdepan gerombolan FRU.
Dalam hati terdetik, dalam situasi usrah yang lesu di pelbagai
peringkat, kita mampu bangkit dengan puluhan ribu umat, apatah lagi jika semua elemen tarbiyyah yang kita usahakan dapat terlaksana. Bayangkan semua disiplin tarbiyyah dapat kita serasikan kepada semua kalangan mulimin, muslimat dan pemuda PAS, halang lah bas, kerat lah rel keretapi sekali pun suara kemarahan rakyat tak akan mampu dibendung.

Terima kasih semua.

3 comments:

mohdfauzan said...

tahniah kepada semua ajk pemuda merbok kerana bertungkus lumus selama 10 hari berturut2 turun ke semua cawangan2 PAS kwsn Merbok untuk roadshow himpunan ini. cuma ada suara kedengaran tak puas hati pd ustaz2 yg x turun ke k/l..

paklang lah said...

Ustat-ustat ni pun kalau rasa tak dan ka, tak berkenan ka tak setuju ka, bagi tau la terang-terang. Kalau rasa kita tak patut buat cara tu pun bagitau, kena buang segera sindrom senyap sunyi tu, takut nanti yang mungkar pun kita tak tegur kan buleh jadi syaitan bisu pulak. Sapa yang susah, mereka dan keluarga mereka juga

Mohyuddin Ismail 012 466 8493 said...

sila semak 2 perkataan yang salah ejaannya 1) Seluruh (seluluh) 2) muslimin (mulimin).
Apapaun tahniah kepada Pemuda Merbok dan Bersih...lipat gandakan usaha anda untuk 'bersihkan' malaysia.