Monday, December 31, 2007

Pelancaran ARC Kedah






Semalam berlangsung majlis pelancaran Alternative Riding Club (ARC) peringkat negeri Kedah di Pendang yang telah dirasmikan oleh YB Dr Mohd Hayati iaitu Ahli Parlimen Pendang. Upacara perasmian telah diadakan jam 4 petang turut dihadiri wakil Pegawai Daerah dan wakil OCPD. Lebih 40 peserta dari seluruh negeri Kedah telah datang terdiri dari penggemar sukan bermotor dan mat motor.

Pemuda Merbok telah menghantar 18 orang peserta sekali gus penyertaan teramai dan 'penyelamat' program yang berlangsung meriah itu. Tahniah Pemuda PAS Merbok dan Mat Noq & Gang.

Wednesday, December 26, 2007

POLIS cuma berani dengan melayu

Kejadian kedua berlaku polis melepaskan tembakan kerana nak selamatkan diri. Ap ni?. Kalau takut jangan jadi polis. Dah tu kejadia di Batu Buruk dan terbaru di Johor, melibatkan program PAS dan umno. Orang apa yang ada dalam dua parti ni. Tentulah melayu!. Oo dengan melayu berani. Takda kerja lain dah ka, atau lama sangat tak menembak nak test power. Hancur nam baik pasukan keselamatan yang sepatutnya menjadi tempat bergantung rakyat untuk menjamin keselamatan, tapi kini jangan cuba-cuba hampiri polis kalau tidak takut2 terkena tembakan buta. Kalau di sempadan utara kita diminta jangan berada berdekatan polis di sana kerana dikhuatiri akan turut enjadi mangsa serangan puak pembalas dendam, tapi di sini anda akan jadi mangsa polis penakut.
Ini yang dikatakan zalim kerana tidak meletakkan sesuatu ditempatnya. tak payah la cerita kes berkaitan bangsa lain, malu kita. Peluru yang digunakan untuk tujuan yang salah hanya membazir wang rakyat. Kalau dah tak berani, pi belakon gerak khas dengan Yusof Haslam lagi baik dapat juga duit.

Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya Idul Adha

selamat menyambut hari raya idul adha
bersama menghayati maksud sebenar pengorbanan..

ikhlas dari dewan pemuda pas kawasan merbok

Tuesday, December 18, 2007

FUTSAL ANAK SOLEH






Futsal Anak Soleh



25 Disember 2007

Selasa (8.00 pagi)

Gemilang Futsal, Sungai Lalang, Sungai Petani

RM35 sepasukan (7 orang)

untuk kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah



Hadiah menarik disediakan!!
JOHAN RM200
NAIB JOHAN RM 150
KETIGA & KEEMPAT RM 100
4 X RM50

Keterangan lanjut;

Hubungi : Sdr Fadli - 013 432 8824

Tuesday, December 11, 2007

Malaysiaku..Negara Polis

Saya tidak berniat untuk mengulas lanjut kejadian-kejadian terkini yang berlaku di dalam negara kita. Cuma inilah dia rasanya berada di negara POLIS!!. Semalam semasa berbual dengan seorang kawan yang kebetulan terjumpa bekas jirannya yang merupakan anggota Polis yang dikerah meninjau upacara 'sembahyang' di sebuah kuil di Bagan, beliau melahirkan kekesalan kerana rupa-rupanya bekas jirannya itu masih lagi dibelenggu dan diserabutkan pemikiran oleh pemerintah yang terdesak menunjukkan kuasa. Bekas jirannya itu sempat menunjukkan salinan beberapa dokumen berkenaan operasi yang dijalankan dan turut menceritakan bagaimana dengan tergesa-gesa mereka yang sedang bersiap sedia untuk menggempur pelampau hindraf diarah untuk ke plaza tol Bukit Tambun untuk menangkap Hj Mohamad Sabu. Dia juga dengan bangga menceritakan bahawa kedegilan Abang Mat akhirnya berjaya di'pecah'kan dan ditarik keluar. "Ketegag.. tak mau keluaq, sampai kami kena pecah cermin kereta, nak tangkap dia..". Perlukah sampai kena pecahkan cermin? menurut kawan saya lagi polis tu juga melahirkan rasa kesal kerana nak tangkap orang lain, yang lain pulak kena tangkap. Inilah perangai orang yang berkuasa yang hanya taat perintah penguasa yang takut kehilangan kuasa. Puak ni kita marah pun tak guna sebab kalau mereka ini cerdik, tentu dah jadi doktor.

Polis pun dah jadi penakut

Bersama beberapa orang sahabat, saya sempat menyertai perhimpunan kecil di hadapan IPD Jawi malam penangkapan Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu. Rasa teruja ingin mengetahui sendiri maklumat yang tepat membawa kami hingga ke Jawi walaupun dah hampir tengah malam. Banyak sms yang diterima sejak petang ditahan begitu sahaja kerana khuatir akan kesahihannya, itu pun bertalu-talu sahabat lain minta maklumat semasa.
Tiba di depan pintu masuk utama IPD tersebut kelihatan beberapa kenderaan makhluk berkepala merah, FRU. Saya lihat hampir dua ratus meter sepanjang jalan terdapat penyokong setia yang datang untuk memberi sokongan moral termasuklah sebahagiannya puak hinu yang tumpang sekaki. Apa yang menghairankan saya polis dah fobia dengan orang agaknya apabila balai polis, saya ulang balai polis yang besar macam IPD tu pun kena panggil Pasukan Simanan Persekutuan mai jaga. Tak kan polis takut kena serang? entahlah. Inilah sebabnya bila tugas polis telah disalah guna untuk ganggu ceramah dan program PAS saja, mereka jadi blur. Sebab tulah banyak kes kenderaan umpamanya yang ditahan dapat dicuri semula walaupun di dalam balai. Malam itu agaknya mereka takut beberapa orang yang ditahan akan dilarikan semula.

Banyak lagi kerja polis

Kita nak tanya apa perkembangan kes Nurin, apa tindakan terhadap polis yang tembak peluru hidup yang hampir membunuh rakyat di Terengganu yang didakwa mengdakan rusuhan itu, dan tak payah tanyalah macamana UTK pasang bom kat perempuan Monggolia tu. Banyak lagi tugas polis yang perlu dilaksanakan dengan betul. Ingat kalau tak makan rasuah pun makan gaji buta pun haram seropa tula..

Welcome to Police State!!

Sunday, December 2, 2007

Bicara Perjuangan

oleh : Penulis Tamu


"Perjuangan Islam ialah perjuangan yang diciptakan oleh Allah sebagai nikmat-Nya kepada kita. Perjuangan yang menjadi nikmat kepada kita ini, sedikit pun manfaatnya tidak kembali kepada Allah. Tetapi, manfaatnya ialah untuk diri kita sendiri. Sepertilah semua ibadah yang diwajibkan oleh Allah kepada kita, Allah selamanya tidak mengambil manfaat daripada ibadah kita walau sedikit pun. Itulah kehebatan-Nya sebagai Tuhan. Seandainya seluruh isi alam ini berpakat untuk tidak taat kepada-Nya, kedudukan-Nya sebagai Tuhan tidak akan berkurang sedikit jua pun. Dia selamanya tetap sebagai Tuhan. Dia selamanya tetap sebagai Tuhan yang Yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa, yang memerintah alam ini. Demikian juga, kalau seluruh makhluk-Nya berpakat untuk menderhakai-Nya, sedikit pun Allah tidak menerima mudharat dari penderhakaan makhluk-Nya. Tetapi yang menerima padah dari penderhakaan itu ialah siapa yang menderhakai-Nya."

"Bukti kita mengambil manfaat dari perjuangan yang maha suci ini, jelas pada setiap pengharapan kita di dalam menggerakkan perjuangan ini. Bila kita berjuang, kita sering mengharapkan kita akan memperolehi menang. Kita sering meminta agar Allah menangkan perjuangan ini dan mengalahkan musuh-musuh kita yang juga merupakan musuh kepada-Nya. Dalam waktu yang sama, Allah yang Maha Berkuasa, sudah menjadi sifat-Nya hanya akan membantu dan memberi pertolongan kepada hamba-hamba-Nya yang telah memenuhi syarat-syarat yang melayakkan mereka untuk mendapat kemenangan. Walhal, Allah boleh memberikan kemenangan sekalipun kita tidak memenuhi syarat dan kelayakan".

"Allah selamanya tidak mengambil manfaat daripada perjuangan yang diciptakan-Nya kepada kita ialah, sekalipun Islam masih belum mencapai kemenangan, Dia tetap juga sebagai Tuhan yang sentiasa menyaksikan setiap pertarungan di antara pejuang-pejuang Islam dan musuh-musuh mereka. Dia menyaksikan setiap kekalahan orang yang berjuang di jalan-Nya, sedangkan Dia berkuasa untuk memberi kemenangan kepada pada tentera-Nya dan mengalahkan musuh-musuh-Nya pada ketika itu juga. Tetapi, Dia tidak berbuat demikian. Dia tidak menolong tentera-Nya yang berjuang di jalan-Nya, justeru mereka belum layak untuk menerima kemenangan".

"Hikmah daripada Allah tidak memberikan kemenangan sebegitu mudah kepada para mujahid yang berjuang di jalan-Nya, melainkan setelah mereka melayakkan diri dengan ciri-ciri mujahid yang layak menerima kemenangan ialah agar setiap orang yang berjuang di jalan-Nya memahami bahawa perjuangan itu ialah ibadah, dan sesuatu ibadah itu tidak akan diterima oleh Allah melainkan apabila ibadah itu telah memenuhi syarat-syarat penerimaannya. Allah itu Maha Suci, dan ia tidak akan menerima sesuatu melainkan suatu yang suci juga".

"Islam yang kita perjuangkan ini, kemenangannya akan diwarisi kepada generasi yang terbaik yang telah memenuhi syarat-syarat mujahid yang dikehendaki oleh Allah. Apabila para mujahid yang berjuang di jalan-Nya ialah hamba-hamba-Nya yang soleh yang dicintai-Nya, Islam yang diperjuangkan oleh mereka pun akan memasuki gerbang kemenangan, sebagai hadiah kepada mereka yang soleh yang dicintai dan dikasihi-Nya".

"Kita selalunya akan memberikan hadiah kepada siapa yang kita cintai. Demikianlah Allah akan mengurniakan hadiah dan penghargaan-Nya kepada siapa yang dicintai-Nya. Oleh itu marilah kita berjuang untuk menjadi hamba-hamba-Nya yang dicintai dan dikasihi-Nya."

"Generasi yang layak untuk menerima anugerah kemenangan oleh Allah itu, kini sedang mempersiapkan diri mereka dengan ciri-ciri mujahid yang selayaknya di jalan Allah. Mereka ialah satu generasi yang sifat mereka ialah sentiasa prihatin dengan tuntutan dan kewajipan mereka terhadap Allah. Perkara yang diwajibkan oleh Allah dilaksanakan oleh mereka dengan penuh kesungguhan, demikian juga sebaliknya pula terhadap perkara yang diharamkan oleh Allah. Perkara yang diharamkan Allah, mereka berusaha meninggalkannya pula dengan bersungguh-sungguh. Dalam waktu yang sama, perkara yang disunatkan-Nya, mereka berusaha untuk melakukannya serta memperbanyakannya. Perkara yang dimakruhkan oleh Allah, mereka berusaha pula untuk meninggalkannya. Sementara perkara yang harus pada syarak, mereka tidak terus menerus membiarkannya dalam statusnya sebagai harus, tetapi mereka jelmakan ia dalam bentuk ibadah".

"Golongan ini, kesolehan mereka telah menjadikan jamaah yang menjadi wadah perjuangan mereka pun semakin baik dan semakin sempurna. Sebagai contoh di dalam perjuangan PAS, dulu adalah suatu yang sensetif untuk membicarakan secara terbuka tentang isu rokok, tetapi sekarang ahli PAS telah berani mempersoalkan tentang kewajaran amalan merokok di kalangan pejuang-pejuang Islam, khususnya di kalangan pimpinan PAS. Isu ini, sekalipun ia adalah isu kecil dan terpencil, tapi ia agak sensetif. Perbincangan isu ini di kalangan ahli adalah wajar dan relevan, dan ia hendaklah dilihat secara positif, kerana ia melibatkan imej PAS sebagai sebuah harakah Islamiah".

"Antara lain yang menjadi bukti bahawa PAS semakin baik ialah permasalahan solat jamaah. Apabila ijtimak-ijtimak PAS sudah kelihatan ahli sudah memberi tumpuan ke arah itu, ia satu lagi bukti bahawa PAS sudah semakin baik. Apabila di dalam ijtimak-ijtimak PAS sudah ada ahli yang mencadangkan agar ijtimak ditangguhkan sementara untuk solat jamaah dapat dilakukan, ia sekali lagi suatu yang amat positif, sekalipun perlaksanaannya dalam bentuk yang praktikal kadang-kadang masih bermasalah".
"Kesimpulannya, apabila praktikal-praktikal amal Islami sudah kelihatan menjadi amalan para petugas PAS, ia memberi mesej bahawa kemenangan yang diimpikan sedang menghampiri kita. Cuma, apa yang menjadi kewajipan penting kita kini ialah tetap terus berkerja dan berjuang, kerana itulah sebenarnya kerja kita. Tetapi untuk memberi kemenangan kepada Islam ia adalah di luar batasan tanggugjawab dan kemampuan kita. Kita tidak mampu memenangkan Islam. Hanya Allah yang Maha Berkuasa untuk memenangkan agama-Nya. Sesungguhnya, secara praktis Islam itu akan menang di tangan generasi yang terbaik. Allahu Akbar!".