Tuesday, December 11, 2007

Malaysiaku..Negara Polis

Saya tidak berniat untuk mengulas lanjut kejadian-kejadian terkini yang berlaku di dalam negara kita. Cuma inilah dia rasanya berada di negara POLIS!!. Semalam semasa berbual dengan seorang kawan yang kebetulan terjumpa bekas jirannya yang merupakan anggota Polis yang dikerah meninjau upacara 'sembahyang' di sebuah kuil di Bagan, beliau melahirkan kekesalan kerana rupa-rupanya bekas jirannya itu masih lagi dibelenggu dan diserabutkan pemikiran oleh pemerintah yang terdesak menunjukkan kuasa. Bekas jirannya itu sempat menunjukkan salinan beberapa dokumen berkenaan operasi yang dijalankan dan turut menceritakan bagaimana dengan tergesa-gesa mereka yang sedang bersiap sedia untuk menggempur pelampau hindraf diarah untuk ke plaza tol Bukit Tambun untuk menangkap Hj Mohamad Sabu. Dia juga dengan bangga menceritakan bahawa kedegilan Abang Mat akhirnya berjaya di'pecah'kan dan ditarik keluar. "Ketegag.. tak mau keluaq, sampai kami kena pecah cermin kereta, nak tangkap dia..". Perlukah sampai kena pecahkan cermin? menurut kawan saya lagi polis tu juga melahirkan rasa kesal kerana nak tangkap orang lain, yang lain pulak kena tangkap. Inilah perangai orang yang berkuasa yang hanya taat perintah penguasa yang takut kehilangan kuasa. Puak ni kita marah pun tak guna sebab kalau mereka ini cerdik, tentu dah jadi doktor.

Polis pun dah jadi penakut

Bersama beberapa orang sahabat, saya sempat menyertai perhimpunan kecil di hadapan IPD Jawi malam penangkapan Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu. Rasa teruja ingin mengetahui sendiri maklumat yang tepat membawa kami hingga ke Jawi walaupun dah hampir tengah malam. Banyak sms yang diterima sejak petang ditahan begitu sahaja kerana khuatir akan kesahihannya, itu pun bertalu-talu sahabat lain minta maklumat semasa.
Tiba di depan pintu masuk utama IPD tersebut kelihatan beberapa kenderaan makhluk berkepala merah, FRU. Saya lihat hampir dua ratus meter sepanjang jalan terdapat penyokong setia yang datang untuk memberi sokongan moral termasuklah sebahagiannya puak hinu yang tumpang sekaki. Apa yang menghairankan saya polis dah fobia dengan orang agaknya apabila balai polis, saya ulang balai polis yang besar macam IPD tu pun kena panggil Pasukan Simanan Persekutuan mai jaga. Tak kan polis takut kena serang? entahlah. Inilah sebabnya bila tugas polis telah disalah guna untuk ganggu ceramah dan program PAS saja, mereka jadi blur. Sebab tulah banyak kes kenderaan umpamanya yang ditahan dapat dicuri semula walaupun di dalam balai. Malam itu agaknya mereka takut beberapa orang yang ditahan akan dilarikan semula.

Banyak lagi kerja polis

Kita nak tanya apa perkembangan kes Nurin, apa tindakan terhadap polis yang tembak peluru hidup yang hampir membunuh rakyat di Terengganu yang didakwa mengdakan rusuhan itu, dan tak payah tanyalah macamana UTK pasang bom kat perempuan Monggolia tu. Banyak lagi tugas polis yang perlu dilaksanakan dengan betul. Ingat kalau tak makan rasuah pun makan gaji buta pun haram seropa tula..

Welcome to Police State!!

No comments: