Sunday, November 30, 2008

Pemuda Merbok Bersama Skuad Hijau Kuning

perintah Allah tidak diabai

anggota Unit Amal Merbok sedang berkawal

icon paling diminati "pak long"







Tuesday, November 11, 2008

Ihtifal PASTI Merbok Meriah

Pelajar Pasti Nurul Hidayah Sg Layar mengalunkan bacaan ayat sucia Al Quran sebagai pembukaan Majlis Ihtifal Pasti Kawasan Merbok 2008
Bacaan Ikrar oleh Pelajar Pasti Al Ain, Taman Bujang
Nasyid Pembukaan oleh pelajar Pasti Al Haziq, Amanjaya
Pelajar Pasti Al Haziq yang Mewakili Pasti Negeri Kedah ke Pertandingan Ujibakat Pasti Pusat


Adik dari Pasti Raudhatul Jannah, Semeling ini sedang bercerita


Kumpulan nasyid dari Pasti Assyamil dengan lagu arab..


Pentomen Bahasa Inggeris oleh pelajar Pasti Nurul Hidayah


Ucapan aluan oleh Ketua Pemuda PAS Merbok
Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok
Tuan Hj Mat AKhir Thalib


Pelajar Enam Tahun menerima Sijil PASTI dan cenderahati
Puan Norhanani Abdul Hamid, Isteri kepada YB Dr Hamdan turut sudi menyampaikan Anugerah Cemerlang Pasti

Tuan Hj Mat Akhir Thalib menyampaikan hadiah kepada pelajar 5 tahun yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun

cenderahati guru tidak dilupakan

antara tetamu yang hadir

kehadiran ramai waris memenuhi dewan PUTIM

Dewan PUTIM penuh sesak

orang kuat menyediakan makanan dibelakang ..



Saturday, October 18, 2008

UMNO Salah Guna Sekolah

Merbok, 18 Oktober - UMNO masih lagi menyalahgunakan premis kerajaan apabila Umno Bahagian Merbok telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar di sini. Dalam usaha menyekat pengaruh parti pembangkang, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan amaran keras melarang guru-guru dan kakitangan daripada terlibat dengan aktiviti politik.
Malangnya apa yang berlaku harta awam seperti sekolah yang menjadi tanggungjawab kementerian tersebut dibenarkan sewenang-wenangnya digunakan oleh Umno untuk aktiviti parti. Menurut maklumat yang diperolehi guru-guru juga diarah untuk membantu membuat persiapan bagi menyediakan tempat mesyuarat tersebut.
Inilah yang dikatakan muka tak malu, kerajaan negeri dihalang masuk hinggakan gambar Menteri Besar dilarang sama sekali digantung di premis mereka, tetapi bila Umno nak buat mesyuarat dibenarkan pula.


Gambar yang dirakamkan oleh skuad peninjau Pemuda PAS Merbok jelas membuktikan Umno Merbok masih 'sengkek' kerana terpaksa menggunakan harta kerajaan disebabkan ketiadaan dewan mereka sendiri.

Deretan kereta perwakilan parti reput itu yang memenuhi laluan masuk ke Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar.

Sunday, October 12, 2008

Jamuan Eidul Fitri PAS Merbok

Oleh Izwan Abdul Halim
izwan@harakah.net.my

BUKIT SELAMBAU: Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Merbok bukan sahaja dihadiri oleh para penyokong Pakatan Rakyat dan masyarakat setempat, malah kakitangan awam, anggota keselamatan dan ahli-ahli Umno turut sama memeriahkan majlis tersebut.

Majlis yang julung kali diadakan secara terbuka itu tapak pasar minggu Pekan Bukit Selambau itu telah dihadiri lebih 2,000 hadirin.

Pelbagai juadah disediakan antaranya nasi dagang, nasi tomato, ketupat, laksa, sate, mee kari, bihun sup, cucur udang dan rendang.

Hujan lebat yang turun ketika majlis sedang berlangsung menambahkan selera pengunjung hingga semua juadah habis ke semuanya bahkan ada juga dibungkus untuk keluarga di rumah.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok, Ustaz Mohd Zahir Ghazali melahirkan rasa gembiranya dengan ‘percubaan’ penganjuran di tempat terbuka seperti itu.

Jelasnya, beliau mendapat makluman dari aktivis-aktivis PAS di situ bahawa ahli-ahli Umno turut serta dan gembira dengan majlis tersebut. Katanya, silaturrahim seperti itulah yang memberi pengertian kepada sambutan Aidil Fitri.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri, YB Senator Mohd Zamri Yusuf, Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri, Tuan Saiful Izham Ramli dan AJK Pemuda PAS Negeri, Azman Ahmad.

Laksa Pantai Cicar antara yang mendapat perhatian pengunjung

Kakitangan awam antara yang hadir memeriahkan majlis

Mee kari ‘secret recipe’ PAS Cawangan Taman Ria Jaya


Golongan remaja bergotong-royong kipas/bakar sate masing-masing

Wednesday, October 8, 2008

Jom Pi Jamuan Eidulfitri PAS Kawasan Merbok

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS KAWASAN MERBOK
Tarikh : 12 Syawwal 1429H/ 12 Oktober 2008
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Pekan Bukit Selambau
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Semua lapisan masyarakat dijemput hadir.

Jom Pi Jamuan Eidulfitri PAS Negeri Kedah

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS KAWASAN MERBOK NEGERI KEDAH
Tarikh : 11 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Tempat : di Padang Awam, Taman Semarak, Sg. Pasir, Sungai Petani, Kedah
Masa : 3.00 petang- 5.00 petang.
Aturcara : Jamuan Aidlfitri 1429H
: Ucapan Hari raya oleh YB. Ketua Penerangan PAS Kedah
: YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd.Razak
: Penyampaian duit raya & nasyid selingan
: Bersurai

Jom Pi Jamuan Eidulfitri YB Dr Hamdan (ADUN Tanjung Dawai)


Wednesday, September 10, 2008

Perjumpaan Dengan Jabatan Amal Kedah

Merbok, 9 Sept 2008 - Jabatan Amal Negeri Kedah telah mengadakan lawatan mahabbah ke kawasan Merbok dan bertemu dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok yang diadakan di Merbok Chalet di sini. Lanjutan dari perjumpaan itu, satu mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok telah diadakkan di sini selepas solat tarawikh sempena Jambori Amal Negeri Kedah yang akan diadakan di Merbok pertengahan Desember nanti.
Sebelum itu Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Kedah telah diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama AJK Pemuda Merbok. Majlis tersebut turut disertai oleh YB Dr. Hamdan yang juga Penasihat Jabatan Amal Kedah. Kesempatan itu semua yang hadir telah berpeluang beramah mesra dengan EXCO Kerajaan Negeri Kedah dan diberi sedikit taklimat mengenai perkembangan semasa kerajaan negeri. Jabatan Amal juga menerima sedikit sumbangan dari YB Dr Hamdan bagi menyokong kerja-kerja amal yang akan dilaksanakan.

lbersembang sementara menunggu waktu berbuka

zamri dok perati YB makan saja ka


Taklimat ringkas dari YB


hampir semua kereta peserta malam tu kena tolak, jalan licin. nasib baik ada unit amal

amboi tok ketua jamu 'more' RFC, lega