Thursday, January 31, 2008

Calon pembangkang akan hilang deposit di Merbok, kata Zainuddin


SUNGAI PETANI: Calon pembangkang yang mencabar wakil Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Merbok dalam pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi akan kehilangan wang deposit, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini.
Zainuddin, iaitu penyandang kerusi Parlimen Merbok, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada jaminan yang diberikan oleh pengundi Merbok bahawa calon pembangkang akan mengalami kekalahan memalukan di tangan BN.
"Kita telah mendapat maklum balas bahawa rakyat di kawasan ini tidak mahu menyokong pembangkang kerana mereka menghargai jasa dan sumbangan kerajaan membantu rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Taman Desa Aman, di sini.
Zainuddin berkata penyokong parti pembangkang kesal dengan sikap pemimpin mereka hanya gemar mengkritik dan mengutuk kerajaan.
Katanya masyarakat India turut berikrar untuk terus menyokong calon BN seperti yang mereka lakukan pada pilihan raya sebelum ini.
"Mereka menolak Hindu Rights Action Force (Hindraf) kerana pergerakan haram itu menjadi alat kepada pihak tertentu untuk menimbulkan huru-hara.
"Pemimpin parti komponen BN di Merbok berjanji untuk menyokong Umno, MCA, MIC dan Gerakan kerana BN mampu memberikan rakyat kemewahan dan pelajaran," katanya.Pada majlis itu, Zainuddin menyertai penduduk kawasan Taman Desa Aman di sini memasak bubur asyura dan kemudian mengagihagihkannya kepada orang ramai.BERNAMA

Sunday, January 27, 2008

Ijtimak Unit Amal Kedah

Sebahagian peserta Unit Amal Merbok ke Ijtimak Unit Amal Kedah di SAIF

Wednesday, January 23, 2008

BN akan menang besar lagi

Hari ini dalam akhbar tempatan memaparkan ulasan Bekas PM, Tun Dr Mahathir mengenai peluang kerajaan sedia ada untuk memenangi pilihanraya umum akan datang dengan lebih besar dan ujarnya lagi, sekarang adalah masa yang paling sesuai dan selamat untuk mengadakan pilihanraya. Semasa beliau menjadi PM, pembubaran parlimen akan dilakukan apabila belaiu merasakan keadaan benar-benar selamat untuk kerajaan memenangi pilihanraya.
Beliau menyifatkan bahawa ketika ini kerajaan pimpinan Pak Lah patut membubarkan palimen kerana keadaan semasa memang sesuai. Kedudukan ekonomi yang kukuh katanya adalah faktor paling perlu diambil kira dan ketika ini ekonomi Malaysia dilihat berada balam situasi yang kukuh apabila harga ringgit stabil, pasaran saham meningkat dan harga barang pun turut NAIK.
Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan menyifatkan bahawa peningkatan harga barang adalah petunjuk pengukuhan ekonomi kerana peningkatan kuasa beli rakyat. Kita tertanya-tanya benarkah ini petunjuk kukuhnya ekonomi negara apabila harga barangan disemua sektor naik hingga terlalu menghimpit rakyat. Orang kampung Segantang Garam dan Sungai Pial tentu gembira mendengar perkhabaran ini, walaupun hakikatnya apa yang dihadapi sangat membebankan. Banggakah kita apabila dihidangkan berita ekonomi negara kukuh dan stabil sedangkan dimasa yang sama kehidupan kita terus dicengkam apabila apa yang diperolehi tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian. Taraf hidup rakyat tidak naik seperti mana naiknya harga barangan, harga kontrak tidak dapat dinaikkan kerana berlumba menawarkan harga murah untuk memenangi tender tetapi harga besi, simen, kayu dan lain-lain naik 'menyerit'
Kita juga bakal menyaksikan kenaikan lagi pada harga minyak, tepung dan minyak masak. Kita juga baru dihadiahkan pembohongan hebat perdidikan percuma apabila yuran sekolah dimansuhkan terus sebanyak RM4.50 dan dipaksa membayar yuran tambahan beberapa kali ganda. Kena bayar juga!. Seketika rakyat disalahkan kerana membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak yang akhirnya diakui pengeluar yang lebih suka menyeludup ke negara jiran bagi keuntungan yang lebih. Apa lagi yang kita akan kena.
Berbalik kepada isu pilihanraya yang ditunggu-tunggu, ada yang mengatakan kerajaan sekarang gerun dengan gelombang rakyat. Kita pun mendengar kawan-kawan kita yang memperbaharui janji mereka untuk menyokong usaha menukar kerajaan, "kali ni kita mesti tukar punya". Acap kali didengar cuma kali ini pengakuannya tampak lebih meyakinkan walaupun kita tidak tahu betulkah mereka ini akan menyokong atau sekadar meyakinkan sahaja yang mereka tahu.
Kita mengucapkan terima kasih kepada Tun M kerana memberi keyakinan kepada kerajaan yang ada sekarang supaya mengadakan pilihan raya sekarang. Kita tentunya akan penat menunggu buah yang tak tahu bila akan gugurnya. Banyak kesannya jika perkara ini dilengahkan lagi kerana tumpuan kita yang lebih sedikit sekarang ini tentunya memerlukan belanja yang banyak dan semua harga barang meningkat. Mesej jelas yang disampaikan oleh bekas PM itu mengundang sedikit persoalan kerana apa yang ditekan oleh beliau itu agak meragukan kerana apabila beliau berkata "harga barang pun naik" ia seolah-olah memperli kerajaan Pak Lah. Atau pun kondisi kenaikan harga barang yang sudah pun menghimpit ini tentu akan menjadikan keadaan tidak selamat untuk mengadakan pilihanraya kerana semakin hari semakin naik, darah rakyat tentunya turut naik dan mood gembira atas berita ekonomi kukuh itu akan bertukar. Siapa tahu apabila ikan temenung yang sekarang ini dah melewati angka RM10 /kg, ikan tenggiri akan jadi RM40 - 50 /kg dan ayam akan juga naik hingga sepuluh atau berbelas ringgit, ketika itu mungkin akan menggerakkan rakyat dari mimpi indah yang dibuai perdana menteri yang dikatakan kuat tidur itu.
Laratkah kita nak menunggu saat itu, itu pun kalau rakyat mahu sedar, kalau tidak... Negara kebajikan yang dipersembahkan dalam menifesto terbaru pilihanraya kali ini mampukah membuka mata rakyat yang masih kuyu itu.

Tuesday, January 22, 2008

HARAM MENYERAH KEPADA KEZALIMAN

"Sedikit atau banyak pun kami, tidaklah Allah memandang itu sebagai ukuran pahala dan ganjaran. Menang atau kalahpun kami, itu bukan neraca yang menjanjikan syurga. Hanya usaha dan berserah pada Allah di saat setelah berusaha menjadi sandaran".

Haram menyerah kalah kepada kezaliman!!! Justeru itu, pada ahli, penyokong dan simpati terhadap nasib rakyat yang berada dalam kondisi di zalimi BN di setiap saat......... KAMU HARUS BANGKIT DARI TIDUR!!! Inilah masanya bagi sesiapa yang rutin hariannya tidak pernah terlibat dalam menyertai perjuangan menangani kezaliman, siapkan diri dan bertanggungjawablah untuk turut menjadi jentera kepada cawangan dan kawasan yang terdekat. Ubahlah rutinmu sekejap, bantulah mereka dalam perjuangan. Jangan cepat menyerah kalah pada kezaliman BN sebelum turun berjuang.Sesungguhnya Allah telah menawarkan peniagaan yang menguntungkan untuk kita, iaitu berjuang dengan jiwa, harta dan masa untuk membantu agamaNya. Tidaklah aku berkata kamu akan berdosa jika setelah membaca ini, kamu masih tidak melangkah dan merasa terpanggil. Segala tetapan adalah milik Ilahi.Peringatan bagi yang berkhilaf!!! Tinggalkan sebentar persengketaan itu, jangan kamu menjadi agen yang membocorkan kekuatan parti yang mahu menegakkan keadilan.

Monday, January 21, 2008

Janji-janji Lah

Nari sama-sama kita ungkit kembali janji-janji Pak Lah yang selalu dilaung-laungkan dulu;

1.Janji PM Dolah-”Aku Tidak cari Wang Berjuta Untuk Hidup Kaya”.
PM Abdullah Badawi di awal-awal perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir telah mendeklamasikan rangkap puisi di atas sebagai tekad dan niatnya menjadi pemimpin bukan untuk mencari harta kekayaan@kemewahan tetapi untuk berbakti kepada rakyat.

Yang Dibuat:Seawal setahun menjadi PM,anak menantunya menjadi kaya raya.Kamaludin anak lelaki beliau mampu membeli 155 buah kapal dari Singapura dengan harga 500 juta Singapura.Menantunya Khairi yang masih hingusan dalam perniagaan menjadi jutawan segera dengan kemampuannya membeli 13 juta saham ECM Libra dengan harga RM 9juta.Abdullah juga kemudiannya mampu memiliki kediaman mewah di Australia dan sebahagian masanya dihabiskan untuk bercuti ke negara tersebut termasuk ketika rakyat Johor dilanda banjir.

2.Janji PM Dolah:Perangi rasuah hingga ke akar umbi.Dan akan turunkan kadar rasuah dari nombor 37 ke nombor 30 pada tahun 2008.Pengerusi PERWAJA,Eric Chia ,bekas menteri Kasitah Gadam didakwa rasuah dimahkamah sebelum pilihanraya.Rakyat tergoda dengan tindakan berani PM Dolah.

Yang dibuat:Rombakan kabinet selepas PRU 11,Menteri rasuah terus dikekalkan.Rapidah Aziz yang telah disiapkan kertas pendakwaan rasuah oleh Peguam Negara terus dikekalkan sebagai menteri berjawatan penting dalam kabinet Pak Lah.Indeks rasuah terus meningkat dari tempat ke 37(2003) naik ke tempat 44(2006).Eric Chia bebas dari tuduhan rasuah.18 kes rasuah berprofil tinggi yang diumumkan sebelumnya tidak didakwa hingga ke hari ini.

3.Janji PM Dolah:”Ku Cari Mana Dia Al Ghazali,mana Dia as Syafie”.
PM Abdullah mahu menjadikan ulama sebagai teman ikutan,mahu menjadi seperti seorang sufi.
Yang Dibuat:Tengku Adnan Tengku Mansor yang mempunyai syer judi di Bukit Tinggi diambil oleh Abdullah menjadi menteri.PM menjadikan Patrick Lim sahabat baik dengan mendapat berbagai projek pembangunan di dalam negara ini. 4. Janji PM Dolah:Saya sedia menerima teguran.Telinga saya besar!
Yang Dibuat:Dr Mahathir disamakan Pak Lah dengan iblis kerana mengkritik beliau.PAS dan lain-lain pihak yang memohon untuk mengadakan perbincangan dengan Abdullah tidak dilayan hingga ke hari ini.

5. Janji PM Dolah:Rukun Islam Hadhari:Melahirkan masyarakat bertaqwa
Yang Dibuat : Inul Dangdut yang diharamkan ulama Indonesia membuat persembahan tarian goyang gerudi, dibenarkan oleh kerajaan Abdullah membuat persembahan di negara ini yang diisytiharkan sebagai negara Islam. Golongan artis bebas membuat persembahan tetapi penceramah agama seperti Akil Hayy ditangkap polis selepas berceramah. Dr Harun Din dilarang menyampaikan ilmunya di Selangor.

Sunday, January 20, 2008

Apa yg kita boleh harapkan dari mereka?




Sekitar kunjungan ke perayaan Pongal di Kuil Subramaniam Swamy Devastanam di Sungai Lalang bersama YB Amirudin dan Lajnah Perpaduan Nasional.
Berjayakah kita perolehi undi yang dijanjikan?
Apakah yang perlu dilakukan untuk ditunaikan janji mereka?








Ops Tumpu di Parlimen Sik

Membantu Yayasan Amal Kedah dan Persatuan Perubatan Islam mengadakan Khidmat Perubatan Percuma dan pameran di UPU Batu 5 dan UPU Sg Senang, Sik


Sunday, January 13, 2008

Kembalikan Sharlinie

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENCARI BUDAK INI


ULAMAK DUNIA vs ULAMAK AKHIRAT


Oleh: Ibnu Ibrahim

(Bahagian Pertama)

Perkataan ulamak biasanya dikaitkan dengan orang-orang yang berilmu (tafaqquhu fid din), warak, boleh memberi kepimpinan dan panduan kapada negara dan masyarakat, mengeluarkan fatwa dan lain-lain sifat yang terpuji tetapi olih kerana sestengah golongan yang ingin mengambil kesempatan, maka wujudlah isu “Ulamak Akhirat” dan “Ulamak Dunia”. Siapakah mereka dan apakah kriteria yang membezakan mereka?

Ulamak adalah golongan yang amat berwibawa didalam Islam. Merekalah cermin kapada masyarakat dan tindakan mereka adalah gambaran kapada Islam, jadi sewajarnyalah, mereka ini disifatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebagai pewaris nabi-nabi. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:-
‘Nabi-nabi di kalangan Bani Israel adalah sama dengan ulamak-ulamak dikalangan umatku’.
Nabi-nabi di kalangan Bani Israel terdiri dari orang-orang yang paling terpuji diantara manusia sekelian, apatah lagi mereka tidak lari dari landasan sifat-sifat seperti

i) Siddiq (benar)

ii) Amanah (amanah yakni tidak mengkhianati Allah untuk pangkat dan habuan duniawi)

iii) Fatanah (bijaksana bukan dunggu sehingga boleh di peralatkan oleh pemerintah)

iv) Tabligh (Penyampai ilmu yang benar walaupun pahit didengar oleh orang-orang yang degil saperti raja-raja, penguasa-penguasa dan sesiapa sahaja yang bersifat saperti mereka)


Maka sayugialah ulamak-ulamak dikalangan umat Muhammad s.a.w. sebagai pewaris nabi-nabi tadi mewarisi sifat-sifat ini dan tidak takut kepada kehilangan pangkat, jawatan, kereta kerajaan dan lain-lain kemudahan. Apakah ini perkara yang sebenarnya?
Dalam menjalani kehidupan seharian, terdapat di ntara orang-orang yang berilmu ini menyeleweng dari kehendak Islam. Penyelewengan ini berlaku sama ada disedari atau tidak. Bermulanya penyelewengan ini ialah apabila mereka tidak menunjuk dan membimbing manusia kejalan yang diredai oleh Allah s.w.t. Ya, mereka memberi panduan melalui kuliah-kuliah di mesjid dan surau tentang rukun-rukun dan syarat-syarat sah atau batal segala ibadat-ibadat khusus tetapi mereka tidak berani membangkang perkara-perkara lain yang akan melenyapkan pahala ibadat-ibadat khusus tadi. Maksud penulis, mereka tidak membangkang langkah-langkah pihak-pihak yang tertentu yang menganjurkan pesta-pesta keramaian yang bercanggah dengan hukum-hukum syarak, perhimpunan-perhimpunan yang tidak mengambil kira waktu solat, nyanyian-nyanyian yang mempunyai lirik yang berlawanan dengan suruhan-suruhan ugama. Dari sini terbitnya dua golongan; ulamak dunia dan ulamak akhirat. Ulamak dunia tidak bersungguh untuk membawa umat ka jalan Islam manakala ulamak akhirat bersungguh untuk membawa umat ka arah yang diredai Allah.


Sebenarnya istilah ulamak dunia atau lebih layak dipanggil ulamak jahat ini wujud semenjak zaman nabi-nabi sabelum Muhammad s.a.w. lagi dan perkara ini berterusan sahingga sekarang. Baginda bersabda yang bermaksud:-
“Nerakalah bagi umatku yang menjadi ulamak jahat”.
Al-Imam Al-Ghazali telah menjelaskan pengertian “ulamak jahat” saperti berikut:-
“Yang kami maksudkan dengan ulamak dunia ialah “ulamak su’ ” (jahat) yang tujuannya memperolehi kesenangan duniawi, kemegahan dan kedudukan dengan menggunakan ilmu pengetahuan”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa mempelajari sesuatu ilmu yang boleh membawa kapada Allah, tetapi dipelajari untuk tujuan kepentingan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di akhirat nanti.”

(Bersambung)

Friday, January 11, 2008

Papan Iklan Lucah Kotori Lanskap Sungai Petani


Tak tahan mendengar komplen dari beberapa sahabat tentanan kehodohan sebuah papan iklan yang terletak di persimpangan Jalan Lencongan Timur Sungai Petani, behampiran Hospital Sultan Abdul Halim, kami pergi melihat sendiri tempat tersebut dan mendapati sebuah papan iklan besar memaparkan gambar perempuan dewasa berbikini!. Iklan sebuah taman tema yang baru dibuka itu cuba menarik orang supaya pergi kesitu dan akan melihat ramai perempuan berbikini agaknya.. Kami akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani yang membenarkan gambar sebegitu dijadikan sebagai iklan ditempat terbuka dan amat menjolok mata. Kita hairan dalam negara islam hadhari yang menjadi contoh sedunia, masih kurang sensitif dalam memberi kebenaran kepadaiklan yang sungguh 'kreatif' dan kurang ajar ini. Inilah dia bila negara kotor dipimpin oleh pemimpin yang kotor, fikiran kotor dan perangai pun kotor, dan dia nak jadikan semua rakyat turut kotor..


Friday, January 4, 2008

Futsal Anak Soleh

Program ini teelah diadakan pada 25 Disember lalu, namun atas beberapa sebab tertentu, bahan berita telah terlewat sampai.


Pertandingan telah menerima penyertaam dari 24 pasukan dari seluruh kawasan Merbokdan telah dimenangi oleh pasukan dari cawangan Taman Bandar Baru Sungai Lalang.
Alhamdulillah program berjalan lancar dan telah dirasmikan oleh Ketua DPPKM Ust Mohd Zahir Ghazali. Program ini juga diisi dengan slot tarbiah dan tazkirah oleh Ust Aziz Saidi. Semua pemain juga sempat bersolat jamaah zohor di dalam gelanggang.
Program ini juga telah menarik ramai penyokong yang terdiri dari ahli dan penyokong PAS dari beberapa cawangan. Program tamat jam 4,30 petang dengan penyampaian hadiah disampaikan sendiri oelh Ketua Pemuda Merbok.


Tuesday, January 1, 2008

Risalah Tahun Baru



Ekspidisi Dakwah Pemuda Merbok Harungi Perhimpunan HARAM BODOH!

Perhimpunan haram yang bodoh! Bodoh sungguh orang kita ni, tak dak kerja nak buat. Walaupun tiada sambutan tahun baru yang dianjurkan sama ada oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, sambutan malam tahun baru 2008 tetap berjaya menarik sekitar lapan hingga sepuluh ribu rakyat pelbagai kaum membanjiri Bandar Sungai Petani malam tadi.
Bila tiada sambutan maka tiadalah penganjur, bila tiada penganjur siapa yang nak memohon permit, bila tak ada permit, himpunan itu apa? HARAM!!, tapi polis tak kata JANGAN! maka ramailah yang sanggup bersusah payah datang. Kena dikatakan bodoh, sebab takda apa-apa pertunjukan nyanyian ataupun bunga api. Habis tu mai juga, memang bodoh.
Inilah tarikan dua peristiwa di Malaysia, satu malam merdeka dan dua, malam tahun baru. Tak perlu diumum atau dipanggil orang ramai akan keluar sendiri kerana dah biasa ada keramaian tidak kira bodoh ke tidak.
Dataran yang baru siap dibina sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan itu padat dengan kehadiran dari berbagai lapisan usia dan bangsa.
Kesempatan ini diambil oleh pemuda PAS Merbok untuk mengadakan 'Ekspedisi Dakwah' bagi mengedar risalah sempena tahun baru ini. Walaupun program dirancang secara tergesa-gesa, hampir 20 orang pemuda berjaya merentasi lautan manusia mengedar risalah sebagai salah satu kerja dakwah yang ramai yang ‘malu’ nak lakukannya. Alhamdulillah kehadiran pemuda-pemuda dari beberapa cawangan menyemarakkan semangat semua untuk merebut pahala percuma dikala kebanyakan yang lain termanggu-manggu menanti detik 12 tengah malam. Walau pun dengan kuantiti risalah yang terhad, namun seluruh ruang diteroka untuk menyampaikan mesej parti yang selalu disebut sebut yang tidak mendapat perhatian wajar dari pemerintah iaitu masalah sosial.
Apa yang paling melucukan dan menambah kebodohan mereka yang hadir semalam ialah tiada langsung sambutan dan jam besar yang menjadi tumpuan ‘count down’ menunjukkan waktu yang salah iaitu 15 minit cepat dari waktu sebenar. Menara jam itu pun agaknya melugai dan lemas tengok keburuk orang yang dating ke situ yang akhirnya akan meninggalkan sampah yang bertimbun.
Jam 12.30 malam sebahagian beransur-ansur bergerak ke haluan lain agaknya, hampa dan kecewa kerana terpaksa berjalan kaki jauh dari tempat parking tiba-tiba apa pun tarak! Kesian makcik-makcik yang turut sama diseret ke medan maksiat ini tidak kurang yang sanggup mengusung anak-anak kecil semata-mata nak tengok bunga api!
Namun bagi sekumpulan anak muda yang muka tak malu dengan penuh tanggungjawab mendekati orang ramai untuk mengedar bahan bacaan alternatif yang ada setengahnya menzahirkan reaksi spontan yang sungguh melucukan.











"alamak, gejala sosial, kena atas batang hidung saya abang ni..” ujar seorang ramaja mat rempit.
Bagi yang berpasangan secara haram, nampakla muka rimas mereka dan ada yang tersipu-sipu. Pandai pula pemuda-pemuda kita pilih orang yang nak diberi risalah itu.

Semasa taklimat ringkas sebelum bergerak menghampiri ribuan manusia, semua peserta diingatkan agar tidak merasah marah jika risalah yang dihulurkan tidak mahu diterima. Alhamdulillah masih ada segelintir remaja yang berani menyahut cabaran yang sesetengah orang malu nak lakukannya hingga ada yang begitu teruja hingga turut memberi risalah tersebut kepada anggota polis yang terlibat menjaga keamanan himpunan HARAM itu.