Wednesday, February 6, 2008

Satu Lagi Projek Pilihanraya

Semalam sekumpulan pemuda Merbok bersama Ketua Pemuda Kedah, Ustaz Musoddak Hj Ahmad dan beberapa orang Exco DPPKN telah merayau ke sekitar pasar malam Taman Ria Jaya, Sungai Petani untuk menjayakan satu lagi projek sempena pilihanraya iaitu mengedar risalah kepada pengunjung pasar malam tersebut.
Ni la saja muka-muka tak malu yang sanggup buat kerja ini, projek yang untungnya tidak dapat diperolehi sekelip mata. Bagi yang dah biasa, kerja mengedar risalah ini sesuatu yang menyeronokkan apabila dapat melihat reaksi orang ramai. Kerja-kerja inilah yang akan membantu kemenangan islam. tahniah semua!




No comments: