Sunday, February 3, 2008

ULAMAK DUNIA vs ULAMAK AKHIRAT


Bahagian Kedua

Oleh : Ibnu Ibrahim

Mari kita tinjau sifat-sifat ulamak dunia:-

1 ) Lebih Mementingkan Dunia

Mereka ini lebih mementingkan kesenangan dunia sama ada melalui harta, pangkat, pengaruh dan sebagainya. Terdapat ramai dikalangan mereka yang mempunyai darjah-darjah kebesaran seperti Tan Sri, Datuk Seri dan sebagainya. Gaji mereka mencecah puluhan ribu ringgit sebulan dan mendapat habuan-habuan yang lain saperti pejabat yang cantik, setiausaha, kereta pejabat serta drebar. Semua ini mereka perolihi sebab saban masa, mereka mendustakan Allah dan Rasulnya s.a.w. Kerana dengan itu, terdapat ramai lagi lulusan ugama dari institusi-institusi pengajian tinggi yang mengidamkan kedudukan mereka. Caranya mudah. Tipu Allah, tipu manusia dan jualkan ayat-ayat Al-Quran kerana habuan dunia yang tak seberapa. Akhirat belakang kira! Di antara tanda mereka bersifat demikian ialah kalau untuk kepentingan dunia, sesuatu kerja itu dilakukan dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh dan untuk menghalalkan aktiviti-aktiviti mereka, mereka lengkapkan dengan fatwa-fatwanya sekali (ala Machiavelli; matlamat menghalalkan cara). Kalau pekerjaan itu untuk kepentingan akhirat, mereka tangguhkan sebab pekerjaan akhirat tidak ada elaun, gaji atau pangkat. Kalau bercakap untuk kepentingan akhirat, nanti kena ‘gam’, maka “syoru pun miss!” Oleh itu, jangan beranikan diri menyentuh hal-hal akhirat tetapi cuma bercerita sahaja bab alam barzakh, hari kiamat, syurga dan neraka saperti mana diterangkan kapada kanak-kanak di pusat-pusat asuhan. Lebih baik jadi bacul daripada dilucutkan kesenangan dan kebesaran duniawi.
Mereka memperalatkan ilmu mereka untuk kepentingan duniawi dan bukan untuk menambahkan ketaatan dan ketakwaan kapada Allah s.w.t. Mereka juga sanggup berceramah politik untuk memenangkan golongan-golongan yang menentang Allah dan hukum-hukumNya. Mereka sanggup bersekongkol dengan golongan-golongan ini dengan mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa pejuang-pejuang Islam dalam politik ialah pengganas yang derhaka kapada kerajaan. Mereka juga sanggup mengatakan bahawa dizaman Rasulullah s.a.w. dan para-para sahabat serta tabi'in, tidak pernah wujud parti-parti politik yang berlabelkan Islam. Untuk apa? Lepas ceramah, dapat ‘elaun’ RM30.00! Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
“Seburuk-buruk kedudukan manusia pada sisi Allah di hari kiamat ialah seorang yang mengorbankan akhiratnya untuk dunia lainnya.”
Di alam barzaakh, manusia akan ditanya tentang tiap-tiap percakapannya dan perbuatannya olih dua orang malaikat yang tegas lagi keras. Bolehkah orang-orang seperti ini merasuahkan malaikat-malaikat itu dengan wang RM30.00 yang mereka perlolehi hasil ceramah batil mereka untuk dilindungi daripada diseksa?
Diantara perbuatan ulamak-ulamak jahat ini ialah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihahalkanNya. Contoh yang terunggul ialah membaca doa selamat tanda kesyukuran kerana kemenangan seorang calon pilihanraya walau pun calon itu dari parti yang menolak hukum Allah. Satu lagi contoh ialah menutup mulut apabila pihak pemerintah merestui sesuatu pertunjukkan yang bercanggah dengan hukum syarak, seperti peraduan ratu cantik yang mendedahkan aurat walau pun ulamak-ulamak ini tahu bahawa perbuat saperti itu adalah haram dan berdosa besar. Menutup mulut adalah bersubahat dan hukumnya ialah sama (yakni berdosa besar) dengan orang yang merestui, membuat , mengambil bahagian dan mengutip wang hasil dari pertunjukan itu serta membelanjakannya. Masya Allah!!!

2) Bermegah dan Riyak

Mereka kelihatan bermegah dan riyak dengan ilmu yang ada pada mereka dan menonjol-nonjol dengan gelaran ulamak dan sanjungan ramai. Lihat sendiri rancangan-rancangan ugama di television. Ahli-ahli panel meletakkan kitab-kitab tebal di hadapan mereka sambil bersyarah dengan mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi serta pendapat-pendapat ulamak-ulamak yang muktabar. Akhir sekali orang ramai yang menonton berasa takjub. “Wah! Alimnya penceramah itu. Puas hati kami mendengar keterangan-keterangannya.” Salepas majlis, mereka menyerbu ka hadapan untuk berjabat salam atau mencium tangan ‘orang-orang alim’ tadi.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa mempelajari ilmu untuk menunjuk keangkuhan sesama orang yang berilmu atau untuk mendustai orang-orang bodoh dan untuk menarik perhatian orang lain kapadanya, Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka”.

Biasanya mereka ini pandai merancang dan berkata-kata tetapi gagal bertindak. Mereka menyukai status ulamak tetapi akhlak mereka dan lidah mereka bagai “ular dalam semak!!” Ilmu yang dimilikki gagal untuk mempengaruhi jiwa mereka malah digunakan untuk pakaian dan perhiasan untuk bermegah, maka golongan ini disebut juga “ulamak fasiq”.

Sewajarnya semakin bertambah ilmu, semakin tambah juga ketaatan dan ketakwaan. Ini tidak! Sebaliknya semakin kuat temberangnya!! Jika pertambahan ilmu tidak menambahkan amal dan takwa, maka ilmu yang dimiliki tidak membawa apa-apa erti kepadanya dan masyarakat juga tidak terubat penyakit kejahilannya.
Penulis teringat apabila perenang negara kita berjaya merentasi selat Inggeris. Masa yang diambil lebih kurang 14 jam. Apabila dipersoalkan bagaimana perenang itu bersolat ketika itu, seorang ulamak lulusan M.A. dari Al-Azhar mengatakan bahawa tidak harus solat bagi orang-orang yang berjuang mengharumkan nama negara! Maha Suci Allah daripada menerima keadaan itu.

Allah s.w.t. berfirman di dalam Surah Al-A’raf ayat 147 yang bermaksud:-

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mendustakan tentang menemui akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan ( seksa ) selain dari apa yang telah mereka kerjakan”.

Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:-

“Apabila lahir berbagai-bagai fitnah (dalam riwayat lain disebut : fitnah) dan para sahabatku dicaci-maki (mahu pun dengan cara tidak mengikuti amalan atau sunnah mereka), maka hendaklah orang alim menunjukkan ilmunya. Barangsiapa yang tidak melakukan saperti itu, maka atasnya laknat Allah, para malaikat dan manusia sekeliannya, tidak akan diterima daripadanya lagi amalan atau taubat.”

Baginda s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:-

“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak mencabut ilmu dengan merampasnya dari manusia, akan tetapi Dia telah mengambilnya dengan mengambil ahlinya (yakni mematikan ahli-ahli ilmu agama itu) sehingga apabila sudah tidak ada seorang alim lagi yang tinggal, maka manusia akan menjadikan orang-orang yang bodoh sebagai pemimpin-pemimpin mereka, apabila ditanya, mereka akan memfatwakan tanpa ilmu, sehingga mereka pun sesat lalu menyesatkan pula yang lain.” ( Riwayat Ash-habus Sunan daripada Ibnu Umar r.a. )

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam Surah Al-Kahfi ayat 103 –104 yang bermaksud:-

“Katakanlah: Apakah kamu mahu akan Kami beritahukan tentang siapa yang sangat rugi amalannya? Ia itu mereka yang sia-sia usahanya (kerana sanggup berdusta di dalam agama) pada mengejar kehidupan dunia, dan mereka mengira yang mereka telah berbuat yang sebaik-baik amalan.” ( Bersambung )


No comments: