Saturday, March 29, 2008

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkanAllah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allahdan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.
"Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saat nya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda- tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimahyang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menantikedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkanRasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. "Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" TanyaRasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidaktertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibirRasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku". Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukahkita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Relax Sat

ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT


Wednesday, March 26, 2008

Tanda Kekuasaan PAS

Inilah kalau PAS berkuasa, takda siapa nak halang bendera besar seperti ini dikibarkan dimana-mana, kalau sebelum ni bak kata orang Kedah "puas bersagangla...

Monday, March 24, 2008

Majlis Kesyukuran PAS Kawasan Merbok












YB Dr Hamdan Mohamed Khalib sedang menyampaikan ucapan
Suasana Majlis Kesyukuran PAS Kawasan Merbok yang diadakan di PUTIM
Bersejarah... para pengundi dari kaum tionghua tidak ketinggalan menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan kali ini

Wednesday, March 19, 2008

Awas 3 Lelaki ini











AWAS 3 LELAKI NI, JIKA TERJUMPA BERJAGA-JAGA

Alahai Kak Pidah














Pak Lah ni... bila jumpa pempuan, pantang... tak kepit dia genggam..

Alahai kesian, tu la dulu dakap tun det sakan sangat, pi la mengadu kat dia..

Saturday, March 15, 2008

INI BUDAYA SIAPA?




Gambar di atas adalah sekitar bantahan Umno Pulau Pinang ke atas cadangan kerajaan baru diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng untu menghapuskan DEB. Mana panuran water canon, mana gas pemedih mata, mana tangkapan ganas?
BUDAYA SIAPAKAH INI?

Wednesday, March 12, 2008

Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

12 Mac 2008, Rabu Jam 10.00 pagi
Bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Star Kedah
Senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

1 N20 SUNGAI LIMAU YAB. USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK

2 N17 PANGKALAN KUNDOR YB. TUAN HAJI IR. PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI

3 N18 TOKAI YB. TUAN HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL

4 N15 ANAK BUKIT YB. TUAN HAJI IR. AMIRUDDIN BIN HAMZAH

5 N33 MERBAU PULAS YB. USTAZAH HAJJAH SITI AISHAH BINTI HAJI GHAZALI

6 N26 TANJONG DAWAI YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

7 N27 PANTAI MERDEKA YB. TUAN HAJI ABDULLAH BIN JUSOH

8 N14 ALOR MENGKUDU YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH

9 N25 BUKIT SELAMBAU YB. ENCIK ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO

10 N34 LUNAS YB. ENCIK MOHAMMAD RADZHI BIN SALLEH

11 N28 BAKAR ARANG YB. ENCIK TAN WEI SHU
Pemuda PAS Merbok mengucapkan tahniah kepada YB-YB yang telah dilantik untuk menganggotai MMK Negeri Kedah khasnya kepada YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib (TYDP PAS Kawasan Merbok) semoga anda semua dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan adil dan bijaksana. Siru ala' barokatillah. ALLAHUAKBAR....

Sebab kemenangan besar PAS Kelantan

Foto-foto sekitar proram munajat Pas Kelantan..masyaAllah, patutlah kelantan diberi kemenangan yang hebat oleh Allah..













Pemimpin masa depan




















Tak cukup tempat
















Melentur buluh














MasyaAllah ..lautan manusia














Sayap kiri perjuangan














Ya Allah, kepada Mu kami sembah, kepada Mu kami mohon pertolongan




















Rintihan seorang pemimpin..

Monday, March 10, 2008

Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah

PEMERINTAHAN BARU: Azizan menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru daripada Sultan Abdul Halim pada Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah di Wisma Darulaman, semalam.

ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.
Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.
Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri.
"Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas," tegas beliau lagi.
Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.
Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mr

Sunday, March 9, 2008

Pilihanraya Umum Ke-12

Dewan Undangan Negeri Kedah N.26 Tanjong Dawai

Buat kali pertama dalam sejarah, PAS telah berjaya merampas kerusi DUN N.26 Tanjong Dawai dalam Pilihanraya Umum Ke 12 apabila YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib telah menewaskan Dato' Arzmi Hamid dengan majoriti tipis 79 undi setelah melalui sat-saat membimbangkan menunggu keputusan undi pos yang keempat tertinggi di Malaysia.













Bersama sebahagian jentera "This is the time to change..."















Dijulang oleh penyokong dari kalangan orang india..














Bersama Dato' Rashid Din P15 Merbok (PKR) dan
P. Arumugam N.25 Bukit Sekambau (Cap Kunci)














Berdebar menanti keputusan undi pos setelah mendahului BN dengan 1500 lebih undi















Sebahagian petugas bangsai panas














Suasana disalah sebuah pusat mengundi

TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI PAS
&
TAHNIAH KERANA BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN
Keputusan Pilihanraya Kedah P14, N25, N26
P14 MERBOK
Jumlah Pengundi: 64,659 Peningkatan jumlah pengundi:
-->Peratusan Kaum: M:65.66% C:16.06% I:17.32% B/Sab: % B/Swk: % L:0.96%
1. Datuk Rashid Din (PKR) (25,541)
2. Senator Datuk Tajul Urus Md. Zain (BN) (22,443)
Majoriti: 3,098 Jumlah undi: 49,322 Peratus mengundi: 76.28% Undi rosak: 1,338
Penyandang: Datuk Zainuddin Maidin (BN)(Majoriti: 15,162 undi)

N26 TANJONG DAWAI
Jumlah Pengundi: 29,589 Peratusan Kaum: M: 80.80% C:12.94% I: 5.37% B/Sab: % B/Swk: % L:0.89%
1. Dr. Hamdan Mohamed Khalib (Pas) (11,497)
2. Datuk Arzmi Abdul Hamid (BN) (11,418)
Majoriti: 79 Jumlah undi: 23,533 Peratus mengundi: 79.53% Undi rosak: 618
Penyandang: Datuk Arzmi Hamid (BN)(Majoriti: 5,151 undi)

N25 BUKIT SELAMBAU
Jumlah Pengundi: 34,977 Peningkatan jumlah pengundi:
-->Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% B/Sab: % B/Swk: % L:1.02%
1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)
Majoriti: 2,362 Jumlah undi: 26,450 Peratus mengundi: 75.62% Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)