Thursday, April 24, 2008

Bila PBT akan Melaksanakan Polisi Baru





















Kita masih ternanti-nanti apakah pembaharuan atau polisi baru yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan PR Kedah berkaitan peraturan papan iklan besar atau billboard yang memaparkan imej-imej yang tidak islamik dan kadang-kadan menjolok mata.
Lihatlah foto wanita berkemban di atas yang dijadikan model untuk papan iklan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan terkenal di Sg Petani. Kita harap Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kerajaan Negeri Kedah, yang dipengerusikan oleh YB Taulan Rasul akan mengeluarkan garis panduan yang sesuai bagi mengubah lanskap negeri Kedah supaya tidak bersubahat dengan penganiayaan dan eksploitasi kaum wanita yang sememangnya menjadi tren kerajaan BN.
Kita dah jemu melihat wanita-wanita 'cantik' diperagakan untuk tujuan yang tidak berkaitan lansung dengan tubuh wanita terbabit. Kita juga berharap sekiranya kelah Kerajaan Negeri Kedah berhasrat untuk membawa dan memajukan sukan bermotor di negeri ini membuang terus 'gadis litar' yang berpakaian menjolok mata yang tidak langsung menambah kelajuan pelumba motor atau kereta yang bertanding, atau menggantikannya dengan 'jejaka litar' yang mungkin melambanhkan kegagahan.
Pengalaman kali pertama penulis ketika mengunjungi Kelantan beberapa tahun dulu selepas diperintah kerajaan PAS mendapati imej wanita bertudung untuk papan iklan digunakan walaupun di negeri lain wajah yang sama tidak sedemikian. Jadi sekurang-kurangnya bila model wanita yang hendak digunakan dalam iklan dimestikan memakai tudung, sudah tentulah tiada lagi foto wanita berkemban atau berbikini seperti yang kita pernah lihat sebelum ini.

Tuesday, April 22, 2008

Takdak Tajuk..

















Ni la orang sebenaq yang bercita-cita memajukan industri penternakan yang hangat diperkatakan sekarang.
Namun apa nak buat boss dia senasib dengan empat orang kat bawah tu.

Kawan-kawan dalam umno jangan seronok sangat kutuk kerajaan baru Selangor tentang isu 'ba alip ba ya' ni, orang dah tau semua walaupun tidak ada dalam media arus perdana, hampa saja yang buat-buat tak tau.

Macam jugala bila depa hina islam dan ulama', buat-buat jahil kononnya tak berdosala, orang nak bagi tazkirah depa kata menghasut, orang buat ceramah depa kata dok mengata kat orang. Tu yang payah...

Monday, April 21, 2008

Assalamualaikum YB


Nak menang pilihanraya bukanlah senang. Kita hanya akan menang kalau orang sukakan kita. Selepas menang, datang satu lagi usaha, iaitu nak mengisikan kemenangan itu. Pak Wan pernah dengar seorang veteran PAS dari Kuala Kedah pernah mengatakan: Kita dalam PAS tidak takut kalah sebab sudah banyak kali kita kalah. Kita takut kalau kita menang. Bolehkah kita mengisi kemenangan itu? Bolehkah kita buat kerja-kerja yang patut untuk menarik keyakinan pengundi-pengundi kita? Kalau mengikut laporan akhbar pada 21hb April 08, Pakatan Rakyat ( PR ) dalam pusingan pertama sebelum persidangan parlimen telah menemui sedikit kegagalan. Setiausaha Agung PAS Pusat telah mengatakan bahawa PAS selalu menepati masa dalam menghantar solan-soalan untuk didebatkan dalam parlimen. PAS mempunyai sebuah jawatankuasa dan seorang petugas untuk meneliti dan mengumpul semua soalan untuk dihantar ke parlimen. DAP dan PKR telah mengaku bahawa mereka telah terlepas tarikh akhir! Mengapa jadi begitu? Ini semua tugas Setiausaha Agung parti masing-masing. Pak Wan harap kepimpinan parti-parti itu mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memperbetulkan kelemahan-kelemahan seperti ini.

Kalau kita hendak menuai hasil yang baik, Pak Wan sarankan wakil-wakil rakyat supaya tidak malas turun padang. Paw Wan gunakan istilah 'tidak malas' dan bukan 'rajin'. Sebabnya telah terbukti kemalasan beberapa orang wakil rakyat dan bersedap-sedap membiarkan masa berlalu telah menyebabkan mereka hilang kerusi masing-masing. Musuh selalu menggunakan helah-helah mereka. Puncanya kita. Kalau kita berkerja keras dan sentiasa menangani masalah rakyat dan negara, musuh mana sekalipun tidak dapat memperdayakan sesiapa. Dalam usaha turun padang ini, biar kering poket dengan habisnya wang belanja, sebab pahala dari usaha itu akan menjadi jurucakap kita pada hari kita tidak berdaya untuk bercakap bagi pihak diri kita sendiri. Selain dari itu, kerja-kerja yang membawa keberkatan akan tidak dilupai Allah. Ada wakil rakyat yang takut kena panas sebab tak mahu kulit gelap dan berkedut. Seorang bekas Menteri Besar telah pergi membuat rawatan kulit supaya putih melepak dan gebu kulitnya. Dia mendapat kecantikan dan ketampanan tetapi kehilangan kerjaya politiknya. Ahli-ahli politik yang terlaku peka dengan ketampanan mereka diminta tinggalkan jawatan wakil rakyat atau jawatan dalam parti.

YB-YB sekelian jangan malas bersolat jamaah di mesjid-mesjid sekitar kawasan parlimen dan dewan undangan negeri. Kalau yang ada ilmu, kendalikanlah kuliyah-kuliyah di mesjid atau surau dan kalau tidak, duduk sekali dengan orang ramai dan dengar kuliyah yang disampaikan. Setidaknya, kamu YB-YB sekelian berada sekali dengan orang ramai. Kalau YB-YB Islam kerap solat jamaah di mesjid atau surau, orang ramai yang malas ke tempat-tempat ibadat itu akan tertarik untuk ke sana. Solat jamah mempunyai karamah dan hikmah untuk mengukuhkan perpaduan dan kekuatan ummah. Tak guna kalau Islam atau orang Islam memerintah sekiranya perpaduan ummah tidak kuat. Bagi Pakatan Rakyat, kalau AJK mesjid atau surau itu orang UMNO, ziarahlah rumah-rumah mereka. Tunjukkanlah akhlak yang baik dan mulia walaupun mereka enggan buka pintu mempelawa kita masuk sebab kita dari 'parti lain'. Ibaratkan diri kita sebagai jurujual yang menjaja barangan-barangan dari rumah ke rumah. Walaupun di halau dan disergah oleh tuan rumah atau dikejar anjing-anjing yang garang, mereka tetap mengekalkan semangat yang kental dan tidak berputus asa. Bezanya jurujual-jurujual ini tidak mempunyai gaji yang tetap. Jual barang baru dapat kmonsyen. Kadang-kadang sudah latu ke 20 buah rumah baru dapat satu jualan. Ada hari hanyut merata rumah dalam taman perumahan tetapi satu habuk jualan pun tak ada. Namun usaha mereka teruskan. Lihatlah contoh tokoh koperat besar yang terkenal Tan Sri Vincent Tan walaupun beliau penyokong BN. Beliau memulakan kerjayanya sebagai jurujual insuran dari rumah ke rumah dan dari pejabat ke pejabat. Semangat sebagai jurujual yang beliau kumpulkan telah menghasilkan kekuatan jatidiri yang kental sehingga beliau berjaya mengendalikan beberapa koperat besar dengan beribu-beribu pekerja dibawah kekuasaannya. Wakil-wakil rakyat tidak perlu takut sebab elaun-elaun ada dan bukan ada apa yang nak dijual. Bukan ada sasaran harian dan bulanan yang perlu ditunjukkan seperti wakil-wakil pemasaran dari syarikat swasta. YB Dato' Rashid Din, ahli parlimen Merbok pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS. Beliau mesti memastikan sasaran sejumlah motorsikal dikeluarkan dan dipasarkan sebab kalau jualan merosot dan stok simpanan masih banyak, pening kepala nak jawab dengan lembaga pengarah.

Perjuangan yang dijalankan oleh wakil-wakil rakyat kita sama seperti apa yang dilalui oleh para nabi dan rasul dahulu. Nabi Muhammad s.a.w. ialah semulia-mulia manusia di sisi Allah s.w.t., berketurunan Bani Hashim yang dihormati dan disegani di Makkah dan cucu kapada Abdul Muttalib, seorang pemimpin masyarakat yang mempunyai pekerti yang tinggi. Baginda pernah dilontar dengan batu sehingga kakinya luka dan berdarah. Adakah Baginda berhenti memimpin manusia dan meneruskan dakwah?

Pada pilihanraya yang ke-11 tahun 2004, adalah amat malang bila ramai wakil-wakil rakyat PAS dan PKR kalah teruk. Susah kita nak duga sebabnya tetapi sekiranya wakil rakyat mempunyai hubungan yang rapat dengan orang ramai, Insya Allah beliau boleh mendapat kemenangan. Contoh yang paling baik zaman ini ialah Al-Marhum Dato' Fadzil Nor. Walaupun kesihatan tidak mengizinkan, beliau tetap turun padang, melawat kampung-kampung, melawat pejabat-pejabat kerajaan, berjumpa anak-anak muda yang bersukan, bertanya khabar dan menziarahi rakyat setempat yang sakit, menghantar jemaah haji dari kalangan penduduk setempat, mencukur kepala bayi baru lahir dan macam-macam lagi sehingga beliau dikenali dan disayangi ramai.

Kapada ahli-ahli dan petugas-petugas dalam PR, masa kita nak kutuk BN di tempat-tempat perjumpaan dan warung-warung dah habis. Dahlah ahli-ahli BN sekarang mulai meluat dengan BN, janganlah biarkan mereka meluat dengan PR juga. Bila dah meluat dengan kedua parti, mereka tidak akan tahu kemanakah hala tujuan mereka. Akhir sekali, mereka mencari ketenangan melaui jalan-jalan syaitan. Walaupun mereka berdosa, kita dikhuatiri akan disoal di Akhirat tentang kelaku dan gelagat mereka di dunia. Sekarang kita wajib membimbing mereka. Masa depan UMNO dan BN memang gelap. Mereka sedang meraba-meraba mencari satu wadah perjuangan alternatif. Pak Wan nasihatkan ahli-ahli PAS dan PKR dampingi mereka dan berbaik-baik dengan mereka. Usah lagi bersikap "kami dari parti yang menang dan kamu dari parti yang kalah!" Kadang-kadang kita malas nak bersolat di belakang imam UMNO. Sekaranglah masanya untuk membuang sifat itu. Pergilah ke mesjid-mesjid yang dikuasai oleh mereka dan beramah mesralah dengan mereka sebolehnya. Orang-orang UMNO ini lebih banyak menghabiskan masa di rumah daripada bersolat jamaah. Biar lebih ramai orang-orang PAS dan PKR meramaikan mesjid. Dengan kemenangan PR, Allah telah mengamanahkan orang UMNO kapada kita. Ziarahlah mereka sekiranya mereka sakit. Bantulah mereka sekiranya keadaan memerlukan. Bagi yang mengerti, tolonglah uruskan jenazah mereka. Berdirilah ditengah-tengah masyarakat sentiasa. Jadilah bintang-bintang PR yang menerangi kegelapan BN. Syorkan anak-anak UMNO supaya berdaftar dengan PASTI. Tunjukkanlah akhlak yang mulia dan pekerti kita yang tinggi sepertimana kita telah ditarbiahkan. Insya Allah undi untuk PR akan bertambah. Mohonlah kapada Allah supaya kita dan mereka ditambahkan taufik dan hidayah untuk berada di atas jalan yang benar. Satu perkara yang kita perlu tahu berkenaan dengan doa ini ialah bila kita berdoa untuk kebaikan orang lain, Allah akan kurniakan kebaikan itu kapada kita dahulu sebelum disampaikan kapada orang lain. Alangkah Pemurahnya Allah s.w.t. Tunjukkanlah budi pekerti kita yang tinggi kapada ahli-ahli BN yang bukan Islam supaya mereka akan menyanjungi kita dan ajaran agama kita. Jangan mengejek mereka. Pesanan Pak Wan yang terakhir: Taburkanlah bakti dan kebaikan sebanyakmana mungkin seolah-olah pilihanraya akan datang akan berlaku bulan hadapan.

Saturday, April 19, 2008

Blog ADUN Tg Dawai

Lawatilah laman blog yang baru dibina, blog ADUN Tg Dawai YB Dr Hamdan Mohamed Khalib di

aduntgdawai.blogspot.com

sebarang aduan atau komen amat dialu-alukan.

Friday, April 18, 2008

Sekretariat Peringkat Parlimen Ditubuh

PAS dan PKR mengambil langkah proaktif bagi memastikan khidmat kepada masyarakat berkesan seterusnya memenangi hati pengundi dengan menubuhkan Sekretariat Peringkat Parlimen Merbok. Sekretariat yang terdiri dari beberapa AJK dari PAS dan PKR Merbok mengadakan mesyuarat pertama pada 18 April di Markaz PAS Kawasan Merbok (PUTIM) di pengerusikan oleh YDP PAS Kawasan Merbok Tuan Hj Mat Akhir Thalib.
Bagi memudahkan rakyat untuk menemui Wakil Rakyat atau wakil mereka maka beberapa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR)telah ditubuhkan.
Bagi DUN Tanjung Dawai PKWR telah mula beroperasi di Pekan Merbok bersebelahan dengan Balai Polis Merbok, manakala bagi DUN Bukit Selambau dua buah PKWR akan ditubuhkan oleh YB V. Arumugam iaitu sebuah di Bukit Selambau dan sebuah lagi di Pekan Lama Sg Petani (berhadapan Stesen Bas Ekspres Jalan Kuala Ketil)
Bagi Parlimen Merbok pula YB Dato' Rashid Din memaklumkan bahawa PKWRnya telah beroperasi di Taman Tuanku Haminah, Jalan Kelab Cinta Sayang.
Semua PKWR ini akan dibantu secara langsung oleh Sekretariat yang ditubuhkan dan diharap semua rakyat dapat menggunakan peluang yang ada bagi menyampaikan sebarang aduan dan sebagainya.

Thursday, April 17, 2008

DAP, ORANG MELAYU DAN NEGARA ISLAM


Pak Wan nak sambung celoteh Pak Wan dahulu. Pak Wan rasa elok kita renungkan dan fikir masak-masak apa yang ingin Pak Wan utarakan ini demi menjaga hubungan baik diantara PAS, PKR dan DAP. Maklumlah, BN amat sakit hati dengan ketiga-tiga parti ini. Apa sahaja mereka akan lakukan untuk menghancurkan perpaduan ketiga parti ini, seperti apa yang pernah mereka lakukan terhadap hubungan baik di antara PAS dan Semangat 46 dahulu. Janganlah pisang berbuah dua kali.

Kita hairan, kenapa pemimpin-pemimpin DAP kerap menyuarakan bangkangan mereka terhadap penubuhan negara Islam. Karpal Singh telah bertubi-tubi menghentam usaha PAS walaupun konsep Pakatan Rakyat ( PR ) telah disepakati oleh ketiga-tiga komponen dan walaupun PAS telah menangguhkan dahulu rancangan tersebut. Menteri Besar Kedah telah pun memberi ketetapan bahawa Hukum Hudud tidak ada dalam agenda Kerajaan PAS Negeri Kedah. Menteri Besar Kelantan juga tidak menyebut hal itu, dan jauh lagilah Menteri Besar Perak!

Sebenarnya mereka ( DAP ) tidak mahu perkara yang berlaku pada tahun 1999 berulang. Dari tahun 1998 hingga 1999 (ekoran penubuhan GERAK yang dianggotai oleh PAD, DAP, PRM dan beberapa pihak yang lain selepas peristiwa Dato' Seri Anwar Ibrahim), kepimpinan DAP telah bersetuju dengan konsep Negara Islam seperti yang dicadangkan oleh Al-Marhum Dato' Hj. Fadzil Nor, bekas Presiden PAS. Lim Kit Siang telah mengambil ketetapan untuk menerima cadangan Al-Marhum dan telah membuat suatu kenyataan panjang yang pernah disiarkan dalam akhbar Harakah sebelum pilihan raya 1999 bahawa konsep Negara Islam yang beliau setuju bersama Al-Marhum adalah sesuatu yang bersesuaian dengan keadaan masyarakat majmuk dalam negara kita. Kenyataan Lim itu juga mempunyai rujukan kapada kitab "Al-Ahkam Al-Sultaniyah" karangan Al-Imam Al-Mawardi yang juga membincangkan kelapangan kelapangan dan hak-hak tertentu kapada golongan bukan Islam. Sesuai dengan keadaan di Malaysia, Al-Marhum Dato' Fadzil telah menunjukkan ciri-ciri ketuanan Islam yang tidak membebankan golongan bukan Islam. Ini yang mereka (DAP) berkenan di hati.

Disebabkan hasutan yang bertalu-talu dari pihak-pihak yang tertentu, orang-orang bukan Islam telah menolak DAP dalam pilihanraya ke 10 tahun 1999. Menurut mereka, undi kepada DAP adalah undi kepada PAS untuk menegakkan Negara Islam dan kononnya Negara Islam akan memotong tanganlah dan juga potong itu dan ini!. Walaupun PAS dan masa itu KeAdilan mendapat kemenangan besar pada pilihanraya tersebut sehingga Terengganu terlucut dari tangan BN, DAP yang kalah teruk tidak berpuas hati. Ketua Pemuda DAP ketika itu, Kher Kim Hock telah melatah dengan begitu kuat dan menolak pakatan dengan PAS. Beliau juga menuduh kepimpinan partinya tidak peka dengan kehendak masyarakat bukan Islam dan dan DAP tidak berjaya sebab parti itu ditolak oleh masyarakat tersebut khususnya orang-orang Cina. Mungkin masa tidak cukup panjang untuk DAP menerangkan hasrat mereka kapada penyokong-penyokong mereka tentang pengabungan dalam pakatan yang dinamakan Barisan Alternatif (BA). Penceraian DAP dengan PAS telah disambut dengan sorakan yang gemuruh oleh BN. Parti MCA dan Gerakan telah membuat propaganda bahawa DAP telah ditunggangi oleh PAS. Akhir sekali, yang ditunggangi kalah dan yang menunggangi pula menang. Mereka pura-pura menunjukkan belas kesihan kapada DAP kerana jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang selama ini disandang oleh DAP telah jatuh ke tangan PAS.

Pada tahun 2004 semasa diadakan Pilihanraya ke-11, DAP umumkan bahawa mereka tetap tidak akan berkerjasama dengan PAS. Akibatnya, keputusan pilihanraya menyaksikan DAP dapat meraih kembali kerusi-kerusi yang mereka pernah kuasai dahulu dengan sokongan masyarakat bukan Islam kembali kapada mereka. Selepas itu kedengaran suara-suara yang jahat dari BN yang mengatakan BA tidak lain hanyalah pakatan longgar kumpulan yang terdesak (marriage of convenience). Tetapi yang cantiknya PAS tetap bersabar dan redho dengan keputusan orang ramai, bukan menggila macam parti-parti yang tidak pernah kalah semenjak Merdeka!

Pada tahun 2008, mereka sekali lagi mengulangi pendirian mereka untuk tidak berkerjasama dengan PAS. Walau bagaimanapun, penglibatan dan pengembelingan tenaga pihak-pihak yang mempunyai kebijaksanaan telah membolehkan kedua parti ini menjadi rakan pilihanraya ke-13 bersama PKR, dan masing-masing bersetuju supaya pertandingan menentang BN mestilah atas dasar satu lawan satu. Secara kebetulan, 51 tahun selepas Merdeka, rakyat telah naik bosan dengan BN dan telah pilih untuk memangkah calon-calon pembangkang, walaupun calon yang yang mewakili ialah calon yang berlainan bangsa dan parti.

Semasa PR diisytiharkan, DAP masih ragu dengan sokongan rakyat bila duduk bersama dengan PAS dan PKR. Oleh itu, mereka tetap tegas mengatakan bahawa mereka tidak ada apa-apa hubungan dengan PAS dan akan tetap menentang usaha PAS untuk menegakkan sebuah Negara Islam. Ini ialah taktik mereka untuk meyakinkan masyarakat bukan Islam yang jahil tentang Negara Islam supaya percaya bahawa pakatan yang baru itu bukanlah untuk membentuk sebuah Negara Islam. Tambahan pula PAS telah umum bahawa Negara Islam tiada dalam perancangan, orang ramai telah menerima PR sebagai suatu alternatif.

Tentang penubuhan sesebuah Negara Islam, walaupun ia wajib, sebab bumi dan alam ini milik Allah, ianya tidak ada suatu masa yang tetap seperti kewajipan-kewajipan yang lain seperti solat, puasa, haji dan sebagainya. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila pihak-pihak berkenaan itu bersedia, atau keadaan menjadi sesuai. Bila keadaan tidak mengizinkan seperti sekarang, pihak Islam boleh bermula dengan persediaan. Sekiranya pemimpin-pemimpin Islam tidak sempat menubuhkan Negara Islam semasa hayat mereka, usaha mereka boleh diteruskan oleh pengganti-pengganti mereka. Yang penting sekali keazaman itu mesti wujud dan itu yang akan diambil kira di Akhirat kelak. Sekiranya generasi yang kemudian dapat menubuhkan negara yang di dalamnya tertegak hukum-hukum Allah, generasi pejuang dan pengusaha yang dahulu akan tetap menerima ganjaran pahala disebabkan medan perjuangan yang telah disediakan mereka.

Ada segilintir ahli PAS yang berfahaman 'conventional' (kolot) dan lebih suka melihat parti itu berjuang sendirian supaya keazaman perjuangannya tidak dicemari. Ada yang mengatakan bahawa kalau dulu PAS mengatakan yang UMNO tidak Islamik kerana bersekongkol dengan parti-parti bukan Islam, jadi mengapa sekarang PAS berkerjasama dengan DAP dan PKR dan mungkin beberapa parti bukan Islam lagi yang akan turut serta dalam PR? Ini menunjukkan bahawa PAS juga gilakan kuasa dan sanggup mengenepikan Islam untuk mencapai tujuan kekuasaan. Yang pandai berbahasa Inggeris pula akan mengatakan: "PAS is equally unIslamic!"

Sebenarnya hasrat PAS tetap mahukan Negara Islam. DAP, PKR atau mana-mana parti yang bakal menyertai PR tidak boleh memadamkan cahaya Allah yang telah terpancar dalam perjuangan PAS. Oleh itu, jangan anggap PAS sengaja berdegil. Sekiranya PAS sebagai satu parti sahaja dapat menguasai lebih dari dua pertiga dalam parlimen, PAS akan melaksanakan tuntutan Negara Islam, tidak macam UMNO yang tidak pernah memiliki keazaman ke arah itu. Semasa Mahathir menjadi PM dan Presiden UMNO, beliau pernah mengumumkan bahawa Negara Islam baginya ialah "OUT OF THE QUESTION" (tidak akan dilaksanakan langsung). Beliau juga pernah membuat kenyataan berbau anti agama seperti menghina sunnah-sunnah dan hadis-hadis Nabi, mempermainkan fakta aqidah, memperlekehkan peranan ulamak-ulamak muktabar (sehingga orang-orang alim dalam UMNO tidak berani membantah), mengarah supaya tafsir Al-Quran dikaji semula (mengikut kehendak BN) dan macam-macam lagi sehinggakan orang-orang yang tidak pernah mengaji sekolah ugama pun meluat mendengar pendapat-pendapatnya. Beliau juga menunjukkan kebenciannya kapada peranan sekolah-sekolah agama rakyat dengan memotong subsidi kapita mereka. Pada tahun 1988, kebetulan mesyuarat agung UMNO berlangsung pada Hari Jumaat. Beliau mahu supaya sesiapa yang tak hendak pergi solat Jumaat mengangkat tangan dan beliau sendiri mengangkat kedua belah tangan! UMNO era beliau telah melahirkan banyak ahli-ahli politik, cendiakawan-cendiakawan, usahawan-usahawan dan teknokrat-teknokrat yang angkuh dan tidak ambil berat tentang Islam. Buktinya lihat apa yang diucap oleh calon parlimen Arau semasa PRU 12 apabila beliau bertanding melawan Prof. Dato' Haron Din. Beliau mengatakan Perlis tidak perlu orang alim macam Harun Din sebab orang alim bukan ahli pembangunan negara! Bukankah ini budaya UMNO yang menolak Islam? Perkara yang sama pernah diucapkan oleh budak Kelantan yang teringin nak jadi Menteri Besar sehingga orang kata dia itu Menteri Besar in waiting!, sekarang budak itu tidak langsung mendapat apa-apa. Kerusi DUN terbang dan kerusi Parlimen pun hanyut!

Pernahkah PAS mengajar orang buat macam itu? Pernahkah PAS melatih kader-kadernya bersifat anti agama? Pernahkah PAS terbabas dari matlamat perjuangan Islam?

Ada yang berpendapat PAS ini perlu berjuang 'solo' asalkan matlamat perjuangannya tidak dicemari. Boleh, tapi sampai bila? Sekiranya PAS berjuang bersendirian, mesej Islam akan sentiasa tersekat-sekat dan diganggu-gugat oleh mesej-mesej Islam Hadhari BN yang tak ada makna itu. Orang bukan Islam dalam BN pun dah pandai sebut Islam Hadhari tapi fahamnya tidak. Macam anak-anak Melayu yang pandai menyanyi lagu-lagu Bollywood dan terus hentam sahaja walaupun penyanyi asal itu memuja dewa-dewanya dalam lagu itu! Setidak-tidaknya sekarang, Menteri Besar Kedah, Kelantan dan Perak dapat bersuara lantang dengan mesej Islam yang selama ini kedengaran di ceramah-ceramah umum sahaja. Ceramah-ceramah tersebut selalu diganggu dengan ugutan dan ancaman pihak-pihak berkuasa. Hampir semua majlis ceramah pembangkang akan dihadiri oel tetamu yang tak diundang di dalam kenderaan-kenderaan besar berwarna merah lengkap dengan 'dayang-dayangnya' yang memakai pakaian seragam serba biru memegang cota dan menunggu arahan sahaja untuk mengazabkan orang ramai.

Pernahkah guru-guru dan intelek ugama dalam PAS diberi kebenaran berceramah di masjid-masjid di dalam bandar? Kita pun kadang-kadang sedih dengan sikap sesetengah AJK-AJK masjid yang bodoh yang tidak membenarkan ahli agama membawa isu politik Islam dalam masjid. Politik itu bukan politik yang akan menghancurkan manusia. Politik Islam membina manusia. Bukankah Ibnu Khaldun seorang pakar sains politik Islam pernah mengatakan di dalam kitabnya "Al-Muqaddimah" : 'TEGAKKANLAH AGAMA (ISLAM) ITU DAN PERINTAHLAH DUNIA DENGANNYA'. Jadi, nak jauhkan juga politik Islam dari mesjid, suatu institusi yang fungsinya ialah sebagai ibu pejabat umat Islam setempat untuk beribadat dan menunjukkan ketaatan kapada Allah dengan menjunjung segala suruhannya, termasuk memahami politik Islam yang akan membina manusia dan hak-haknya? Nak biarkan umat Islam buta politik? Sedangkan orang-orang Nepal yang selama ini taat melulu kapada raja mereka dan tak pernah faham politik sekarang dah pandai menggulingkan kerajaan beraja, inikan pula rakyat Malaysia yang telah terdedah kapada perjuangan politik semenjak ratusan tahun. Orang-orang yang mengatakan politik asing dan agama asing dan tidak membenarkan politik dicakapkan di dalam mesjid adalah serupa seperti menyekat umat Islam daripada menjadi lebih sedar dan celik kapada suasana politik Islam yang sebenarnya suatu ibadat dan jihad yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Orang-orang yang berbuat seperti ini samalah seperti orang-orang yang menghalangi ilmu, kelak di Akhirat, Allah akan pakaikan mereka dengan kekang dari api neraka! Demikian menurut hadis.

Akibat dari buta politik Islam, ramai orang Islam juga menolak PAS sebelum PRU-12. Berapa kerusi yang PAS dapat dalam parlimen? Cuma 23 kerusi berbanding DAP-28 dan PKR-31. Sekiranya orang Islam sedar dan celik dengan politik Islam, boleh jadi PAS, parti pembangkang yang tertua sekali di Malaysia akan dapat meraihkan hampir kesemua 67 kerusi yang ditandingi. Oleh sebab orang Melayu buta politik, jumlah kerusi PR dalam parlimen hanya 82 berbanding 138 yang dikuasai BN. UMNO menghasut rakyat di sesetengah tempat dengan menyifatkan orang-orang Melayu dalam PKR sebagai penderhaka dan pengkhianat bangsa! Sebab buta politik, orang-orang melayu di Terengganu tidak sepakat untuk memberi undi yang banyak kapada PAS yang pernah memerintah negeri itu dengan cermat dan berhemah dari 1999 hingga 2004. Mereka beri kapada BN yang membazir wang rakyat melalui aktiviti-aktiviti yang tidak menguntungklan rakyat. Orang Melayu lebih buta di dewan undangan negeri Kijal dengan memberi undi yang banyak kapada Ahmad Said. Pepatah Inggeris ada mengatakan: "In the kingdom of the blind, the one eyed man is the king." (Dalam masyarakat orang yang cacat penglihatan, orang yang celik mata sebelah boleh menjadi raja). Bila Terengganu dikuasai BN, maka orang merekalah yang menjadi Menteri Besar. Pihak istana telah menilik bahawa di dalam raga yang mengandungi buah-buah yang busuk, hanya sebiji buah yang boleh tahan yang namanya Ahmad Said. Oleh itu, dilantiklah beliau untuk jawatan MB. Sekiranya PAS dan PKR menang banyak, pihak istana akan menjadi lebih gembira dan tanpa tangguh atau teragak-agak, mereka akan menitahkan supaya raga buah busuk itu dibuangkan sahaja. Apakah orang Melayu sudah lupa bahawa beliaulah orangnya yang berada di belakang perobohan Masjid Bujal? Adakah orang Melayu sudah lupa betapa buruknya kelaku beliau terhadap peniaga-peniaga Melayu di pasar-pasar daerah Kemaman semasa beliau menjadi Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kemaman? Oleh sebab orang Melayu buta politik jugalah, beberapa orang yang tidak layak memenangi pilihanraya telah diberikan undi dan ada di antara mereka yang dah jadi menteri kabinet.

Di dalam sejarah pilihanraya negara kita semenjak tahun 1955, usah dikatakan dua pertiga, PAS tidak pernah pun memenangi 50 atau 60 kerusi. Bagaimana mungkin hendak menubuhkan Negara Islam? Oleh itu sabar dan tunggu dahulu. Sabar menunggu Rahmat Allah itu adalah suatu ibadat yang mulia. PAS menyertai Pakatan Rakyat. Berkongsi kuasa dengan golongan yang dianggap selamat kini adalah lebih baik dari berjuang solo, sebab seekor kambing yang terkeluar kumpulan dan merayau sendirian akan lebih senang hanyut, sesat atau hilang entah kemana berbanding kambing-kambing yang ada dalam kumpulan.

Wednesday, April 16, 2008

Biarlah Umno terus hancur

PRU 12 sudah lebih sebulan berlalu dan berbagai rumusan dan ulasan mengenai keputusan luar jangkaan yang diperolehi telah dibuat. Banyak sejarah baru tercipta dari hanya satu negeri yang diperintah parti bukan BN, kini menjadi lima negeri. Tiada sasaran tepat yang diberikan oleh parti pemerintah yang hampir tumbang kini kerana mereka mempunyai banyak pilihan. Kalau dulu mereka hanya ada Kelantan untuk ‘diperangi’ sehabis-habisnya, kini mereka ada Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Nasiblah apa saja target yang muncul dari empat lokasi baru ini pasti akan ditembak secepat mungkin.
Namun begitu dalam keghairahan untuk mencari jalan menghimpit kerajaan-kerajaan negeri yang baru ini, mereka nampaknya lebih terhimpit dan tumpuan lebih terarah kepada perpecahan dalam Umno dan lain-lain parti komponen BN. Tragedi dua bekas menteri besar yang dimurkai sultan masing-masing amat menebalkan muka perdana menteri, apa lagi watikah yang beliau berikan langsung tidak laku.
Beberapa individu yang dulunya menteri diaibkan dengan keputusan pilihanraya dan ada juga menteri yang perdana menteri tunjuk jalan keluar walau pun masih menang. Yang bertuahnya beberapa nama yang semua orang pelik bila diberi jawatan sehingga menteri sedangkan beberapa minggu sebelum itu nama mereka tiada dalam senarai calon pilihanraya. Tidak kurang pelik juga ketika beberapa nama yang tidak berpuas hati dengan pangkat yang diberi, ada juga yang kalah turut mendapat habuan.
Yang terkini mereka sedang bersiap untuk mengambil tindakan ke atas individu dalam umno yang dikatakan telah mensabotaj parti mereka. Kita tunggulah nanti kerana ada di kalangan yang ‘disenatorkan’ untuk diberi pangkat adalah antara individu yang dilaporkan turut berkempen memenangkan parti lawan mereka.


Jaga Parti Sendiri

Setelah dianugerahkan kejayaan yang cemerlang dalam PRU 12 yang lalu, Barisan Alternatif atau kini diperkenalkan sebagai Pakatan Rakyat, tumpuan perlulah lebih terarah kepada usaha memperkemas dan memperkasakan parti. Walaupun ada individu tertentu yang begitu teruja membuat percaturan untuk meraih sokongan dari seberang, tidak perlulah semua terus berangan untuk melihat apa yang dikatakan kejutan terbaru. Jagalah amanah yang sudah diterima kerana jika ia gagal dilaksanakan, cicit kita pun belum tentu dapat merasai nikmat kemenangan seperti yang ada sekarang walaupun sedikit.
Dalam keseronokan kita mentertawakan apa yang dihadapi umno sekarang, kita harus sentiasa berjaga-jaga kerana mereka ini dulunya ketika berkuasa sanggup khianati hak rakyat, sanggup buat apa saja untuk berkuasa dan kini sudah tentulah rela berkorban apa saja untuk menjahanamkan kita.
Lupakan sejenak cerita-cerita rumahtangga umno yang hampir runtuh itu, berhentilah seketika berbincang untuk menguasai sepenuhnya Negara ketika ini dan tumpukan perhatian kepada khidmat kita kepada rakyat. Bagi yang berkesempatan berada hampir dengan wakil-wakil rakyat mungkin telah menemui ‘thrill’nya cabaran yang perlu dihadapi.
Banyak orang yang menyebut ‘ghanimah’ banyak selepas menang. Kalau Kedah yang berhutang sampai RM2.07Billion dengan kerajaan pusat, agaknya ada berapa banyak harta yang ditinggalkan. Apa yang kita cuba rebut akan terus menambah beban yang ada. Selain itu kita juga ada ‘tawanan perang’ dari kalangan kakitangan kerajaan negeri yang kita boleh gunakan ilmu mereka untuk mentadbir negeri, tetapi harus berhati-hati kerana sebahagian mereka adalah musuh dan terus memusuhi. Walaupun mereka kini berkhidmat untuk kerajaan kita tetapi mereka masih ada ‘tuan’ di luar sana.
Banyak benda yang perlu dibuat, banyak strategi perlu disusun, banyak gerakerja perlu diatur dan banyak masalah yang akan dihadapi. Bantuan siapa yang akan kita harapkan selain daripada ahli sendiri, selain dari penyokong sendiri. Apa yang perlu kita lakukan? Jagalah parti sendiri.

Satu KAD Seribu Doa



Ketua dan Semua AJK serta seluruh Pemuda PAS Merbok

Tuesday, April 15, 2008

Mampukah Kerajaan Bertaubat?

- Petikan dari tulisan seorang mufti ..



"Saya ingin katakan bahawa peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara yang pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri semua dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu kita semua adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.
Kedua; hendaklah berazam untuk tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Ketiga: jika ada hak rakyat yang dizalimi, kembalikan hak mereka. Jika ini dilakukan, percayalah kepada rahmat Allah yang akan melimpahi negara dan kepimpinan akan terus dapat keberkatan dalam pemerintahan yang akan diteruskan.

Pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara. Bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari di mana silap orang lain, tapi melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan. Masa ini sepatutnya kepimpinan negara di setiap peringkat menunjukkan tadarru’ iatu benar-benar merendah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya.

Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat

Bertaubatlah, kembalikan hak-hak rakyat, belalah mereka yang teraniaya. Jika orang kaya yang dizalimi, ada peguam yang dapat membawa kesnya ke mahkamah. Si miskin yang susah apabila ditindas, tiada peguam yang mampu dibayar, maka tidak ada mahkamah yang sudi mendengar. Namun esakan dan tangisan itu tetap didengari oleh Allah Yang Maha Mendengar. Rintihan itu sampai ke langit tinggi dan Allah akan membalasnya. Wahai pemimpin! Jika engkau tidak adil, engkau akan didakwa di mahkamah Allah di pandang mahsyar kelak. Juga, jika dosa orang kena zalim itu mustajab di dunia, engkau akan dibalas di dunia dan akhirat.

Hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas. Generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka. Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai.

Terjemahkanlah taubat itu dalam kepimpinan, pengurusan, media dan hati budi pemimpin. Pohonlah kemaafan kepada rakyat, dan kembalikan hak mereka jika ada yang ‘tidak kena’. Demikianlah juga hendaknya sekelian rakyat memohon keampunan dan kembali kepada jalan yang lurus. Inilah jalan keluar yang hakiki dari kemelutkan yang ada.
Jika itu berlaku maka, Allah berfirman: (maksudnya) “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka segala keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (Surah al-‘Araf: 96).



SILA BERI KOMEN IKHLAS ANDA..

Monday, April 14, 2008

NEGARA ISLAM ATAU TIDAK

Celoteh Pak Wan kali ini ialah berkenaan dengan apa yang sedang sibuk diperkatakan orang ramai, bahawa PAS terkilan dengan keputusan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat kerana tidak dapat melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (Hudud, Qisas dan Takzir) sebab DAP terang-terang menolak penubuhan negara Islam.

Kita singkap sejarah sedikit. PAS telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan semenjak dari masa itu, PAS memang berazam untuk menegakkan sebuah negara yang di dalamnya berjalan hukum-hukum Allah. Perlembagaan parti pun ada termaktub seperti yang disebutkan. Pada tahun 1959, PAS berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu tetapi hasrat menegakkan sebuah negara Islam yang lengkap dengan undang-undang jenayahnya tidak tercapai. Yang boleh buat hanyalah mengIslamkan undang-undang tubuh kerajaan negeri sebaik mungkin.
Pada tahun 1990, sekali lagi PAS menang besar di Kelantan dan pada tahun 1999, diikuti pula oleh 'adindanya' Terengganu. Tapi, syariat Islam yang menjalankan ketiga-tiga cabang hukum jenayah itu tak boleh buat juga. Sebab apa? Sebab undang-undang berkaitan tubuh badan manusia masih berada dalam cengkaman Kerajaan Pusat. Pemimpin-pemimpin BN yang 'samdol' sengaja mengapi-apikan kegagalan PAS di Kelantan dan Terengganu menegakkan hukum-hukum jenayah itu walaupun mereka tahu peraturan di antara kerajaan Negeri dan Pusat.
Sekarang 2008, lima buah negeri tidak berada dalam kekuasaan BN. Kalaupun kelima-lima negeri berada sepenuhnya di bawah PAS, hukum-hukum tadi masih belum boleh lagi dilaksanakan. Tetapi jika PAS (sebagai single party) menguasai lebih dari dua pertiga parlimen, hah, tentu boleh buat. Nak capai keadaan macam itu, terpaksalah PAS melalui suatu perjalanan yang jauh, penuh dengan onak dan duri.
Kita ambil contoh perjuangan para Nabi dan Rasul a.s. untuk menanamkan tauhid di dalam hati kaum atau umat masing-masing. Ada Nabi atau Rasul yang diusir, dicederakan atau dibunuh. Kata-kata nista terhadap mereka tak usah cakaplah! Hari-hari ada. Baginda Rasulullah s.a.w. pun turut diumpat dan dimaki-hamun oleh ahli masyarakatnya sendiri. Walau bagaimanapun mereka telah berusaha menanamkan bibit-bibit iman dan taqwa dan usaha-usaha itu telah membuahkan sedikit sebanyak hasil dalam dunia hari ini. Walaupun demikian, Negara Islam yang ditegakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. tetap berdiri tegoh di Haramain hingga hari ini. Penulis-penulis Barat juga ramai yang kagum dengan perjuangan Baginda dan walaupun tidak memeluk Islam, mereka telah banyak menulis tentang kebijaksanaan, amanah dan semangat waja Baginda menempuhi kepayahan perjuangan.
Untuk memendekkan cerita, kita masih belum nampak cita-cita itu dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini. Yang penting sekali, semangat kita jangan patah dan keazaman kita itu akan diambil kira di Akhirat nanti.

Allah SWT telah mengurniakan RahmatNya dengan kemenangan PAS yang besar di negeri Kelantan dan kemenangan besar PAS-PKR-DAP di empat lagi buah negeri. Pemimpin-pemimpin parti-parti yang menang ini telah duduk semeja dan telah bermuafakat menubuhkan agasan Pakatan Rakyat (PR). Di dalam terma-terma dan polisi-polisi PR terdapat unsur-unsur kepimpinan yang baik (good governance) dan berkualiti, adil dan bebas dari rasuah, salahguna kuasa dan berbagai lagi ciri-ciri negatif. Perkembangan ini telah dipandang baik dan manis oleh semua pemimpin ketiga-tiga parti itu.

Sekarang, beberapa lagi parti seperti MDP dan PRM akan menyertainya dalam masa yang terdekat ini. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa kemungkinan Gerakan dan PPP dari BN dan beberapa parti dari Sabah dan Sarawak juga akan menurut serta.

Menurut Presiden PAS, polisi-polisi yang terdapat dalam PR secucuk dan dekat dengan Islam. Mungkin orang-orang bukan Islam tidak nampak tetapi ada beberapa orang Islam yang beranggapan bahawa polisi-polisi ini akan perlahan-lahan menjurus kapada penubuhan sebuah Negara Islam sepertimana benih-benih rambutan akan menghasilkan pokok-pokok rambutan dan seterusnya sebuah dusun rambutan yang besar. Mungkin ianya tidak akan berlaku pada zaman kita. Mungkin 'dusun' itu akan dapat dinikmati oleh cucu atau cicit kita Insya Allah. Polisi-polisi PR mungkin ada penerimaan yang berbeza dikalangan pemimpin-pemimpin gagasan itu. DAP dan sesetengah pemimpin PKR yang bukan Islam menerimanya sebagai polisi untuk menubuhkan negara adil dan berpentadbiran baik sementara PAS menerimanya sebagai langkah awal penubuhan Negara Islam.
Contohnya macam buah Mangga. Orang Utara menamakannya buah Pelam; orang Pulau Pinang kata buah Mempelam atau Mamplam; orang Selatan kata buah Mangga sementara orang Pantai Timur kata buah Pauh. Namun hakikatnya tidak berubah dari makna Bahasa Inggeris yang disebut 'Mango.'

Kita orang-orang Islam dari PAS janganlah tunjukkan muka masam dengan rakan-rakan kita yang bukan Islam dalam DAP dan PKR mengenai isu ini. Pakatan Rakyat dalam sudut kemasyarakatan perlu bersatu padu dan contoh yang paling baik mesti datang dari orang-orang Islam yang menjadi ahli PAS dan PKR. Tunjukkanlah akhlak Islam yang berkualiti supaya mereka semua kagum dengan kita. Pak Wan harap pemimpin-pemimpin PAS tidak keberatan membenarkan pemimpin-pemimpin DAP atau PKR datang merasmikan meyuarat-mesyuarat Agung PAS peringkat cawangan atau pemuda. Alangkah manisnya mereka melihat kita memulakan mesyuarat dengan Al-Fatihah dan tiap-tiap ucapan bermula dengan Bismillah. Manalah tahu, mereka akan ditawan oleh Rahmat Allah dan menerima Islam. Begitu jugalah pemimpin-pemimpin DAP dan PKR menjemput pemimpin PAS merasmikan mesyuarat-mesyuarat mereka. Ini akan menjalinkan semangat muhibbah dalam PR.
Kata orang, lagi banyak kita berkawan, lagi banyak dapat pengetahuan. Pak Wan pun dah tua. Sebelum Pak Wan menyahut panggilan Ilahi, Pak Wan nak tengok ahli-ahli PR bersatu-padu dan mencapai kekuatan yang lebih baik lagi.

Bagaimana dengan PAS pasca penubuhan PR?. PAS, melalui para aktivis dan ulamaknya akan dapat berhadapan dengan masyarakat Melayu dan bukan Melayu untuk mengikis fahaman Islam yang sempit yang selama ini menghanyutkan minda mereka dari hakikat yang sebenar. Selama dua puloh tujuh tahun, orang Melayu dimabukkan dengan Islam ala Mahathir dan Islam Hadhari ala Badawi. Sebab itulah Pak Wan nasihatkan supaya aktivis-aktivis PAS memainkan peranan yang penting untuk memanifestasikan akhlak Islam keseluruhannya. Bukan perlu pakai serban dan jubah. Cukup dengan perangai yang baik sahaja untuk menarik kasih sayang orang. Sekiranya PAS mengambil sikap sambil lewa dan tidak istiqamah dalam usaha dakwahnya, parti itu akan menjadi sebuah gerakan jumud yang mudah dilapah dan dibaham oleh rakan-rakannya yang lain dalam Pakatan Rakyat.

Lebih 40 ribu borang ahli PAS habis di Kedah

Ustaz Hassan Razak memberi ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Merbok ke-24 di PUTIM

MERBOK, 14 April (Hrkh) - Lebih 40,000 borang keahlian PAS habis dalam seminggu di Kedah, demikian menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Hassan Razak semasa merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok Kali Ke-24 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Merbok (PUTIM), Pengkalan Kakap di sini.
"Keadaan hari ini, lepas kita menang di beberapa buah negeri, pakat menderu-menderam ambil borang. Borang KeADILan, borang-borang PAS, borang Kelab Penyokong PAS.
"40,000 dicetak untuk negeri Kedah, tak sampai seminggu habis! La ni kita ada 150,000 ahli PAS seluruh Kedah, lepas ni akan jadi 190,000 insya-Allah," ujarnya.
Dalam ucapannya, beliau turut mengimbas kembali kebangkitan rakyat pada pilihan raya yang lalu yang disifatkan beliau masih belum disedari pemimpin Barisan Nasional (BN) sedangkan rakyat semakin sedar.
"Sepatutnya sebagai orang politik sudah boleh baca apabila orang India menyebut 'Makkal Sakhti' sepatutnya dia (pemimpin BN) sudah boleh fikir. Apabila orang Cina menyebut 'Gai Ge', dia boleh fikir. Apabila orang Melayu menyebut 'Reformasi' sepatutnya mereka sudah boleh fikir.
"Tetapi mereka masih tidak boleh fikir kerana pemikiran mereka dihalang, ditadbir, didinding oleh projek-projek besar yang menguntungkan mereka dan menguntungkan peribadi anak menantu mereka," ujar beliau.
Selain itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin BN Kedah yang meninggalkan jumlah beban hutang yang besar.
"Rupanya selama 50 tahun mereka mentadbir, bukan mereka mentadbir untuk memberi pembangunan kepada rakyat. Bukan mereka tadbir untuk memberi kebajikan kepada rakyat. Bukan mereka gunakan semua agensi kerajaan itu untuk mentadbir pembangunan rakyat.
"Rupa-rupanya wang yang banyak itu mereka agih untuk diri mereka dan ahli keluarga mereka, konco-konco mereka, pengampu-pengampu mereka menyebabkan rakyat memikul bebanan yang begitu berat iaitu RM2 bilion hutang yang ditinggalkan," katanya.
Dalam menjelaskan tanggungjawab kerajaan baru memikul hutang itu, beliau memberikan analoginya yang tersendiri.
"Nak buat macam mana dah kita menikah dengan janda orang. Janda tu berhutang, maka kita berkahwin dengan dia, sebagai suami dia maka tanggungjawab dan kewajipan suami baru kepada janda tersebut kena bayar hutangnya walaupun RM2 bilion," ujarnya.
Dalam ucapannya itu, beliau turut menyeru agar ahli parti berperanan sebagai kerajaan bukan lagi bersikap pembangkang. Malah menyentuh hubungan dengan bukan Islam beliau meminta ahli parti mewujudkan pendekatan yang berakhlak.
"Jadi gunalah bahasa dan pendekatan yang baik dengan orang yang bukan Islam dengan akhlak kita yang terpuji untuk menawan hati mereka. Hasil daripada mereka tertawan dengan akhlak kita, maka mereka akan bersama-sama dengan kita.
"Yang boleh pusing hati mereka Allah SWT sahaja, kita hanya boleh tunjuk akhlak yang baik macam Nabi menunjukkan akhlak yang baik kepada seluruh masyarakat Arab," serunya.
Turut hadir pada perasmian tersebut ialah Ahli Parlimen Merbok, Dato' Rashid Din dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid.

Sunday, April 13, 2008

Mesyuarat Agong DPPKM kali Ke-24

DELAYED
Generasi terbaik - Generasi terbaik Islam dinilai dari sudut hubungannya dengan Allah SWT.
Demikian antara intipati ucapan ADUN Bukit Lada, Ustaz Ahmad I’zzat Mohamed Shauki. Beliau berucap demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok Kali Ke-24 di sini 5 April lalu.
“Kita berbicara untuk memerintah Kedah, tetapi bila dinilai gerakerja kita, hati kita bagaikan berbisik belum lagi (untuk menang). Rupa-rupanya Allah SWT mentakdirkan kemenangan yang berikan kepada generasi kita, di saat kita menjadi tenaga pemuda. “Yang disebut oleh para ulama’, kemenangan yang Allah SWT akan berikan, hanyalah kepada generasi yang terbaik,” jelas beliau.
“Hari ini kita hendak menilai diri adakah kita generasi terbaik untuk memikul amanah (kemenangan) yang besar ini. Sudah tentu kita boleh bermuhasabah menilai sejauh mana hubungan kita dengan Allah SWT. Perlu juga kita semak sejauh mana hubungan kita sesama manusia,” tegasnya.
Dalam ucapan tersebut, beliau menyifatkan kejayaan yang tidak disangka itu sebagai anugerah dan nikmat daripada Allah SWT. Oleh itu katanya cara menerima sesuatu nikmat ialah dengan mensyukuri nikmat tersebut. “Bagaimana kita hendak mensyukuri nikmat ini ialah dengan mengisi kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Beliau juga mengajak hadirin membuang sikap menganggap perjuangan yang dibawa oleh PAS sudah selesai dengan kemenangan yang dicapai.
“Sebenarnya kemenangan ini seharusnya menjadi batu loncatan kita meningkatkan usaha dan gerakerja kita,” tegasnya.
Katanya, pemuda sebagai generasi yang menerima anugerah kemenangan hari ini bertanggungjawab untuk mempertahan dan mengekalkan kemenangan. Menurut beliau lagi, generasi lalu telah terkorban dan berkorban termasuk yang ditangkap dan dikenakan pelbagai bentuk serangan.
“Begitu mahal pengorbanan yang mereka telah buktikan hingga dianugerahkan kemenangan hari ini,” ujarnya.
Gambar sekitar Mesyuarat Agong DPPKM Kali Ke-24





Kedah Juara Liga Super











Malam tadi di Stadium Darulaman, pasukan Kedah yang terpaksa bekerja keras mengekang asakan bertubi-tubi pasukan Terengganu, berjaya menewaskan pasukan pelawat dengan jaringan 2-1 sekaligus mengesahkan Kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-urut.
TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLEASEPAK KEDAH YANG BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN SEBAGAI
JUARA LIGA SUPER

Saturday, April 12, 2008

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok
















Mesyuarat dirasmikan oleh Ustaz Hj Hassan Abd Razak
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah


















Perwakilan dari cawangan-cawangan


















Kehadiran perwakilan dan pemerhati yang memenuhi Dewan PUTIM



Thursday, April 10, 2008

Kebakaran di Tanjung Dawai

Musibah menimpa penduduk Tanjung Dawai







YB Dr Hamdan dan rombongan melawat tempat bencana kebakaran yang memusnahkan 8 buah rumah dan sebuah sebahagian dijilat api. Kini 9 keluarga termasuk seorang ibu yang masih berpantang keranan baru melahirkan anak menumpang di Dewan Orang Ramai di tengah pekan Tanjung Dawai.
Orang ramai dirayu supaya turut sama membantu menghulurkan bantuan termasuk dalam bentuk pakaian kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.



Friday, April 4, 2008

BN NAK PANTAU PAKATAN RAKYAT


Pak Wan nak celoteh lagi. Berita yang terbaru, BN di negeri-negeri yang tak dimenangi parti itu akan mengadakan jawatankuasa atau kabinet bayangan untuk memantau kerja-kerja kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan bersekutu PAS-PKR-DAP yang baru dapat 'surat beranak'.
Bagus juga cadangan tu. Bukan apa, hampa perhati depa buat kerja, tang mana tak kena, hampa tegor. Tang mana depa tak pandai, hampa tolong perelok. Kami Pakatan Rakyat ni berfikiran terbuka. Kalau boleh bawa masuk buaya dari sungai untuk mengajar depa pun tak apa kalau buaya tu pandai. Tapi buaya dari sungai memang tak pandai macam buaya BN. Memadailah dengan buaya-buaya BN. Akhir sekali yang untung sekali rakyat. Itu yang rakyat mahu dan itu yang Pakatan Rakyat sedang ikhtiarkan. Pemimpin-pemimpin PAS-DAP-PKR semua yang menang tu bukan kerana wajah-wajah mereka tampan dan kacak macam Shah Rukh Khan ke, Salman Khan ke atau pun macam Madhuri Dixit ( Pak Wan sampai kena tahu nama-nama orang Bollywood tu semua! ) tapi kerana rakyat dah meluat dengan kelaku dan gelagat pemimpin-pemimpin BN. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pula, jangan dok syok kerana kena lantik. Hampa kena buat kerja. Hampa kena amanah. Kalau tidak, tahun 2012 ke, tahun 2013 ke, angkat bungkus, berambus! Rakyat sekarang dah tak macam dulu dah. Mereka dah pandai berfikir dan menilai. Wakil-wakil BN pula, kalau nak tegur, jangan buat cara biadap. Jangan maki hamun tak tentu pasal. Rekod hampa dulu pun bukan cantik sangat. Kalau nak sebut satu persatu, sampai esok pagi tak habis. Kalau nak buat kerja baik, mesti dengan cara yang betul. Kalau tidak, orang ramai akan bertambah benci. Tengoklah ADUN-ADUN UMNO P.Pinang beraksi depan Komtar tak berapa hari dulu. Kita tengok pun menyampah! Pak Wan pernah dengar cerita-orang-orang dulu tentang Allahyarham Ismail Kassim, bekas ADUN PAS untuk Dewan Undangan Negeri Bukit Raya (sekarang Tokai). Dia pernah kata: "Wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli parlimen yang tuan-tuan lantik itu bukannya dewa yang patut disembah tetapi pecacai yang buntut mereka perlu ditendang!" Alangkah benarnya kata-kata Allahyarham itu? Cara Allahyarham turun padang tidak ada siapa yang boleh lawan. Kalau tak percaya, tanyalah orang-orang Pendang. Tempat dia diambil aleh oleh Allahyarham Dato' Hj. Fadzil Nor. Sama hebat. Kemudian diganti dengan Taulan Rasul. Tak ada masalah kot? Sebab itu dah masuk penggal ketiga.
Rakyat pun jangan terlalu taksub dengan pemimpin-pemimpin yang mereka lantik. Ahli PAS taksub dengan YB PAS. Ahli PKR taksub dengan YB PKR. Ahli DAP taksub dengan YB DAP. Ini tidak betul. Kita mahu kerajaan yang dapat membahagiakan dan menyelamatkan ugama kita, diri kita, harta-benda kita, keluarga kita, keturunan kita dan juga negara kita. Apa yang ada pada parti? Cuma nama, manifesto dan slogan sahaja. Yang penting sekali ialah keikhlasan dan usaha yang istiqamah dari pihak pemerintah. Ingat tak dahulu, semasa Sayidina Umar Al-Khattab mula jadi khalifah? Beliau berucap dengan mengatakan bahawa beliau bukan yang terbaik dan sedia diperbetulkan. Tiba-tiba muncul seorang tok syeikh dari 'kampung dusun' yang menghunuskan pedangnya sambil berkata:"Ya Umar, aku akan perbetulkan kamu dengan pedangku ini." Berkata Umar:"Syabas! Inilah ketegasan dari para rakyat yang saya mahukan." Walau bagaimanapun, Umar merupakan pemimpin yang benar, adil dan wara' sampai ke akhir hayat. kalau kita hayati peristiwa tadi, memang tepatlah ucapan Allahyarham Ismail Kassim.
Pak Wan rasa sedikit kurang senang dengan apa yang berlaku di Perak. Ada seorang Mat Kacau dari DAP iaitu ADUN Buntong, A. Siva Subramaniam. Kejut nak letak jawatan. Rupa saja handsome! Bukan cara tu nak tunjuk lagak. Hessshh!!! Kalau betul dia lambung, letih kerajaan negeri Perak. Nasib baik dia 'u-turn' balik. Kononnya dia merajuk sebab tak cukup orang India dalam exco Perak. Laaaa!!! Pulau Pinang, wakil India cuma seorang dan Melayu dua orang. Wakil PAS tak langsung dudok dalam exco. Tak merajuk pun. Di negeri Kedah, calon DAP tak dapat exco. Tak merajok pun. Mungkin orang-orang ini akan mendapat tempat atau jawatan yang baik bila kerajaan negeri bertambah umur sedikit. Tunggulah. Pak Wan nak pesan kapada diri Pak Wan dan juga wakil-wakil rakyat supaya jangan melatah. Hudoh sangat.Tunjuklah contoh baik kapada rakyat. Ini tidak, langkah pertama dah malukan rakyat dan parti. Inikah namanya pemimpin yang berwibawa? Nak jadi wakil rakyat ni bukan senang. Nak menang pilihanraya memanglah senang. Orang berkenankan kita, hah, naiklah. Kalau nak jadi wakil rakyat yang baik, semangat mesti kuat dan mesti selalu banyak bersabar. Ni belum apa lagi dah merajuk. Terus buat kenyataan akhbar. Tak boleh bincang sesama ahli parti dulu kah? Orang ini ada ketokohankah? Rasa-rasa DAP tak akan duduk diam. Orang ni mungkin akan dapat rekod buruk. Masa depan dalam parti pun mungkin gelap. Siapa rugi? Pak Wan ni orang PAS. DAP pun dah jadi ahli keluarga semenjak terbentuknya Pakatan Rakyat ni. Kita mesti elok memperelokkan antara satu dengan yang lain. Kalau Siva Subramaniam nak menebus semula air mukanya, tingkat dan lipat gandakan usaha perkhidmatan. Ambil semula hati rakyat yang dah mula meluat dengan dia. Dia kena ingat dia bukannya berdepan dengan ahli keluarga, boleh merajuk bila-bila masa. Dia berhadapan dengan rakyat dan kerajaan. Jaga kelaku tu sikit. Bincang baik-baik dan jangan melatah. Kalau ada siapa-siapa dari Merbok buat kelaku tak elok, hah, tunggu Pak Wan sampai. Tahulah nasib hang.

Thursday, April 3, 2008

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

Marilah kita BOIKOT barang-barang ini..

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Dorina - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain Sun -Pencuci Kain

Tuesday, April 1, 2008

PERMOHONAN MAAF KEPADA TUN SALLEH ABBAS - BEKAS KETUA HAKIM NEGARA

Penulis Import: PWTC (Pak Wan Tukang Celoteh)


Baru-baru ini, menteri baru di JPM, Dato' Zaid Ibrahim berkata bahawa kerajaan akan dicadangkan supaya memohon maaf kapada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas.
Soalannya, kerajaan yang mana? Kerajaan yang ada sekarang ialah dua puloh tahun lebih muda daripada kerajaan yang memecat bekas Ketua Hakim itu. Tetapi, bekas Perdana Menteri yang mengarahkan supaya bekas Ketua Hakim itu dipecat masih hidup lagi. Dia bertanggungjawab kalau pun kerajaan nak minta maaf. Dato' Zaid ibrahim tak perlu pening kepala memikirkan siapa yang harus minta maaf.
Orang yang wajib minta maaf ialah Dr. Mahathir Mohamad, anak Keling Alor Setar yang tak tahu tutup mulut itu. Beliau, tanpa belas kasihan, tanpa memikirkan bahawa wibawa bekas Ketua Hakim itu telah beliau bogelkan, tanpa memikirkan maruah anak Terengganu yang terpelajar itu telah memecatnya semudah membunuh seekor nyamuk!
Kita menyingkap sebentar sejarah yang telah berlaku. Tun Salleh Abbas sebenarnya mahu menghukumkan bahawa mesyuarat agung UMNO tahun 1987 itu diisytiharkan tidak sah kerana pembesar-pembesarnya main kotor. Sebelum itu, ahli-ahli UMNO yang tidak puas hati bila mahkamah tinggi mengharamkan parti tersebut telah mengemukakan rayuan dan Tun Salleh Abbas telah mengambil berat supaya penghakiman itu dikaji semula. Sebenarnya, pengharaman itu yang Mahathir mahu. Bila parti asal itu diharamkan, bolehlah beliau meneruskan usaha kotornya menubuhkan parti UMNO baru dengan beliau menjadi Presiden sambil mengenepikan penentang-penentangnya. Apabila Tun Salleh mahu kes itu didengar semula, ini sudah bererti pengharaman parti asal akan ditarik balik dan UMNO akan hidup semula. Kalau begitu, UMNO baru dengan sendirinya akan menjadi macam 'anak di luar nikah'! Maka Mahathir pun merencanakan pemecatan Tun Salleh dengan cara yang paling halus sehingga orang-orang yang buta politik beranggapan bahawa Tun Sallehlah yang menjerat lehernya sendiri. Dengan itu, selesalah Mahathir 'berzina' dengan parti barunya.
Sekarang dia enggan minta maaf. Katanya pemecatan itu mengikut lunas undang-undang dan prosedur kerajaan. Memanglah kalau dia yang pegang 'steering' kerajaan. Belok kiri ke, belok kanan ke, semua hak dia. Nampaknya, semua penasihat-penasihat ugama kerajaan sedang bersembunyi dalam lubang-lubang tikus di Pusat Islam. Mereka tak berani keluar untuk memberi nasihat kapada kerajaan Islam Hadhari sekarang tentang hukum Islam yang bersabit dengan permohonan maaf.Tambahan pula budak Zahid Hamidi dah jadi 'Mufti' kabinet. Siapa yang buat salah, orang itu yang kena minta maaf. Dia wajib minta maaf secara terbuka dan terangkan perkara-perkara yang menjadi tipu helahnya semasa dia melakukan kesalahan itu sebab ini perkara besar yang melibatkan maruah negara dan institusi kehakiman. Kemudian untuk bilasan terakhir penyucian supaya yang empunya kesalahan tidak kantoi di Alam Barzakh, tukarkan arahan pemecatan Tun Salleh kapada persaraan, kemudian bayar balik tunggakan persaraan selama mana dia dipecat dan kembalikan statusnya sebagai seorang pesara kerajaan. Pergi jumpa dia dan minta halal dunia sampai akhirat. Itu sahaja. Sekiranya tidak, bukan sahaja mantan Perdana Menteri masuk neraka, Perdana Menteri sekarang, menteri-menteri kabinet dahulu dan sekarang, para hakim talam dua muka serta semua ahli dan penyokong parti yang meredhai pemecatan itu turut terbabit. Alangklah seboknya nanti keadaan di Padang Mahsyar kelak? Zaid Ibrahim bukan tahu itu semua! Tanyalah Tok Mufti kerajaan negeri masing-masing sebab seorang lagi yang jahil ialah 'Mufti Kabinet' Zaid Hamidi. Kalau tok Mufti kerajaan tak tahu nak jawab, tanya tok-tok guru dalam PAS! Kalau mantan PM tak mahu minta maaf, maka permohonan maaf daripada orang lain TAK SAH! Mana boleh? Che Det makan nangka, tangan Pak Lah kena getah! Tangan Pak Lah pun dah cukup dengan macam-macam getah sampai nak cuci pun tak boleh. Sekarang dia pun dan bau macam kilang getah!
Kalau ahli-ahli BN tak mahu masuk neraka (yang tempohnya mungkin beratus ribu tahun - ingat sehari dalam neraka bersamaan 1,000 tahun di dunia), jom semua pakat masuk PAS. Kalau tak mahu masuk PAS, masuk PKR. Kalau tak mahu keduanya, duduk diam-diam tapi keluarlah dari UMNO dan BN. Nak buat apa kekal dalam kapal yang dah nak tenggelam tu?

MESYUARAT AGUNG DPPKM KALI KE 24








Semua Pemuda PAS Merbok dijemput hadir ke
Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok Kali Ke 24
pada Hari SABTU, 5 April 2008, Jam 9 pagi
di Markaz PAS Kawasan Merbok (PUTIM)