Monday, April 21, 2008

Assalamualaikum YB


Nak menang pilihanraya bukanlah senang. Kita hanya akan menang kalau orang sukakan kita. Selepas menang, datang satu lagi usaha, iaitu nak mengisikan kemenangan itu. Pak Wan pernah dengar seorang veteran PAS dari Kuala Kedah pernah mengatakan: Kita dalam PAS tidak takut kalah sebab sudah banyak kali kita kalah. Kita takut kalau kita menang. Bolehkah kita mengisi kemenangan itu? Bolehkah kita buat kerja-kerja yang patut untuk menarik keyakinan pengundi-pengundi kita? Kalau mengikut laporan akhbar pada 21hb April 08, Pakatan Rakyat ( PR ) dalam pusingan pertama sebelum persidangan parlimen telah menemui sedikit kegagalan. Setiausaha Agung PAS Pusat telah mengatakan bahawa PAS selalu menepati masa dalam menghantar solan-soalan untuk didebatkan dalam parlimen. PAS mempunyai sebuah jawatankuasa dan seorang petugas untuk meneliti dan mengumpul semua soalan untuk dihantar ke parlimen. DAP dan PKR telah mengaku bahawa mereka telah terlepas tarikh akhir! Mengapa jadi begitu? Ini semua tugas Setiausaha Agung parti masing-masing. Pak Wan harap kepimpinan parti-parti itu mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memperbetulkan kelemahan-kelemahan seperti ini.

Kalau kita hendak menuai hasil yang baik, Pak Wan sarankan wakil-wakil rakyat supaya tidak malas turun padang. Paw Wan gunakan istilah 'tidak malas' dan bukan 'rajin'. Sebabnya telah terbukti kemalasan beberapa orang wakil rakyat dan bersedap-sedap membiarkan masa berlalu telah menyebabkan mereka hilang kerusi masing-masing. Musuh selalu menggunakan helah-helah mereka. Puncanya kita. Kalau kita berkerja keras dan sentiasa menangani masalah rakyat dan negara, musuh mana sekalipun tidak dapat memperdayakan sesiapa. Dalam usaha turun padang ini, biar kering poket dengan habisnya wang belanja, sebab pahala dari usaha itu akan menjadi jurucakap kita pada hari kita tidak berdaya untuk bercakap bagi pihak diri kita sendiri. Selain dari itu, kerja-kerja yang membawa keberkatan akan tidak dilupai Allah. Ada wakil rakyat yang takut kena panas sebab tak mahu kulit gelap dan berkedut. Seorang bekas Menteri Besar telah pergi membuat rawatan kulit supaya putih melepak dan gebu kulitnya. Dia mendapat kecantikan dan ketampanan tetapi kehilangan kerjaya politiknya. Ahli-ahli politik yang terlaku peka dengan ketampanan mereka diminta tinggalkan jawatan wakil rakyat atau jawatan dalam parti.

YB-YB sekelian jangan malas bersolat jamaah di mesjid-mesjid sekitar kawasan parlimen dan dewan undangan negeri. Kalau yang ada ilmu, kendalikanlah kuliyah-kuliyah di mesjid atau surau dan kalau tidak, duduk sekali dengan orang ramai dan dengar kuliyah yang disampaikan. Setidaknya, kamu YB-YB sekelian berada sekali dengan orang ramai. Kalau YB-YB Islam kerap solat jamaah di mesjid atau surau, orang ramai yang malas ke tempat-tempat ibadat itu akan tertarik untuk ke sana. Solat jamah mempunyai karamah dan hikmah untuk mengukuhkan perpaduan dan kekuatan ummah. Tak guna kalau Islam atau orang Islam memerintah sekiranya perpaduan ummah tidak kuat. Bagi Pakatan Rakyat, kalau AJK mesjid atau surau itu orang UMNO, ziarahlah rumah-rumah mereka. Tunjukkanlah akhlak yang baik dan mulia walaupun mereka enggan buka pintu mempelawa kita masuk sebab kita dari 'parti lain'. Ibaratkan diri kita sebagai jurujual yang menjaja barangan-barangan dari rumah ke rumah. Walaupun di halau dan disergah oleh tuan rumah atau dikejar anjing-anjing yang garang, mereka tetap mengekalkan semangat yang kental dan tidak berputus asa. Bezanya jurujual-jurujual ini tidak mempunyai gaji yang tetap. Jual barang baru dapat kmonsyen. Kadang-kadang sudah latu ke 20 buah rumah baru dapat satu jualan. Ada hari hanyut merata rumah dalam taman perumahan tetapi satu habuk jualan pun tak ada. Namun usaha mereka teruskan. Lihatlah contoh tokoh koperat besar yang terkenal Tan Sri Vincent Tan walaupun beliau penyokong BN. Beliau memulakan kerjayanya sebagai jurujual insuran dari rumah ke rumah dan dari pejabat ke pejabat. Semangat sebagai jurujual yang beliau kumpulkan telah menghasilkan kekuatan jatidiri yang kental sehingga beliau berjaya mengendalikan beberapa koperat besar dengan beribu-beribu pekerja dibawah kekuasaannya. Wakil-wakil rakyat tidak perlu takut sebab elaun-elaun ada dan bukan ada apa yang nak dijual. Bukan ada sasaran harian dan bulanan yang perlu ditunjukkan seperti wakil-wakil pemasaran dari syarikat swasta. YB Dato' Rashid Din, ahli parlimen Merbok pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS. Beliau mesti memastikan sasaran sejumlah motorsikal dikeluarkan dan dipasarkan sebab kalau jualan merosot dan stok simpanan masih banyak, pening kepala nak jawab dengan lembaga pengarah.

Perjuangan yang dijalankan oleh wakil-wakil rakyat kita sama seperti apa yang dilalui oleh para nabi dan rasul dahulu. Nabi Muhammad s.a.w. ialah semulia-mulia manusia di sisi Allah s.w.t., berketurunan Bani Hashim yang dihormati dan disegani di Makkah dan cucu kapada Abdul Muttalib, seorang pemimpin masyarakat yang mempunyai pekerti yang tinggi. Baginda pernah dilontar dengan batu sehingga kakinya luka dan berdarah. Adakah Baginda berhenti memimpin manusia dan meneruskan dakwah?

Pada pilihanraya yang ke-11 tahun 2004, adalah amat malang bila ramai wakil-wakil rakyat PAS dan PKR kalah teruk. Susah kita nak duga sebabnya tetapi sekiranya wakil rakyat mempunyai hubungan yang rapat dengan orang ramai, Insya Allah beliau boleh mendapat kemenangan. Contoh yang paling baik zaman ini ialah Al-Marhum Dato' Fadzil Nor. Walaupun kesihatan tidak mengizinkan, beliau tetap turun padang, melawat kampung-kampung, melawat pejabat-pejabat kerajaan, berjumpa anak-anak muda yang bersukan, bertanya khabar dan menziarahi rakyat setempat yang sakit, menghantar jemaah haji dari kalangan penduduk setempat, mencukur kepala bayi baru lahir dan macam-macam lagi sehingga beliau dikenali dan disayangi ramai.

Kapada ahli-ahli dan petugas-petugas dalam PR, masa kita nak kutuk BN di tempat-tempat perjumpaan dan warung-warung dah habis. Dahlah ahli-ahli BN sekarang mulai meluat dengan BN, janganlah biarkan mereka meluat dengan PR juga. Bila dah meluat dengan kedua parti, mereka tidak akan tahu kemanakah hala tujuan mereka. Akhir sekali, mereka mencari ketenangan melaui jalan-jalan syaitan. Walaupun mereka berdosa, kita dikhuatiri akan disoal di Akhirat tentang kelaku dan gelagat mereka di dunia. Sekarang kita wajib membimbing mereka. Masa depan UMNO dan BN memang gelap. Mereka sedang meraba-meraba mencari satu wadah perjuangan alternatif. Pak Wan nasihatkan ahli-ahli PAS dan PKR dampingi mereka dan berbaik-baik dengan mereka. Usah lagi bersikap "kami dari parti yang menang dan kamu dari parti yang kalah!" Kadang-kadang kita malas nak bersolat di belakang imam UMNO. Sekaranglah masanya untuk membuang sifat itu. Pergilah ke mesjid-mesjid yang dikuasai oleh mereka dan beramah mesralah dengan mereka sebolehnya. Orang-orang UMNO ini lebih banyak menghabiskan masa di rumah daripada bersolat jamaah. Biar lebih ramai orang-orang PAS dan PKR meramaikan mesjid. Dengan kemenangan PR, Allah telah mengamanahkan orang UMNO kapada kita. Ziarahlah mereka sekiranya mereka sakit. Bantulah mereka sekiranya keadaan memerlukan. Bagi yang mengerti, tolonglah uruskan jenazah mereka. Berdirilah ditengah-tengah masyarakat sentiasa. Jadilah bintang-bintang PR yang menerangi kegelapan BN. Syorkan anak-anak UMNO supaya berdaftar dengan PASTI. Tunjukkanlah akhlak yang mulia dan pekerti kita yang tinggi sepertimana kita telah ditarbiahkan. Insya Allah undi untuk PR akan bertambah. Mohonlah kapada Allah supaya kita dan mereka ditambahkan taufik dan hidayah untuk berada di atas jalan yang benar. Satu perkara yang kita perlu tahu berkenaan dengan doa ini ialah bila kita berdoa untuk kebaikan orang lain, Allah akan kurniakan kebaikan itu kapada kita dahulu sebelum disampaikan kapada orang lain. Alangkah Pemurahnya Allah s.w.t. Tunjukkanlah budi pekerti kita yang tinggi kapada ahli-ahli BN yang bukan Islam supaya mereka akan menyanjungi kita dan ajaran agama kita. Jangan mengejek mereka. Pesanan Pak Wan yang terakhir: Taburkanlah bakti dan kebaikan sebanyakmana mungkin seolah-olah pilihanraya akan datang akan berlaku bulan hadapan.

2 comments:

kariah/dun/tgdawai said...

Yang ni aku suka.Yang baik aku kata baik.Tak kira lah UMNO ka PAS ka.Kita rumpun melayu yang beragama Islam.Masyarakat kita hanya kita yg menentukan.Kalau ada lagi kelompok yang masih di takok lama,berpuak puak macamana nak kembang kan masyarakat kita baik dari segi agama,budaya,ekonomi dan lain lain.Kepada org org PAS tolong guna lah masjid dan surau yang ada.Kalau anda semua masih lagi ke markaz untuk berjemaah takdak ertinya apa yang di laungkan oleh PW tu.Hanya org PAS sahaja.Mana pergi org org UMNO.Org UMNO pasti takkan pijak.Cuba cari pendekatan yang lebih mesra.Aku mengaku aku org UMNO.Tapi aku amal kan sikap keterbukaan untuk org PAS.Semua sedar dan kawan aku.aku tak mau berpuak biar pun dikalangan org umno dan pas.Aku juga tak setuju dengan pendekatan yg diambil oleh pemimpin umno terhadap org org PAS.Dari segi pengagihan bantuan dan sebagainya.Begitu juga harap jangan jadi pada pemimpin PAS..SEKIAN>WASSALAM

pmerbok said...

Terima kasih kariah/dun/tgdawai atas komen sdr. Memang ada baiknya, cuma berilah sedikit masa kepada orang2 PAS untuk melakukan anjakan dan perubahan yg insyaAllah berlandaskan islam dan akan menyelamatkan seluruh umat manusia. Islam taslim...