Thursday, April 24, 2008

Bila PBT akan Melaksanakan Polisi Baru





















Kita masih ternanti-nanti apakah pembaharuan atau polisi baru yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan PR Kedah berkaitan peraturan papan iklan besar atau billboard yang memaparkan imej-imej yang tidak islamik dan kadang-kadan menjolok mata.
Lihatlah foto wanita berkemban di atas yang dijadikan model untuk papan iklan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan terkenal di Sg Petani. Kita harap Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kerajaan Negeri Kedah, yang dipengerusikan oleh YB Taulan Rasul akan mengeluarkan garis panduan yang sesuai bagi mengubah lanskap negeri Kedah supaya tidak bersubahat dengan penganiayaan dan eksploitasi kaum wanita yang sememangnya menjadi tren kerajaan BN.
Kita dah jemu melihat wanita-wanita 'cantik' diperagakan untuk tujuan yang tidak berkaitan lansung dengan tubuh wanita terbabit. Kita juga berharap sekiranya kelah Kerajaan Negeri Kedah berhasrat untuk membawa dan memajukan sukan bermotor di negeri ini membuang terus 'gadis litar' yang berpakaian menjolok mata yang tidak langsung menambah kelajuan pelumba motor atau kereta yang bertanding, atau menggantikannya dengan 'jejaka litar' yang mungkin melambanhkan kegagahan.
Pengalaman kali pertama penulis ketika mengunjungi Kelantan beberapa tahun dulu selepas diperintah kerajaan PAS mendapati imej wanita bertudung untuk papan iklan digunakan walaupun di negeri lain wajah yang sama tidak sedemikian. Jadi sekurang-kurangnya bila model wanita yang hendak digunakan dalam iklan dimestikan memakai tudung, sudah tentulah tiada lagi foto wanita berkemban atau berbikini seperti yang kita pernah lihat sebelum ini.

No comments: