Friday, April 4, 2008

BN NAK PANTAU PAKATAN RAKYAT


Pak Wan nak celoteh lagi. Berita yang terbaru, BN di negeri-negeri yang tak dimenangi parti itu akan mengadakan jawatankuasa atau kabinet bayangan untuk memantau kerja-kerja kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan bersekutu PAS-PKR-DAP yang baru dapat 'surat beranak'.
Bagus juga cadangan tu. Bukan apa, hampa perhati depa buat kerja, tang mana tak kena, hampa tegor. Tang mana depa tak pandai, hampa tolong perelok. Kami Pakatan Rakyat ni berfikiran terbuka. Kalau boleh bawa masuk buaya dari sungai untuk mengajar depa pun tak apa kalau buaya tu pandai. Tapi buaya dari sungai memang tak pandai macam buaya BN. Memadailah dengan buaya-buaya BN. Akhir sekali yang untung sekali rakyat. Itu yang rakyat mahu dan itu yang Pakatan Rakyat sedang ikhtiarkan. Pemimpin-pemimpin PAS-DAP-PKR semua yang menang tu bukan kerana wajah-wajah mereka tampan dan kacak macam Shah Rukh Khan ke, Salman Khan ke atau pun macam Madhuri Dixit ( Pak Wan sampai kena tahu nama-nama orang Bollywood tu semua! ) tapi kerana rakyat dah meluat dengan kelaku dan gelagat pemimpin-pemimpin BN. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pula, jangan dok syok kerana kena lantik. Hampa kena buat kerja. Hampa kena amanah. Kalau tidak, tahun 2012 ke, tahun 2013 ke, angkat bungkus, berambus! Rakyat sekarang dah tak macam dulu dah. Mereka dah pandai berfikir dan menilai. Wakil-wakil BN pula, kalau nak tegur, jangan buat cara biadap. Jangan maki hamun tak tentu pasal. Rekod hampa dulu pun bukan cantik sangat. Kalau nak sebut satu persatu, sampai esok pagi tak habis. Kalau nak buat kerja baik, mesti dengan cara yang betul. Kalau tidak, orang ramai akan bertambah benci. Tengoklah ADUN-ADUN UMNO P.Pinang beraksi depan Komtar tak berapa hari dulu. Kita tengok pun menyampah! Pak Wan pernah dengar cerita-orang-orang dulu tentang Allahyarham Ismail Kassim, bekas ADUN PAS untuk Dewan Undangan Negeri Bukit Raya (sekarang Tokai). Dia pernah kata: "Wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli parlimen yang tuan-tuan lantik itu bukannya dewa yang patut disembah tetapi pecacai yang buntut mereka perlu ditendang!" Alangkah benarnya kata-kata Allahyarham itu? Cara Allahyarham turun padang tidak ada siapa yang boleh lawan. Kalau tak percaya, tanyalah orang-orang Pendang. Tempat dia diambil aleh oleh Allahyarham Dato' Hj. Fadzil Nor. Sama hebat. Kemudian diganti dengan Taulan Rasul. Tak ada masalah kot? Sebab itu dah masuk penggal ketiga.
Rakyat pun jangan terlalu taksub dengan pemimpin-pemimpin yang mereka lantik. Ahli PAS taksub dengan YB PAS. Ahli PKR taksub dengan YB PKR. Ahli DAP taksub dengan YB DAP. Ini tidak betul. Kita mahu kerajaan yang dapat membahagiakan dan menyelamatkan ugama kita, diri kita, harta-benda kita, keluarga kita, keturunan kita dan juga negara kita. Apa yang ada pada parti? Cuma nama, manifesto dan slogan sahaja. Yang penting sekali ialah keikhlasan dan usaha yang istiqamah dari pihak pemerintah. Ingat tak dahulu, semasa Sayidina Umar Al-Khattab mula jadi khalifah? Beliau berucap dengan mengatakan bahawa beliau bukan yang terbaik dan sedia diperbetulkan. Tiba-tiba muncul seorang tok syeikh dari 'kampung dusun' yang menghunuskan pedangnya sambil berkata:"Ya Umar, aku akan perbetulkan kamu dengan pedangku ini." Berkata Umar:"Syabas! Inilah ketegasan dari para rakyat yang saya mahukan." Walau bagaimanapun, Umar merupakan pemimpin yang benar, adil dan wara' sampai ke akhir hayat. kalau kita hayati peristiwa tadi, memang tepatlah ucapan Allahyarham Ismail Kassim.
Pak Wan rasa sedikit kurang senang dengan apa yang berlaku di Perak. Ada seorang Mat Kacau dari DAP iaitu ADUN Buntong, A. Siva Subramaniam. Kejut nak letak jawatan. Rupa saja handsome! Bukan cara tu nak tunjuk lagak. Hessshh!!! Kalau betul dia lambung, letih kerajaan negeri Perak. Nasib baik dia 'u-turn' balik. Kononnya dia merajuk sebab tak cukup orang India dalam exco Perak. Laaaa!!! Pulau Pinang, wakil India cuma seorang dan Melayu dua orang. Wakil PAS tak langsung dudok dalam exco. Tak merajuk pun. Di negeri Kedah, calon DAP tak dapat exco. Tak merajok pun. Mungkin orang-orang ini akan mendapat tempat atau jawatan yang baik bila kerajaan negeri bertambah umur sedikit. Tunggulah. Pak Wan nak pesan kapada diri Pak Wan dan juga wakil-wakil rakyat supaya jangan melatah. Hudoh sangat.Tunjuklah contoh baik kapada rakyat. Ini tidak, langkah pertama dah malukan rakyat dan parti. Inikah namanya pemimpin yang berwibawa? Nak jadi wakil rakyat ni bukan senang. Nak menang pilihanraya memanglah senang. Orang berkenankan kita, hah, naiklah. Kalau nak jadi wakil rakyat yang baik, semangat mesti kuat dan mesti selalu banyak bersabar. Ni belum apa lagi dah merajuk. Terus buat kenyataan akhbar. Tak boleh bincang sesama ahli parti dulu kah? Orang ini ada ketokohankah? Rasa-rasa DAP tak akan duduk diam. Orang ni mungkin akan dapat rekod buruk. Masa depan dalam parti pun mungkin gelap. Siapa rugi? Pak Wan ni orang PAS. DAP pun dah jadi ahli keluarga semenjak terbentuknya Pakatan Rakyat ni. Kita mesti elok memperelokkan antara satu dengan yang lain. Kalau Siva Subramaniam nak menebus semula air mukanya, tingkat dan lipat gandakan usaha perkhidmatan. Ambil semula hati rakyat yang dah mula meluat dengan dia. Dia kena ingat dia bukannya berdepan dengan ahli keluarga, boleh merajuk bila-bila masa. Dia berhadapan dengan rakyat dan kerajaan. Jaga kelaku tu sikit. Bincang baik-baik dan jangan melatah. Kalau ada siapa-siapa dari Merbok buat kelaku tak elok, hah, tunggu Pak Wan sampai. Tahulah nasib hang.

2 comments:

humairah said...

hahaha...jaga2 satgi kena penampaq sulong pak wan.....laqi hampa...hehehe

Anonymous said...

elok la...hampa buat reja elok elok la.jangan ingat lepaih ni teruih nak perintah lagi.dulu boleh la hampa hentam org bn.la ni masa hampa plk nak kena hentam..jangan ingat senang nak perintah ...