Sunday, April 13, 2008

Mesyuarat Agong DPPKM kali Ke-24

DELAYED
Generasi terbaik - Generasi terbaik Islam dinilai dari sudut hubungannya dengan Allah SWT.
Demikian antara intipati ucapan ADUN Bukit Lada, Ustaz Ahmad I’zzat Mohamed Shauki. Beliau berucap demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok Kali Ke-24 di sini 5 April lalu.
“Kita berbicara untuk memerintah Kedah, tetapi bila dinilai gerakerja kita, hati kita bagaikan berbisik belum lagi (untuk menang). Rupa-rupanya Allah SWT mentakdirkan kemenangan yang berikan kepada generasi kita, di saat kita menjadi tenaga pemuda. “Yang disebut oleh para ulama’, kemenangan yang Allah SWT akan berikan, hanyalah kepada generasi yang terbaik,” jelas beliau.
“Hari ini kita hendak menilai diri adakah kita generasi terbaik untuk memikul amanah (kemenangan) yang besar ini. Sudah tentu kita boleh bermuhasabah menilai sejauh mana hubungan kita dengan Allah SWT. Perlu juga kita semak sejauh mana hubungan kita sesama manusia,” tegasnya.
Dalam ucapan tersebut, beliau menyifatkan kejayaan yang tidak disangka itu sebagai anugerah dan nikmat daripada Allah SWT. Oleh itu katanya cara menerima sesuatu nikmat ialah dengan mensyukuri nikmat tersebut. “Bagaimana kita hendak mensyukuri nikmat ini ialah dengan mengisi kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Beliau juga mengajak hadirin membuang sikap menganggap perjuangan yang dibawa oleh PAS sudah selesai dengan kemenangan yang dicapai.
“Sebenarnya kemenangan ini seharusnya menjadi batu loncatan kita meningkatkan usaha dan gerakerja kita,” tegasnya.
Katanya, pemuda sebagai generasi yang menerima anugerah kemenangan hari ini bertanggungjawab untuk mempertahan dan mengekalkan kemenangan. Menurut beliau lagi, generasi lalu telah terkorban dan berkorban termasuk yang ditangkap dan dikenakan pelbagai bentuk serangan.
“Begitu mahal pengorbanan yang mereka telah buktikan hingga dianugerahkan kemenangan hari ini,” ujarnya.
Gambar sekitar Mesyuarat Agong DPPKM Kali Ke-24





No comments: