Friday, April 18, 2008

Sekretariat Peringkat Parlimen Ditubuh

PAS dan PKR mengambil langkah proaktif bagi memastikan khidmat kepada masyarakat berkesan seterusnya memenangi hati pengundi dengan menubuhkan Sekretariat Peringkat Parlimen Merbok. Sekretariat yang terdiri dari beberapa AJK dari PAS dan PKR Merbok mengadakan mesyuarat pertama pada 18 April di Markaz PAS Kawasan Merbok (PUTIM) di pengerusikan oleh YDP PAS Kawasan Merbok Tuan Hj Mat Akhir Thalib.
Bagi memudahkan rakyat untuk menemui Wakil Rakyat atau wakil mereka maka beberapa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR)telah ditubuhkan.
Bagi DUN Tanjung Dawai PKWR telah mula beroperasi di Pekan Merbok bersebelahan dengan Balai Polis Merbok, manakala bagi DUN Bukit Selambau dua buah PKWR akan ditubuhkan oleh YB V. Arumugam iaitu sebuah di Bukit Selambau dan sebuah lagi di Pekan Lama Sg Petani (berhadapan Stesen Bas Ekspres Jalan Kuala Ketil)
Bagi Parlimen Merbok pula YB Dato' Rashid Din memaklumkan bahawa PKWRnya telah beroperasi di Taman Tuanku Haminah, Jalan Kelab Cinta Sayang.
Semua PKWR ini akan dibantu secara langsung oleh Sekretariat yang ditubuhkan dan diharap semua rakyat dapat menggunakan peluang yang ada bagi menyampaikan sebarang aduan dan sebagainya.

No comments: