Friday, June 27, 2008

Protes 6 Jun - Macamana Orang Kedah

Macamana orang Kedah, bila tarikh ditukar ke 6 JUN, hari AHAD, selop sikitla orang Kedah.
Arahan Dewan Pemuda PAS Pusat supaya digerakkan seluruh pemuda kawasan dan sasaran yang perlu dicapai adalah 1000 orang setiap kawasan. Kita tengoklah nanti apakah rakyat Kedah termasuk dalam kalangan rakyat yang pantang diCABAR!!


Pembalakan di Kedah: Kera dihutan atau anak dirumah yang layak disusu


oleh: Ibnu Bakrin

Gegak-gempita seluruh Malaysia berikutan kenyataan kerajaan negeri Kedah yang bercadang menjalankan aktiviti pembalakan dikawasan tadahan hujan.Berbagai pihak menyatakan bantahan dan meminta kerajaan negeri mengkaji semula cadangan tersebut.

Semua bantahan yang dikemukakan merujuk kepada kerosakan kepada alam sekitar yang bakal dialami sekiranya aktiviti pembalakan dijalankan.

Tiada siapa pun yang menghiraukan hak kerajaan negeri Kedah untuk mendapat pampasan sebanyak RM100juta setahun yang dinafikan oleh kerajaan pusat pimpinan Umno- Bn.Tiada saranan atau desakan yang dihalakan kepada kerajaan pusat agar melunaskan pampasan kepada kerajaan negeri Kedah.

Sepatutnya itu lah yang mereka lakukan, bukannya menekan kerajaan Kedah yang telah sedia ditekan.Mangsa rompakan yang dipukul bertubi-tubi sedang perompak dibiarkan bermaharajalela tanpa diapa-apakan.Wajarkah?

Bukan kah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak, dengan jelas telah menyatakan sekiranya kerajaan pusat bersedia untuk membayar pampasan kepada kerajaan negeri, beliau juga bersedia untuk membatalkan cadangan tersebut. Bukan bertujuan mengugut tetapi adalah untuk membela dan menuntut hak rakyat Kedah yang dicabuli.

Kedah ialah negeri miskin, ditambah lagi dengan bebanan hutang lebih RM2 billion yang ditinggalkan oleh kerajaan pimpinan Umno-Bn terdahulu.

Ironinya, mantan Menteri Besar yang terkenal akan kerakusannya mengondolkan hutan, sinis menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah tidak pandai mengurus sumber kewangan negeri. Pandai sangatkah beliau apabila meluluskan ribuan ekar kawasan pembalakan pada kadar RM500 seekar sedangkan nilai sebenar disekitar RM5,000 hingga RM7,000 seekar.“Piiiiiraahh…mabuk!!!” (Ungkapan popular orang Kedah ).

Kerajaan dan rakyat Kedah telah berkorban dengan tidak memanfaatkan sumber kewangan negeri yang bernilai lebih RM16 billion demi kepentingan nasional. Namun pengorbanan besar ini dibalas dengan pengkhianatan.

Pulau Pinang, negeri kaya yang mendapat manfaat secara langsung, awal-awal lagi meminta kerajaan negeri Kedah mengkaji semula cadangan tersebut. Namun sedarkah, mereka juga turut mencabul hak rakyat Kedah kerana tidak melunaskan hutang yang berjumlah puluhan juta ringgit untuk bekalan air yang disalurkan. Beretika dan bertanggungjawabkah mereka?

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan NGO lainnya, yang lantang membantah sewajarnya lantang mendesak kerajaan pusat agar mengembalikan hak rakyat Kedah yang dikhianati.

Kalau kerajaan pusat boleh mengembalikan hak royalti petrolium kepada Terengganu, mengapa tidak kepada Kedah?

Telah ditegaskan, jika pun cadangan ini terpaksa dilaksanakan, kerajaan negeri menjamin akan memastikan ianya dijalankan dengan cara yang berhemah dan menggunakan kaedah berteknologi tinggi bagi meminimakan kesan kepada alam sekitar.

Logikanya, Ustaz Azizan semasa menjadi Ketua Pembangkang di DUN Kedah, telah dengan keras membantah cadangan seumpama ini yang pernah diajukan oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan Umno-Bn suatu ketika dulu. Tetapi apabila hanya baru melepasi 100 hari menjadi Menteri Besar beliau bertindak sebaliknya, mengapa ya..?

Sedangkan kemampuan dan kebijaksanaan beliau berpolitik diakui kawan dan lawan.`Lu orang sendiri mau pikiaq la..!!`



Thursday, June 26, 2008

Kedah Perlu Contohi Kelantan Dalam Berjimat Cermat

Kerajaan Negeri Kedah perlu mengambil berat beberapa langkah ke arah menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri ekoran kenaikan harga minyak sekarang.
Langkah itu perlu diikuti semua pemimpin, pegawai dan kakitangan kerajaan negeri bagi membolehkan perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat mncukupi. Ikutilah langkah penjimatan yang diumumkan Kerajaan Negeri Kelantan kerana ketika ini Kelantan adalah sebaik-baik contoh yang ada untuk dituruti oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat

Antara langkah penjimatan yang telah diputuskan iaitu;

1. Kesemua pemimpin hanya dibenarkan menggunakan penerbangan kelas ekonomi sama ada urusan dalam dan luar negara kecuali kes-kes yang melibatkan kesihatan

2. Tuntutan elaun anggota Exco kerajaan negeri serta pegawainya dihadkan sebagai usaha berterusan menjaga ekonomi kerajaan negeri disebabkan peningkatan kos hidup sekarang.

3. Program yang melibatkan kerajaan negeri atau jabatan hendaklah diadakan di pejabat atau dewan-dewan milik kerajaan dan bukannya di hotel.
4. Manakala penggunaan peralatan elektrik seperti penghawa dingin, lampu dan komputer hendaklah dimatikan pada waktu rehat kecuali ada kakitangan yang sedang bertugas.
5. Pengendalian perbelanjaan perayaan turut dikurangkan kepada 30 peratus dan amalan menempah pakaian seragam urusetia sesuatu program dihentikan.
6. Penjimatan pembelian peralatan pejabat

7. Pemberhentian segera projek pembaikan taraf yang tidak diperlukan.

Wednesday, June 25, 2008

Jejak Sejahtera Rakyat Darul Aman – ( Siri 3)

oleh: ibnubakrin

“Orang Berbudi Kita Berbahasa” Ungkapan yang sudah tidak asing lagi
bagi rakyat Malaysia, terutamanya kaum Melayu begitu juga kaum-kaum lain.Malah ianya sudah sebati sebagai akar tunjang budaya bangsa yang terkenal dengan kesantunan serta kesopanan dan dikagumi seantero dunia.

Nilai budaya amalan yang mulia ini sememangnya selari dengan kehendak Islam yang mendasari hala-tuju dan perjuangan PAS, parti yang menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.Pendekatan yang diasaskan dari semangat budaya ini dijadikan landasan dan diterapkan semasa mengendali proses pengambilalihan pentadbiran dari tangan Umno-BN selepas menerima mandat dari pengundi pada 8 March yang lalu.

Dalam kontek demokrasi yang menjadi amalan di Malaysia, sangkaan popular dikalangan orang ramai ialah pasti akan berlaku ketegangan dan pemangsaan apabila peralihan kuasa politik berlaku.Satu kejutan setelah sebaliknya yang berlaku di negeri Kedah. Kebijaksanaan dan nilai etika tinggi yang dipamerkan amat disenangi dan disyukuri oleh warga Kedah keseluruhannya.

Dalam ucapan sulong YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dimajlis ramah-mesra bersama kakitangan awam negeri `Kedah Civil Servant` (KCS), dengan jelas menyatakan bahawa beliau akan menghormati hak-hak semua rakyat yang dijamin oleh perlembagaan negara.Beliau tidak akan menghalang mereka daripada menyokong mana-mana ideologi politik; cuma mereka mesti bertanggungjawab dan menjaga tahap profeisionalisma semasa menjalankan tugas-tugas rasmi kerajaan negeri.Mereka bukan bekerja untuk mana-mana parti politik atau individu tertentu tetapi bekerja untuk rakyat negeri Kedah.

Rakyat Kedah a.k.a `Boss` telah `bersuara` dalam proses demokrasi yang berlangsung tanggal 8 March 2008 yang lalu, maka adalah menjadi tanggungjawab semua memikul amanah awam untuk menerima; menghormati dan mematuhinya. Ust.Azizan telah dimandatkan sebagai `Panglima` bersama barisan jeneral-jeneral nya untuk menetapkan polisi; mengatur strategi dan mengemudi jentera kerajaan negeri untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, semestinya mendapat kerjasama penuh; tanpa berbelah-bagi daripada semua kakitangan dipelbagai peringkat.

Mereka sewajarnya menyedari akan keperluan untuk tidak bertindak atau bersikap secara kontradik dengan polisi; hasrat dan kehendak pentadbiran baru khasnya dan rakyat keseluruhannya.Ini tidak bermakna mereka harus menjadi `robot`, boleh saja menegur; memberi pandangan; cadangan atau maklumbalas yang perlu tetapi mestilah dengan cara dan saluran yang betul; tepat dan dibenarkan.Bukannya dikedai-kedai kopi; ditepi-tepi jalan; kantin atau mengkritik dengan tidak membina apatah lagi yang berciri khianat dan sabotaj.

Kerahsian merupakan sesuatu yang paling utama untuk dipelihara; tiada kompromi berhubung perkara ini. Sebarang tindakan yang mengabaikan kerahsian, disifatkan sebagai paling tidak bermaruah, lebih hina jika dibandingkan dengan `anjing kurap`.Apatah lagi ianya dilakukan dengan memperdagangkan kepentingan dan keselamatan rakyat dan negeri.Bukan saja bersalah dan berdosa dengan pimpinan; rakyat dan Kebawah Duli Sultan tetapi menuntut pertanggungjawaban dihadapan Allah SWT di padang Mahsyar nanti.Secara moral, layak untuk digelar pengkhianat; pelaku maksiat; pelacur moral; pencabul atau seumpamanya.

Pun begitu tidak dinafikan, terdapat segelintir KCS yang mungkin `sakit jiwa` nya masih tidak mengerti malah mengambil kesempatan daripada pendekatan yang lunak ini. Mereka tanpa rasa bersalah telah bertindak diluar norma-norma kemanusian dan kesusilaan.Tanpa segan-silu malah bagaikan berbangga mempamerkan pertentangan persis `Mandaliar`. Samada menyedari atau tidak bahawa mereka telah menitiskan `racun` ke dalam periuk `sup` yang dihidangkan kepada anak-bini mereka.

Mereka perlu sedar, `air yang tenang jangan disangka tiada buaya`.Akan sampai ketikanya perbuatan mereka pasti akan menemui akibat.Malang, jika beranggapan orang disekililing tiada mata dan telinga atau tidak bermaruah dan rela dikembiri serta ditungangi seperti mereka. Jangan sampai menyesal dikemudian hari setelah terjerat; kemudian mendakwa mereka telah dianiaya.

Tuesday, June 24, 2008

Sudah Sampai Masanya Kerajaan Perkenalkan Polisi Baru Hiburan

Setelah lebih 100 hari memerintah, negeri Kedah dikiri bertuah kerana tidak dihimpit sebarang kontroversi atau serangan hebat dari parti lawan. Beberapa kritikan dijawab dengan hemah oleh pentadbiran yang diterajui YAB Menteri Besar Ustaz Azizan Razak walau pun ada sesetengahnya sengaja digembar-gemburkan media tidak beretika. Ada yang berbentuk fitnah dan ada juga khabar angin yang dikutip dari sumber-sumber pengecut yang tak berani perkenal nama.
Apa pun sekalung tahniah diucapkan kepada kerajaan baru yang berjaya mengharungi 100 hari pemerintahan yang mendebarkan dengan cabaran mudah. Mungkin kebanyakan rakyat masih tercari-cari apa yang telah dilakukan selepas 8 Mac hingga kini. Pendekatan bijaksana kerajaan negeri yang baru mendapat kuasa dan langkah yang berhati-hati semestinya menggusarkan para penyokong apatah lagi lawan yang menungu-nunggu kesilapan dilakukan.
Pun begitu beberapa perkara yang dikira agak perlu kalau tidak pun dilaksanakan, cukup sekadar diumum akan dikuatkuasa atau dijalankan oleh kerajaan. Sebagai sebuah parti yang bercita-cita untuk menyelamat maruah islam, PAS yang menerajui Pakatan Rakyat di Kedah amat dinanti untuk memperkenalkan dasar-dasar yang berlandaskan islam.
Kita masih ternanti-nanti sebagai contohnya polisi baru mengenai hiburan di negeri ini. Setelah beberapa kali diuji dengan konsert 'gege riuh', 'Hot FM' dan sebagainya, kerajaan negeri perlu memperkenalkan polisi baru hiburan yang sejajar dengan dasar parti. Walau pun ada jenis hiburan yang dibenarkan dalam islam, tetapi adalah kurang bijak jika terpaksa bergasak dengan penganjur yang diberi permit oleh pihak berkuasa tempatan disaat-saat akhir seperti apa yang disaksikan sebelum ini. Apa yang berlaku di Selangor janganlah dibiarkan berjangkit di sini.
Begitu juga dalam majlis-majlis rasmi kerajaan, sudah sampai masanya cita rasa ditukar jika ditiadakan terus boleh mengguris hati pihak tertentu. Pemilihan artis-artis yang sesuai masih boleh ditolak ansur sekiranya mahukan hiburan.
Apa yang berlaku dalam suatu majlis di Seri Mentaloon beberapa minggu lalu perlu dipandang serius. Rata-rata jemputan majlis tersebut adalah dari kalangan ahli-ahli PAS yang sukar untuk menerima hiburan yang membingitkan telinga ketika sedang makan. Setelah baru 15 minit program berlangsung lebih 3/4 jemputan keluar meninggalkan dewan. Memang tidak manis dipandang apa lagi majlis turut diraikan tetamu diraja. Itu baru protes senyap dan kita tidak mahu MB dan EXCO membazir waktu menjawab kontroversi yang tidak perlu kerana banyak dan berat lagi tanggungjawab lain yang menunggu.

Monday, June 23, 2008

Konsert 100 hari Selangor: Kebijaksanaan atau Kebodohan?

oleh: ibnubakrin

`Tindakan yang tidak bijaksana`, itulah ungkapan yang dilemparkan kepada Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor ( DPPNS ) berikutan tindakan membantah konsert ratu rock dan dangdut, yang dijadualkan pada majlis sambutan `100 hari` kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Disini timbul berbagai persoalan, siapakah yang sebenarnya tidak bijaksana; DPPNS yang tidak bijaksana atau kerajaan kerajaan negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat tidak bijaksana?

Apa kena dengan Dato’ Dr. Hassan Ali dan Dr. Halimah Ali, mengapa tidak mereka terlebih dahulu yang membantah atau sudah hilangkah `bahasa perjuangan` sebagaimana yang ditazkirahkan oleh Tuan Haji Aris Awang ( mantan Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah).

Atau terlupakah Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa salah satu rakan kongsi strategik dalam membentuk kerajaan pakatan rakyat negeri di Selangor ialah PAS, sebuah parti yang memperjuangkan dasar Islam? Adakah beliau ingin menguji atau terlepas pandang? Barangkali gimik yang dirancang untuk meraih batuan politik?

Sekiranya gimik politik yang dirancang, rasanya bukan masa yang tepat, apatah lagi isu yang dijadikan sandaran, amat tidak bertepatan. Gimik yang dilihat menguntungkan PKR dan DAP tetapi memangsakan PAS rakan sebantal mereka, bijak kah?

Respon Tan Sri Khalid setelah menerima memorandum dan desakan dari DPPNS dilihat sebagai `sudah terang lagi bersuluh`. Akan dikaji katanya. Apa lagi yang hendak dikaji, bantahan yang cukup jelas dan kukuh.Nyata beliau cuba bermain politik. Beliau boleh saja membatalkannya serta merta tetapi mengapa tidak?.

Natijahnya, DPPNS khususnya dan PAS secara umumnya telah dikambing hitamkan dan dilihat sebagai ortodok dan jumud.Apakah tindakan ini boleh disifatkan sebagai cubaan untuk menghakis pengaruh PAS khususnya di Selangor? Mungkin!

Mungkin bertujuan untuk memberitahu rakyat bahawa fungsi `check and balance` yang ingin diperkasakan? Jika itulah tujuannya, biar isu yang dijadikan sandaran benar-benar mencengkam bukan isu murahan yang sebegini.Tidak memadai manfaat yang diperolehi berbanding mudarat yang diraih.Sedar kah bahawa akidah umat Islam telah tergugat? Contohnya, pertikaian yang diajukan Roslan Aziz dan bagaimana pula dengan ramai lagi yang turut mempertikai diluar sana.

Sunday, June 22, 2008

Muqayyam Tarbawi Pemuda Merbok

Pemuda PAS Merbok telah menganjurkan program perkhemahan yang dinamakan Muqayyam Tarbawi yang diadakan pada 20 dan 21 Jun lalu di Kampung Pantai Cicar. Beberapa cawangan yang dijemput telah menghantar pemuda menyertai program tarbiyah ini yang dipenuhi dengan berbagai pengisian bagi membentuk pemuda yang berkeupayaan bagi memelihara kemenangan.

Bergaya pulak tukang masak ni
Peserta serba boleh, ubah lembu yang menghampiri khemah
Tazkirah maghrib..
Ketua Pemuda Merbok berucap merasmikan program
aktiviti LDK
antara aktiviti interaktif yang dijalankan.
resolusi pemelihara kemenangan
kuliah subuh.. masing-masing lali
sarapan pagi di atas kayu mati..



Friday, June 20, 2008

Jangan Bagi Muka Pada TV3

Kerajaan Negeri Kedah semalam melahirkan rasa kekesalan di atas laporan berita yang disiarkan oleh oleh TV3 kelmarin. -->
Berkata kepada media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan rasa kesal Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap fitnah yang dibuat oleh TV3 itu.
Sedangkan, menurut Ustaz Azizan, pihak Kerajaan Negeri telah memberi layanan yang baik dan menghormati semua media massa.
Oleh itu, beliau meminta media massa menghormati etika kewartawanan dan profesionalisme mereka.
"Kerana zaman kita zaman orang maju, orang bertamadun, jangan buat lagi kerja-kerja yang primitif, kerja-kerja yang tidak bertamadun.
"Kita bersedia menjawab apa-apa soalan dan bertanggung jawab dengan tindakan kita. Kita sedia untuk dikritik, ditegur dan dianalisis tapi bukan fitnah yang tidak betul," ujarnya.
Buletin Utama TV3 malam kelmarin yang membuat liputan sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah menyentuh mengenai perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Kulim Hi-Tech oleh kerajaan Negeri.
Dalam laporan itu, Buletin Utama menyifatkan perlantikan tersebut sebagai usaha mengetepikan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech, Dato' Ahmad Shukri Tajuddin dan satu tindakan politik.
Menurut Ustaz Azizan, Kerajaan Negeri masih mengekalkan Dato' Ahmad Shukri sebagai Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech yang berfokus kepada urusan promosi Kulim Hi-Tech.
Oleh itu, memandangkan keperluan meningkatkan aktiviti ekonomi di Kulim Hi-Tech yang telah bertambah jumlah pelaburnya, maka Kerajaan Negeri melantik Pengarah Eksekutif Kumpulan yang akan memberi tumpuan kepada operasi.
"Lain kali kalau nak buat berita mai jumpa saya, jangan tanya orang tepi jalan. Be professional. Be smart reporters," kata Ustaz Azizan mengulas hal berkenaan

Semua Perlu Sokong Pemuda PAS Selangor

Semua Dewan Pemuda perlu menyokong bantahan yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor terhadap penganjuran konsert dua penyanyi wanita tempatan, Ella dan Mas Idayu sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 6 Julai ini.
Pemuda PAS tidak sesekali menyekat kebebasan rakyat dan sesiapa sahaja yang ingin mendengar atau mengadakan konsert.
Walaubagaimana pun ia perlu menekankan kepada hiburan yang lebih mendidik rakyat dan bukannya sekadar satu warisan seni yang kabur. Penganjur konsert-konsert rock atau dangdut tidak menghalalkan masalah sosial, tetapi sedar atau tidak perlaksanaannya akan membuka ruang bagi segelintir pihak yang suka mengambil kesempatan untuk pergi ke arah itu.

Kita harus berusaha untuk mengurangkan gejala sosial ini dan bantahan Pemuda Selangor itu adalah sebahagian usaha untuk mengurangkan. Tindakan itu wajar dilihat dalam skop yang lebih luas dan mencanai pemikiran yang lebih kreatif sebagai alternatif kerana kita tidak mahu penganjuran itu bersifat stereotype atau sama dengan dasar Barisan Nasional. Kita harus tunjukan kelainan agar rakyat dapat merasai perubahan yang dijanjikan.

Pemuda PAS tidak menolak hiburan dan kita juga benarkan ahli kita terlibat sebagai penyanyi seperti Ustaz Akil Hayy dan ramai lagi. Biarlah hiburan itu mendidik dan artis yang ditonjolkan itu lebih bersopan serta tidak terkinja-kinja atau menjerit hingga menghilangkan identiti sebagai wanita Melayu yang sopan. Artis adalah golongan yang dekat pada masyarakat dan menjadi 'role model' kepada generasi muda, justeru wajarlah konsert berkenaan dibatalkan.
Jika ingin diteruskan juga, kedua-dua penyanyi berkenaan haruslah bersetuju untuk mengikuti panduan syariat dan bentuk konsert yang lebih baik dari yang biasa mereka lakukan. Jaminan itu perlu ada kerana kita mahukan perubahan bukan pada mereka sahaja tetapi pada keseluruhan masyarakat, agar impak yang positif dapat dijana bagi membangunkan negeri pada acuan yang lebih baik.
PAS adalah sebuah gerakan Islam. Kerjanya bergerak dan menggerakkan ke arah keagungan Islam. Ia bergerak menyatukan umat Islam di dalam Islam. Keagungan adalah dengan bersatu di dalam Islam. Kerja PAS adalah dakwah dan geraknya adalah gerak dakwah. Hikmah terbesar di dalam PAS adalah istiqamah. Ia tidak layu ketika rakan - rakannya layu. Ia bertahan ketika diasak dan ia bergerak ketika ruang diberi

Thursday, June 19, 2008

Jejak Sejahtera Rakyat Darul Aman – siri 2


Oleh : Ibnu Bakrin

Riuh – rendah seluruh negara memperkatakan tentang 100 hari, yang tiba-tiba menjadi begitu penting dan istemewa.Ya..!, tetapi hanya sebagai mekanisma pengukur pencapaian maupun kelemahan untuk dinilai dan diguna-pakai walaupun tiada asas yang kukuh untuk diyakini.

Dalam kontek politik, penafsiran harus bergantung kepada suasana dan amalan setempat.Latar belakang dan dasar yang diperjuangkan oleh pengamal politik yang berkuasa merupakan faktor yang mempengaruhi. Adalah tidak tepat sekiranya prestasi yang diukur, dinilai secara objektif dan `stereo-type`. Persepsi atau fakta perlu dilihat dan berperanan didalam ruang lingkup yang berbeza.

Kerajaan baru di Kedah dikatakan yang paling tercorot pencapaian diantara 4 negeri yang bertukar peneraju pentadbiran kerajaan selepas PRU12.Mungkin benar tapi adakah bertepatan? Secara persepsi yang dipropagandakan ianya berkemungkinan!, sebab secara umumnya; `Politic is all about propagations, speculations and perceptions`.

Akan tetapi persepsi mesti bersandarkan kepada dasar; pendekatan; halatuju dan matlamat yang disasarkan oleh peneraju sesebuah kerajaan itu. Tidak bijak kiranya persepsi hanya disandarkan kepada kaca mata atau citarasa tertentu sahaja.

YAB Ust.Azizan telah menyatakan dihari-hari awal beliau mengambilalih pentadbiran kerajaan bahawa bukan penonjolan yang bersifat retorika atau populariti yang diingini.Berpaksi kepada dasar politik Islam yang diperjuangkan, pendekatan atau kaedah mesti berteraskan prinsip dan tatacara yang berpandukan hukum-hakam dan kehendak Islam yang menjanjikan kesejahteraan kepada semua makhluk yang menghuni di bumi Kedah secara khususnya. Ianya dijelaskan dengan pendirian, jangan sampai amanah yang diberikan kepada beliau menjadi `vehical` untuk membawanya ke neraka.Na`uzubillahiminzalik.

Beliau tidak membatasi pertimbangan dan tindakan beliau berdasarkan kehendak politik semata.Hak dan kebajikan rakyat secara jangka panjang lebih diutamakan.Ketenteraman dan keutuhan masyarakat yang menyumbang ke arah jaminan kemakmuran serta kesejahteraan negeri lebih penting berbanding sentimen politik kepartian.Kelestarian dasar perjuangan politik yang diperjuangkan akan di persembahkan kepada rakyat secara realiti dan dapat dirasai secara terus oleh setiap warga.

Secara umumnya tidak dinafikan, survival politik kepartian turut menjadi agenda untuk di tonjolkan tetapi pelaksanaannya mestilah berhemah dan bertanggungjawab bukan sekadar gimik atau gula-gula getah yang semakin lama dikunyah semakin tawar dan bersisa serta melecehkan.

Sebenarnya telah banyak tindakan yang positif dan beretika dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Cumanya ianya kurang diberikan liputan yang oleh media-media arus perdana dan sebahagian daripadanya tidak dihebohkan serta bersifat dalaman.Bersesuaian dengan polisi pentadbiran yang bersifat mesra rakyat dan berhemah dengan tidak menimbulkan sebarang keresahan atau mencetuskan sesuatu yang sensasi bagi memudahkan proses perubahan yang dirancang serta dilaksanakan tanpa banyak masalah remeh atau kerenah yang berpunca daripada sentimen yang tidak proaktif dan produktif.

Sebarang perubahan yang hendak dilakukan semestinya bertujuan untuk kebaikan negeri dan rakyat, oleh itu tidak wajar kiranya dibebankan dengan perkara- perkara yang bersifat kepentingan politik kepartian atau kelompok tertentu dan tertumpu pada skala jangka pendek.Perubahan harus tertumpu untuk penambah-baikan samada melalui proses pemulihan atau pembaharuan berlandaskan penilaian semula serta mengujud dan mempelbagaikan kaedah-kaedah yang lebih bersifat jangka panjang yang menyumbang manfaat secara terus kepada kesejahteraan negeri serta rakyat dipelbagai peringkat dan taraf hidup.

Dalam senario demokrasi yang diamalkan di Malaysia hari ini, tindakan – tindakan yang bersifat sensasi hampir tidak mungkin untuk dielakkan.Namun, apa yang menjadi fokus ialah memaksimakan kesan baik yang bakal diraih bukan `back fire` yang merimas dan menyesakkan nafas setiap warga yang bermastautin dibumi berrtuah ini.

Jika ukuran 100 hari masih ingin dijadikan kayu pengukur, kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah mengambil beberapa tindakan yang tidak kurang sensasi antaranya, memindahkan Zon Industri Petrolium Yan yang sebelumnya dicadangkan di kawasan yang mengorban sebahagian sawah padi ke pesisiran laut, terbukti membawa pulangan yang bukan sedikit berikutan peningkatan pelaburan sehingga lebih 50% dari pelaburan asal disamping kawasan sawah padi dapat diselamatkan disaat negara dilanda krisis makanan; penakrifan baru cukai tanah juga memberi kesan kesan secara langsung kepada kesejahteraan rakyat pelbagai peringkat; polisi memansuhkan kaedah runding-terus pengeluaran hasil balak kepada kaedah tender terbuka memperlihatkan pertanggungjawaban pentadbiran yang cekap dan bijak.

Terbaru YAB Ustaz Azizan mengumumkan langkah untuk membela hak rakyat Kedah yang cabuli dan menentang tindakan diskriminasi oleh kerajaan persekutuan yang enggan memberi pampasan kepada kerajaan negeri berikutan larangan pembalakan dikawasan tadahan hujan.

100 hari bukanlah ukuran yang menjadi keutamaan atau memberi kesan mengujakan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Kesejahteraan negeri dan rakyat yang hakiki adalah agenda yang diberi tumpuan.

Berakit – rakit kehulu, berenang – renang ketepian;
Bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian.

Saturday, June 14, 2008

Muktamar DPPNK Ke 42

Kota Sarang Semut: 14 Jun -DPPKM telah menghantar 8 orang perwakilan ke Muktamar Tahunan DPPN Kedah Kali Ke-42 yang diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah, Batu 9 di sini.
Muktamar yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar ini turut dihadiri lebih 3000 pemuda dari seluruh kawasan di negeri Kedah sempena Himpunan Mempertahan Kemenangan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Thursday, June 12, 2008

Pendekatan Kerajaan Negeri Kedah Tangani Krisis Minyak


ALOR STAR, 12 Mei - Kerajaan Negeri Kedah mendahului keprihatinannya kepada kakitangan awam negeri dan rakyat negeri ini dengan mengambil langkah segera dalam menangani kesan kenaikan harga minyak yang melanda sekarang ini.
Dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat mingguan exco semalam di Wisma Darul Aman, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menegaskan penguatkuasaan serta-merta kepada langkah yang diumumkan itu.
"Memandangkan kos pengangkutan yang sangat tinggi disebabkan kenaikan harga minyak, melibatkan kakitangan yang berulang dan kadang-kadang itu kedua-dua berkerja.
"Suami dok di Alor Star, isteri dok di Sungai Petani, nak berulang alik jauh. Jadi kita menawarkan kepada kakitangan negeri, mereka boleh memohon bertukar suka sama suka," ujar beliau.
Beliau memberikan contoh, kakitangan yang bekerja di Alor Star dan tinggal di Sungai Petani boleh bertukar dengan kakitangan yang bekerja di Sungai Petani tetapi tinggal di Alor Star.
"Ini supaya mereka dapat atasi kos pengangkutan sebaik mungkin," harapnya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan belanja berhemah dengan meminta pembekuan pada belanjawan yang telah diluluskan kecuali jika menyebabkan kesan negatif kepada rakyat.
"Misalnya menambah bangunan baru, pengubahsuaian bangunan, dibekukan. Jadi tidak ada perancangan baru, cuma meneruskan yang sedia ada. Hasilnya kita boleh selamatkan sebanyak RM 10 juta," maklum beliau.
Elaun-elaun Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan juga akan dipotong sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat, pun begitu menurut Ustaz Azizan potongan tersebut akan dimasukkan ke dalam Tabung Tengku Mahmud.
"Peratus potongan kita akan tentukan kemudian," jelas beliau.
Pada sidang tersebut, Ustaz Azizan turut mengumumkan bahawa bersempena 100 hari pemerintahan semua exco termasuk beliau akan mengisytiharkan harta masing-masing.
Menyentuh mengenai kelewatan pembayaran cukai tanah, Ustaz Azizan menjelaskan tiada denda yang akan dikenakan untuk tahun ini. - mks._

Saturday, June 7, 2008

Forum Rakyat

SUNGAI LALANG, 7 Jun – Kerajaan Negeri Kedah sedang menyemak kedudukan bangunan-bangunan dewan orang ramai yang digunamilik oleh sebuah parti politik dan akan mengembalikannya untuk kegunaan aktiviti orang ramai jika terbukti ia milik Kerajaan Negeri.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, YB Tuan Haji Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai menjawab pertanyaan hadirin pada majlis Forum Rakyat di Taman Bandar Baru, di sini semalam.

Menurutnya, semakan sedang dibuat dengan Pejabat-pejabat Daerah untuk mengenalpasti pemilik sebenar bangunan berkenaan.

“Jika tanah kerajaan, maka automatik ia menjadi milik kerajaan. Kita akan ambil balik agar rakyat boleh guna untuk bermesyuarat, untuk berkenduri dan boleh guna untuk apa sahaja yang dibenarkan,” maklumnya.

Sementara itu, menjawab soalan berhubung tindakan pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani yang mengenakan notis berhubung kesalahan letak kereta, beliau menjelaskan peraturan tersebut dibuat oleh kerajaan terdahulu.

Katanya, Kerajaan Negeri telah meneliti perkara tersebut dan telah menasihatkan para penguatkuasa agar menjalankan tugas mengikut undang-undang.

“Jangan bebankan rakyat, beri mereka peluang berunding, gunakan budi bicara, jangan gunakan kekerasan,” ujarnya memberikan peringatan disebalik penguatkuasaan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Koperasi, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri, YB Encik Arumugam Vengatarakoo yang turut hadir sebagai panel pada majlis tersebut ketika menjawab persoalan berhubung penggunaan kawasan berhampiran menara Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tujuan lembu meragut rumput menjelaskan bahawa perkara itu mestilah mendapat kebenaran pihak TNB.

Pun begitu, beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau menjelaskan, penggunaan kawasan berkenaan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan antaranya zon jarak aktiviti dan larangan mendirikan sebarang bentuk struktur binaan.

Friday, June 6, 2008

Demo Bantah Kenaikan Harga Minyak di Sg Petani

Sungai Petani, 6 Jun: Himpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah berjaya manarik lebih 1000 orang untuk berhimpun di sebelah Dataran MPSP di sini. Beberapa trak polis dari skuad LSF kelihatan tiba lebih awal di lokasi demo dan menghalang orang ramai memasuki dataran tersebut.
Perarakan peserta yang berhimpun di Masjid Muzaffar Syah sesudah solat jumaat berhenti di kawasan lapang bertentangan dengan menara jam untuk berkumpul di situ. Perhimpunan aman ini mendapat kerjasama baik dari peserta dan pasukan keselamatan yang mengawal lalu lintas. Ini adalah himpunan pertama yang diadakan dinegeri ini setelah kerajaan pimpinan Pak Lah menghukum rakyat dengan kenaikan 78.4 sen seliter. Kita harap selepas ini rakyat tidak bercakap saja tetapi turut serta dalam siri demonstrasi membantah kenaikan ini yang akan dianjurkan dari semasa ke semasa.
Esok 7 Jun, dijadualkan akan diadakan demonstrasi serupa di Plaza Tol Sungai Dua jam 3 petang. Ayoh tunjukkan kemarahan anda.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengetuai demo tersebut yang berlangsung hampir sejam dan berakhir setelah pihak polis mendesak untuk bersurai.

antara poster yang dipamerkan peserta demo.

Habis... jalan utama Sungai Petani terpaksa ditutup untuk lalulintas.


Siap sedia untuk bertempur..


Pembahagi jalan turut dipenuhi orang ramai bersama kain rentang menyatakan bantahan.

kebanyakan peserta demo melahirkan rasa tidak puas kerana terlalu singkat program berlangsung, maklumlah lama tak dak..

Harga minyak sepanjang zaman..

(dalam masa 18 tahun - sejak 1990)
Zaman Mahathir

sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)

Zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Nota : (Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand .
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.
5. Langkah ini adalah 'situasi menang-menang'

Thursday, June 5, 2008

Jejak sejahtera rakyat Darul Aman (Siri 1)

oleh : Ibnubakrin

'KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA' sudah menghampiri keseratus hari slogan ini menjadi moto baru pemerintahan di negeri tertua yang terletak di utara semenanjung Malaysia.
Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bagaimana rasa tergamam; teruja; tangisan; laungan; rintihan dan seumpamanya yang lahir daripada perasaan bercampur baur.
Apa tidaknya, sudah lebih 50 tahun Umno-BN menguasai kerajaan negeri yang melahirkan ramai tokoh dan pemimpin yang bukan saja masyhur di dalam negara malah hampir seantero dunia, tetapi akhirnya tumbang di tangan parti-parti Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS.
Terleburlah kurafat yang menyatakan hanya Umno-BN saja yang menjadi keyakinan rakyat dan mampu memerintah. Sejarah bertinta emas tercatat di dalam kamus pejuangan para pencinta kebenaran dan keadilan yang menggerakkan kuasa rakyat untuk membela hak yang telah lama dicabuli oleh rejim Umno-BN.
Pilihan raya ke-12 (PRU-12) menceritakan segala-galanya bagaimana rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama telah bersatu hati; bergandingan tangan; bersama-sama bekerja hanya untuk satu matlamat. Tiada lagi rasa perkauman yang membatasi.
Pertama kali dapat dilihat pemuda-pemuda India dan Tionghua memakai t-shirt dan mengibar bendera hijau putih yang berlambangkan bulan purnama. Bergotong?royong bersama kaum melayu membina pondok panas Pakatan Rakyat.
Juga dapat dilihat perayu?perayu undi yang terdiri daripada kaum India dan Cina sambil memegang payung hijau putih berlambangkan bulan ke hulu?hilir merayu undi.
Ternyata, masyarakat majmuk dan semangat perkauman yang selama ini menjadi momokan dan senjata ampuh Umno-BN untuk menipu rakyat serta mengaburi kepincangan mereka, telah memakan diri.
Manakan tidak sehingga Ketua Pemuda Umno Malaysia terpaksa memohon maaf yang tiada salahnya hanya kerana menjulang keris bogel di dalam majlis orang Melayu di mana keris merupakan lambang bangsa Melayu. Hanya pengertian yang perlu dijelaskan bukannya persepsi yang dilayan. Bagaikan baru terjaga dari tidur selepas terjatuh dari katil yang empuk lalu melatah membogelkan diri.
Rakyat sudah tidak mudah untuk dibodohkan apatah lagi ditakut-takutkan. Kejahilan dan kezaliman tidak selama-lamanya dapat dipertahankan, kebenaran dan keadilan pasti menjelma menumpaskan kebatilan.
Tsunami politik yang tercipta hasil dari ledakan PRU-12, telah merubah lanskap politik negara dan melangkah ke era baru yang lebih mencabar serta menagih kedewasaan untuk melayari 'Bahtera Merdeka' yang hampir karam dinakhodai oleh Umno-BN.
Kerajaan pakatan rakyat di negeri Kedah merupakan yang paling awal membentuk kerajaan selepas PRU-12 yang lalu. Proses pembentukan yang lancar didukungi oleh hubungan baik di antara pihak Istana Kedah dengan pimpinan PAS Kedah yang telah terbina sekian lama semenjak Almarhum Al Fadhil Ustaz Dato' Fadhil Mohd. Nor menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Ketua Pembangkang di DUN Kedah.

Sejarah juga tercatat apabila Almarhum menjadi Ketua Pembangkang yang pertama di Malaysia yang menerima anugerah darjah kebesaran Ke bawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'.Tidak cukup dengan itu, Kebawah Duli Tuanku turut mencemar duli menziarahi jenazah Almarhum selepas beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Al-Fatihah.
Sementara itu, hubungan akrab yang telah sedia terjalin diteruskan oleh Ustaz Azizan Abdul Razak setelah menerima amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang dititipkan oleh Almarhum. Menyakini akan kemampuan yang dimiliki oleh Ustaz Azizan, almarhum juga turut menyerah tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang di DUN Kedah ketika majoriti 2/3 kerajaan pimpinan Umno-BN dinafikan dalam PRU-10.
PRU-11 merupakan ujian pertama yang dihadapi oleh Ustaz Azizan, beliau memimpin PAS Kedah mengharungi satu pilihan raya yang diakui oleh ramai pihak sebagai pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah demokrasi di Malaysia. Kemenangan besar Umno-BN telah benar-benar mencabar kepimpinan Ustaz Azizan, banyak pihak menudingkan kesalahan kepada kepimpinan beliau.
Namun beliau kekal tabah dan terus memimpin PAS Kedah dalam penuh kepayahan akibat kelesuan dek kekalahan yang mengejutkan tatkala gerak kerja parti mensasar untuk menawan Kedah dengan tema semangat 'PAS Tawan Kedah'.
Suara-suara sumbang semakin jelas kedengaran meminta beliau mengundurkan diri sehingga mencetus beberapa insiden yang kurang menyenangkan namun semuanya dapat di atasi dengan penuh kesabaran.
Ketegasan beliau dalam memimpin turut dimanipulasi oleh segelintir pihak yang ingin menangguk di 'air yang keruh'. Pihak ini jugak yang paling awal mendekati dan merengek apabila beliau bergelar Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Kononnya menawarkan bantuan untuk mengukuhkan kerajaan dan parti. Maka belambaklah 'proposal' dan 'resume' yang diajukan namun senyuman dan kemesraan jua yang beliau hidangkan walaupun sudah beberapa kali beliau ditikam dari belakang oleh golongan oputunis ini. Pepatah Melayu menyatakan 'Hanya jauhari yang mengenal manikam'.
Di sebalik sikap beliau yang tegas dan garang, terselit sifat tawaduk dan terbuka. Sedia menerima saranan dan pandangan dari sesiapa saja asalkan berfakta. Namun sifat beliau yang suka berhujah bertujuan untuk menerbitkan fakta apabila ada pandangan atau saranan, sering disalah mengertikan. Penguasaan berbagai cabang ilmu ditambah pengalaman diperingkat nasional dan antarabangsa, telah memberi kelebihan kepada ketrampilan kepimpinan beliau sama ada sebagai Pesuruhjaya PAS maupun Ketua Pembangkang di DUN Kedah.
Dengan kehendak Allah S.W.T dan 'kuasa rakyat', PRU12 telah membuktikan segalanya.
'Tahaluf Siasi' yang dibentuk dengan Parti Keadilan Rakyat telah dipelopori dengan jayanya tanpa ketegangan yang memuncak. Strategi 'low profile' yang dirancang benar-benar membuahkan hasil setelah belajar dari kekalahan pada PRU11.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai kurang menyerlah berbanding tiga lagi negeri-negeri yang turut dikuasai oleh Pakatan Rakyat.Tiada kejutan atau propaganda yang dicetuskan; tiada erti pembalasan atau 'dendam kesumat' yang dilancarkan. Hanya pada awalnya, beberapa insiden kecil dicetuskan untuk mensabotaj kerajaan baru namun ianya dapat ditangani dengan penuh kebijaksanaan.
Tiada serangan-serangan yang boleh dikategorikan heavyweight dihalakan oleh Umno /BN terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Di Selangor, Pulau Pinang dan Perak berbagai serangan yang berpelurukan perkauman dan kedaulatan raja-raja dihalakan bertubi-tubi kepada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat. Pelik! Tapi itulah hakikatnya. Namun semua ini tidak melekakan kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Pelbagai pendekatan awal yang mengambarkan sikap dan akhlak memimpin bercorak mesra rakyat dan berhemah ditonjolkan. Tiada apa-apa yang drastik atau tindakan bersifat politik kepartian dilaksanakan. Tujuan hanya satu, sebagai 'duta menyelamat' hak rakyat dan menyemai suasana berkasih sayang.
Hari-hari awal menerima kemenangan landaan tsunami itu, Ustaz Azizan membayangkan kaedah asas yang akan beliau gunakan untuk memimpin kerajaan baru dengan berpandukan sirah 'Fathul Makkah' oleh Rasulullah S.A.W.
Beliau berhasrat untuk menggunakan kuasa yang diamanahkan Allah SWT ini untuk meneruskan usaha dakwah mengajak sama ada masyarakat Islam mahu pun bukan Islam khususnya di Kedah memahami akan rahmat serta keindahan Islam dan bersama-sama menikmati kesejahteraan yang dijanjikan.
Beliau turut mendambakan agar ahli atau penyokong tegar Umno/BN akan beralih arah menyokong kerajaan baru yang dipimpin oleh PAS dalam PRU-13 yang akan datang dan seterusnya.
Krisis makanan yang melanda negara sebaik saja selesai PRU-12, benar-benar memberi kelebihan kepada kerajaan pakatan rakyat di negeri Kedah. Antara isu utama yang diperjuangkan oleh PAS Kedah samada sebelum atau semasa PRU-12, ialah Zon Industri Petroleum Yan ( ZIPY ) yang akan mengorbankan sebahagian besar kawasan sawah padi yang paling subur di Negeri Jelapang Padi, penyumbang utama bekalan beras negara.
'Food security' negara perlu dipertahan malah diperkukuhkan, bukan dirobek atas nama pembangunan sehingga meletak masa depan negara dan rakyat keseluruhan dihimpit oleh bahaya kebuluran.
Tindakan segera telah diambil dengan cadangan memindahkan projek tersebut ke lokasi yang lain sebaik sahaja kerajaan baru dibentuk.Walaupun pada awalnya kerajaan mencadangkan dipindahkan ke kawasan perindutrian berat di Gurun namun setelah rundingan diadakan bersama pelabur?pelabur, ZIPY dipindahkan ke pesisiran laut Yan. Natijahnya, jumlah pelaburan pada mulanya berada sekitar RM50 bilion telah meningkat kepada lebih RM80 bilion.
`Tuah ayam nampak dikaki tuah rakyat Kedah siapa yang tahu`.
Sektor sukan dan pelancongan juga dilihat sebagai sektor penting yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Kedah. Langkawi GeoPark yang telah dikenali sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia yang turut menjadi tumpuan penganjuran acara-acara sukan yang berprestij tinggi memainkan peranan utama sebagai pemangkin.
Pelancong Timur Tengah umumnya telah mendominasi jumlah pelancong yang menjadikan Langkawi sebagai pilihan percutian yang popular. Seterusnya membuka peluang pekerjaan dan perniagaan baru khususnya kepada lepasan-lepasan pusat pengajian Islam yang semamang bersepah di negeri Kedah. Kolej Universiti Insaniah milik Kerajaan Negeri juga telah merancang untuk mengujudkan Fakulti Pelancongan di kampus barunya nanti.
Namun tumpuan tidak hanya berpusat di Langkawi sahaja, pusat-pusat atau produk-produk pelancongan yang lama dan baru di tanah besar semestinya turut dimajukan kerana terdapat banyak lokasi yang amat berpotensi besar terutamanya Gunung Jerai. Kedudukan negeri yang bersempadan dengan Thailand wajar dimanfaat semaksima mungkin sebagai pintu masuk utama pelancong-pelancong asing.

Ironinya sikap yang diperlihatkan oleh dua orang menteri dan kerajaan Umno-BN yang mengambil langkah ke belakang dengan beberapa tindakan?tindakan berciri diskriminasi terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat. Tindakan politik sempit yang tidak bertamadun inilah yang akan menjadi 'barah' negara yang akan merugikan rakyat keseluruhannya. Sebijaknya, selepas negara dilanda 'tsunami' politik dalam PRU yang lepas mampu menyentak lamunan panjang pemuka Umno-BN, hakikatnya tidak. Mereka masih terus dibuai kemasyhuran dan mabuk kekuasaan. Mereka hanya akan tersedar apabila mereka sudah tidak miliki apa-apa lagi.

Wednesday, June 4, 2008

Himpunan Memelihara Kemenangan

Jangan lupa luangkan masa anda untuk bersama pemuda PAS Kedah dalam
Himpunan Memelihara Kemenangan
Tarikh : 13 Jun 2008 (Jumaat)
Jam : 7.00 Petang
Tempat : Kompleks PAS Kedah, Bt 9
Perasmian Oleh:
YAB Ustaz Azizan Razak
Pesuruhjaya PAS Kedah / Menteri Besar Kedah

Tuesday, June 3, 2008

Ulamak Dunia vs Ulamak Akhirat

Bahagian Keempat

Oleh : Ibnu Ibrahim

Dalam memperkatakan hadis Rasulullah s.a.w. tentang kemungkaran yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tadi, YB Datuk Seri Hj. Abdul Hadi B. Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) pernah menerangkan di dalam sebuah ceramahnya bahawa untuk mengubah kemungkaran dengan tangan ialah kerja pemerintah sebab mereka memilikki kuasa manakala mengubahnya dengan lisan ialah kerja ulamak kerana mereka mempunyai ilmu. Mengubah dengan hati ialah kerja rakyat kerana mereka tidak mempunyai kuasa. Jikalau pemerintah dan ulama sama-sama lesu dan rakyat pula kebanyakkan tidak berilmu atau lemah iman masing-masing, kemungkaran-kemungkaran yang berlaku akan terus berleluasa. Ini akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. yang akan menurunkan bala sebagai pengajaran. Lihatlah apa yang berlaku di Aceh yang dilanda ombak besar Tsunami. Rakyat yang beriman dan beramal soleh juga turut terkorban. Walaupun mereka-mereka yang beriman ini akan dibangkitkan pada hari kiamat mengikut iqtiqad masing-masing, beban tetap terletak di atas bahu tiap-tiap orang yang mengaku diri mereka Islam dan mengucap dua kalimah syahadat; kerana lemahnya iman dan kurangnya ketakwaan mereka kapada Allah, kemungkaran-kemungkaran yang berlaku tidak ditegur dan kesesatan tidak dibimbing.
Kita kerap kali mendengar perkataan “mungkar” dari syarahan-syarahan ugama, khutbah-khutbah Jumaat dan buku-buku ugama. Sayang sekali kerana terlalu sedikit tafsiran yang terang dibuat tentang perkataan ini.
Perkataan “mungkar” berasal dari Bahasa Arab dengan maksudnya yang sama diterima pakai di dalam Bahasa Malaysia. Mengikut Kamus Besar Bahasa Melayu terbitan Utusan yang disusun olih Tuan Hj. Zainal Abidin Safarwan (keluaran tahun 1995) “mungkar” bermaksud ‘perbuatan derhaka kepada Tuhan, dosa, ingkar, pelanggaran perintah Tuhan manakala “kemungkaran” pula bermaksud (i) penderhakaan dan (ii) keingkaran. (Sila rujuk muka surat 1187 dan 1188 kamus tersebut).
Di dalam pandangan para ulamak yang memperjuangkan Islam di negara kita, terdapat beberapa perkara yang bolih diklasifikasikan sebagai kemungkaran. Antaranya ialah berikut:-

1) Berleluasanya dagangan dan pengambilan/peminuman arak.
2) Berleluasanya aktiviti-aktiviti dan premis-premis judi sama ada berlesen atau pun tidak.
3) Rakyat malas atau menjauhkan diri dari ibadat-ibadat khusus.
4) Rakyat melantik orang-orang yang tidak beriman atau derhaka kapada Allah, Rasul dan

Hari Akhirat sebagai pemimpin mereka.
5) Sistem riba didalam ekonomi yang masih belum digantikan dengan sistem ekonomi Islam

sepenuhnya.
6) Korporat-korporat besar menindas usahawan-usahawan kecil sehingga mereka terpaksa

gulung tikar.
7) Berleluasanya perzinaan dan perkara-perkara yang menghampiri zina saperti pendedahan

aurat lelaki dan perempuan, tayangan dan pengedaran filem-filem lucah, pengiklanan

ubat-ubatan untuk mengubahsuai alat-alat sulit lelaki dan perempuan, ubat-ubatan untuk

kepentingan aurat saperti pewarna rambut dan kulit dan tarian-tarian yang

mengghairahkan saperti terdapat dalam filem-filem Bollywood.
8) Pembangunan sosial yang mengakibatkan kerosakkan nilai-nilai murni saperti anak-anak

tidak menghormati ibu-bapa, isteri tidak menghormati suami dan atau sebaliknya,

penghormatan terhadap jiran tetangga diabaikan, pelajar-pelajar tidak menghormati guru,

berleluasanya jenayah, orang-orang Islam menjadi murtad dan sebagainya.
9) Kerajaan mengutip cukai yang berlebih-lebihan dan membebankan rakyat.
10) Para-para menteri dan wakil-wakil rakyat menipu rakyat dan kerajaan.
11) Kanun-kanun negara yang menyusahkan rakyat.
12) Rasuah yang menjadi-jadi
13) Majikan yang mengaut keuntungan dengan menghisap darah pekerja
14) Pekerja-pekerja yang menipu majikan saperti mencuri tulang, pecah amanah dan

sebagainya.
15) Ahli-ahli perniagaan yang menaikkan harga komoditi- komoditi harian tanpa sebab.
16) Ahli-ahli perniagaan yang menipu dalam timbangan dan jual-beli.

Selain dari perkara-perkara yang dinyatakan di atas, pembaca-pembaca yang budiman bolehlah berfikir perkara-perkara yang lain yang boleh ditakrifkan sebagai kemungkaran.


(Bersambung)

Monday, June 2, 2008

Persidangan Setiausaha Dewan Pemuda PAS 2008

Persidangan Setiausaha-setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan-kawasan Seluruh Malaysia telah diadakan selama 3 hari bermula 30 Mei, hingga 1 Jun 2008 di Langkawi Boutique Resort, Pantai Cenang Langkawi. Hampir 150 peserta terdiri dari setiausaha dan penolong setiausaha negeri-gegeri dan kawasan seluruh negara hadir menyertai program yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pusat ini. Persidangan yang dibiayai hampir sepenuhnya DPPP ini diadakan bagi memantapkan sistem penyampaian pemuda disamping meraikan para setiausaha yang sentiasa memberi komitmen tinggi ke arah melancarkan perjalanan dewan-dewan dan gerakerja Pemuda PAS khususnya.
Dalam program itu beberapa pembaharuan mengenai sistem Data UKJ yang digunakan diperkenalkan selain pelancaran dan demonstrasi SKOPN dan Pelancaran Modul Kursus Induksi DPPK.
Persidangan ini adalah lanjutan daripada projek Komuniti UKJ (Unit Kerja Jamaah) yang diberi nafas baru sejak tahun 2004 lagi.

Persidangan 3 hari ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Ahmad Sabki Yusof.

Selain pelancaran dan pengenalan kepada sistem penyampaian maklumat, peserta berpeluang berdialog dan menyertai sesi pembentangan gerakerja dari negeri-negeri. Banyak input baru yang diperolehi selain beberapa masalah yang dihadapi dapan diselesaikan.

Persidangan kali ini menekankan aspek praktikal kepada sistem di mana semua peserta dapat berinteraksi dengan sistem data UKJ dengan adanya kemudahan wifi yang disediakan penganjur.

Selain dapat menambah pengetahuan dan skill, setiausaha-setiausaha dapat bertemu dan bertukar pengalaman dengan rakan sejawat dari seluruh negara.

Kesempatan berasa di Langkawi yang memang terkenal sebagai pulau bebas cukai turut direbut oleh peserta untuk membeli belah dan melawat beberapa tempat menarik seperti Langkawi Cable Car dan Under Water World yang berada tidak jauh dari lokasi persidangan.
Semoga segala usaha yang dicurahkan akan memberi kekuatan kepada jamaah dan mendapat keredhaan Allah SWT

Sunday, June 1, 2008

GELORA SIASAH MALAYSIA

Seluruh dunia menyaksikan Malaysia yang pernah dianggap antara negara contoh majoriti Muslim kini berada dalam gelora siasahnya. Ini berikutan suasana permusuhan antara mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah 22 tahun menjadi penguasa dan memerintah dengan penggantinya yang baru lebih empat tahun berkuasa, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jika disusur, ia bermula tiga tahun lalu selepas Datuk Seri Abdullah menggugurkan pelbagai projek besar pendahulunya untuk memberikan penekanan kepada pembangunan kawasan luar bandar.
Menurut para pengamat, kelembapan pada pemerintahan Datuk Seri Abdullah dan kritikan pedas daripada Dr Mahathir telah menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) yang memerintah dan parti Umno selaku tunjangnya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Buat pertama kali dalam sejarah perikatan, BN hanya memerintah dengan majoriti mudah. Sebaliknya, pembangkang Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri yang disingkirkan oleh Dr Mahathir, kian teguh kedudukannya.

Strategi Dr Mahathir untuk keluar daripada Umno dan menggesa para anggota parlimen Umno berbuat serupa mengeruhkan lagi keadaan. Langkah ini sekali gus memang boleh menjejas kewibawaan Datuk Seri Abdullah untuk memerintah.
Isyarat berkecamuk Umno tentu menjejas perpaduan antara parti-parti komponen berbilang kaum dalam BN walaupun setakat ini, ikrar setia diberikan oleh majoriti pemimpin dan ahli Umno kepada Datuk Abdullah. Dikhuatiri jika kekeruhan ini tidak dibendung, sukar bagi Umno mengadakan perhimpunan agung yang mulus bagi pemilihan pucuk pimpinannya pada hujung tahun ini.

Kini timbul gesaan agar Yang di-Pertuan Agong campur tangan dalam mewujudkan semacam gencatan antara Dr Mahathir dan Datuk Abdullah. Hakikatnya, Datuk Abdullah lebih banyak berdiam dan menyerahkan bidasan oleh para menterinya, termasuk timbalannya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Rentetan peristiwa termasuk siasatan ke atas video peguam terkenal, V.K. Lingam, kian menuding ke arah Dr Mahathir. Bahkan, dikatakan banyak kesilapan di sebalik kemajuan era Dr Mahathir yang boleh disiasat dan ini boleh dijadikan alat untuk meminggirkannya. Potensi Malaysia pasti terjejas oleh ketidaktentuan suasana siasah. Ia akan mencemaskan para pelabur dan mengelirukan rakyat. Oleh itu, Datuk Abdullah dan pasukannya perlu bijaksana dalam membetulkan keadaan dengan segera.

Sumbangan : AF