Friday, June 6, 2008

Demo Bantah Kenaikan Harga Minyak di Sg Petani

Sungai Petani, 6 Jun: Himpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah berjaya manarik lebih 1000 orang untuk berhimpun di sebelah Dataran MPSP di sini. Beberapa trak polis dari skuad LSF kelihatan tiba lebih awal di lokasi demo dan menghalang orang ramai memasuki dataran tersebut.
Perarakan peserta yang berhimpun di Masjid Muzaffar Syah sesudah solat jumaat berhenti di kawasan lapang bertentangan dengan menara jam untuk berkumpul di situ. Perhimpunan aman ini mendapat kerjasama baik dari peserta dan pasukan keselamatan yang mengawal lalu lintas. Ini adalah himpunan pertama yang diadakan dinegeri ini setelah kerajaan pimpinan Pak Lah menghukum rakyat dengan kenaikan 78.4 sen seliter. Kita harap selepas ini rakyat tidak bercakap saja tetapi turut serta dalam siri demonstrasi membantah kenaikan ini yang akan dianjurkan dari semasa ke semasa.
Esok 7 Jun, dijadualkan akan diadakan demonstrasi serupa di Plaza Tol Sungai Dua jam 3 petang. Ayoh tunjukkan kemarahan anda.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengetuai demo tersebut yang berlangsung hampir sejam dan berakhir setelah pihak polis mendesak untuk bersurai.

antara poster yang dipamerkan peserta demo.

Habis... jalan utama Sungai Petani terpaksa ditutup untuk lalulintas.


Siap sedia untuk bertempur..


Pembahagi jalan turut dipenuhi orang ramai bersama kain rentang menyatakan bantahan.

kebanyakan peserta demo melahirkan rasa tidak puas kerana terlalu singkat program berlangsung, maklumlah lama tak dak..

4 comments:

dogoi said...

Demontrasi jalanan bukanlan budaya negara kita...tambahan lagi budaya bangsa melayu.....jika ini lah yang dibawa oleh kepimpinan maka tak mustahil selepas ini semua masalah tak boleh dibincangkan...rakyat akan buat demontrasi....inikah yang kita mahukan....kalau lagu ni tak payahla kita lantik pemimpin....tak payah la kita sibuk undi wakil kita jadi YB...kita sendiri boleh protes...buat demontrasi saja...belum ada sejarah tercatat dengan demontrasi masalah dapat di selesai....kalau dah tahu tak kan selesai masalah dengan demontrasi buat apa lagi kita sibuk buat geja bodo macam ni......fikirlah dengan hati bukan dengan emosi....

paklang lah said...

hang ni dogoi, setahu aku dogoi kepala tak dak rambut, kalau komen hang macam ni kepala hang tak dak otak ni.
Memang bukan budaya bila lawan pemerintah, macam Dato' Onn buat dulu, macam juga geng2 umno marah dan berdemo kerana pemerintah baru pulau pinang tak mau ikut DEB lepas PRU hari tu.
Kalau ia jadi budaya tentu himpunan BERSIH hari tu Rais Yatim rasmi sebab dia menteri Kebudayaan.
Kalau dah penaik harga minyak tanpa dibahas di dewan rakyat, Pak Lah yang memperkecilkan peranan ahli parlimen yang mewakili rakyat.
Nak buat protes sendiri tanpa pemimpin, cuba la hang buat tengok sapa nak ikut hang..
memang dengan demo tak selesai masalah namun sedikit sebanyak ia akan beri kesan kepada pembuat keputusan yg ada orang marah dengan keputusannya.
akhir sekali demo hanya untuk orang orang yang berani menyuarakan ketidakpuasan hati, kalau dah takut dok diam-diam jangan peduli apa orang buat.
Kalau lebih dari seribu orang iaitu lebih dari kehadiran tadi kata demo tu kerja bodo, boleh dengarla, ini setakat sorang dengan identiti rekaan tak berdaftar ni, memang dia sendiri yang bodoh

mat Bedong said...

Loo kebodohan dogaoi dibawak sampai kesini..he he he

ludah jilat semula la tu...

yg dok buat demontrasi kat gani dan perlis dan penang dan selangoq tu sapa MCA & MIC kaa...

dogoi dogoi, akai mcm nie ka yg UMNO hantaq mai komen kat sini buat malu UMNO jaaa

pearl said...

dogoi...dogoi...memang dasar dogoi pun...sapa yang mula2 mengasaskan demo ni...geng hampa la..hahaha