Sunday, October 12, 2008

Jamuan Eidul Fitri PAS Merbok

Oleh Izwan Abdul Halim
izwan@harakah.net.my

BUKIT SELAMBAU: Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Merbok bukan sahaja dihadiri oleh para penyokong Pakatan Rakyat dan masyarakat setempat, malah kakitangan awam, anggota keselamatan dan ahli-ahli Umno turut sama memeriahkan majlis tersebut.

Majlis yang julung kali diadakan secara terbuka itu tapak pasar minggu Pekan Bukit Selambau itu telah dihadiri lebih 2,000 hadirin.

Pelbagai juadah disediakan antaranya nasi dagang, nasi tomato, ketupat, laksa, sate, mee kari, bihun sup, cucur udang dan rendang.

Hujan lebat yang turun ketika majlis sedang berlangsung menambahkan selera pengunjung hingga semua juadah habis ke semuanya bahkan ada juga dibungkus untuk keluarga di rumah.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok, Ustaz Mohd Zahir Ghazali melahirkan rasa gembiranya dengan ‘percubaan’ penganjuran di tempat terbuka seperti itu.

Jelasnya, beliau mendapat makluman dari aktivis-aktivis PAS di situ bahawa ahli-ahli Umno turut serta dan gembira dengan majlis tersebut. Katanya, silaturrahim seperti itulah yang memberi pengertian kepada sambutan Aidil Fitri.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri, YB Senator Mohd Zamri Yusuf, Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri, Tuan Saiful Izham Ramli dan AJK Pemuda PAS Negeri, Azman Ahmad.

Laksa Pantai Cicar antara yang mendapat perhatian pengunjung

Kakitangan awam antara yang hadir memeriahkan majlis

Mee kari ‘secret recipe’ PAS Cawangan Taman Ria Jaya


Golongan remaja bergotong-royong kipas/bakar sate masing-masing

No comments: