Saturday, October 18, 2008

UMNO Salah Guna Sekolah

Merbok, 18 Oktober - UMNO masih lagi menyalahgunakan premis kerajaan apabila Umno Bahagian Merbok telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar di sini. Dalam usaha menyekat pengaruh parti pembangkang, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan amaran keras melarang guru-guru dan kakitangan daripada terlibat dengan aktiviti politik.
Malangnya apa yang berlaku harta awam seperti sekolah yang menjadi tanggungjawab kementerian tersebut dibenarkan sewenang-wenangnya digunakan oleh Umno untuk aktiviti parti. Menurut maklumat yang diperolehi guru-guru juga diarah untuk membantu membuat persiapan bagi menyediakan tempat mesyuarat tersebut.
Inilah yang dikatakan muka tak malu, kerajaan negeri dihalang masuk hinggakan gambar Menteri Besar dilarang sama sekali digantung di premis mereka, tetapi bila Umno nak buat mesyuarat dibenarkan pula.


Gambar yang dirakamkan oleh skuad peninjau Pemuda PAS Merbok jelas membuktikan Umno Merbok masih 'sengkek' kerana terpaksa menggunakan harta kerajaan disebabkan ketiadaan dewan mereka sendiri.

Deretan kereta perwakilan parti reput itu yang memenuhi laluan masuk ke Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar.

3 comments:

Anonymous said...

Salam DPP Merbok,
Tahniah dengan tindakan segera memaparkan tindakan salah guna UMNO

Anonymous said...

Bahlul sungguh UMNO ni,saya rasa guru besar mesti bertanggugjawab dalam hal ini kerana sanggup premis dibawah jagaannya dilacur (bahasa agak kasar tapi rasanya memang sesuai) olih UMNO.(

Keladi Hutan said...

Umno perangai cukup huduh.Walaupun mereka dah kalah, mereka masih kontrol sekolah-sekolah agar tidak menjemput Adun Pakatan Rakyat merasmikan program sekolah.Sekarang ini Ketua Cawangan Umno pula dijemput ke sekolah walaupun mereka dah tak ada jawatan!