Thursday, January 8, 2009

HENTIKAN TABIAT MEROKOK

SUNGAI PETANI: Para perokok khususnya dari kalangan umat Islam diseru menjadikan kekejaman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin pada ketika ini sebagai keazaman untuk berhenti merokok memandangkan rokok juga kebanyakannya adalah produk dan penyumbang kepada Israel.

Bahkan rokok juga terbukti merosakkan kesihatan manusia sedangkan Nabi Muhammad SAW mahukan umatnya bukan sahaja kuat pada rohani tetapi juga jasmani.

Nasihat itu dituturkan Pengerusi Tarbiyyah Dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM), Ustaz Kyairul Asyraf Hussin pada satu program pemuda di sini semalam.

Katanya, umat Islam jangan hanya melaungkan bantahan kepada Israel tetapi pada masa yang sama masih merokok.

“Mulut kita kata bangsat Israel! Bangsat Israel! Tetapi dalam masa yang sama mulut itu juga kita merokok. Bukan Coca-cola, Colgate, McDonald’s dan lain-lain itu saja kita kenal sebagai produk Yahudi, rokok pun kita kena masukkan sebagai produk Yahudi,” tegas beliau.

Katanya, keupayaan umat Islam di negara ini untuk membantu saudara di Palestin hanyalah dengan doa. Pun begitu ujarnya, doa akan tertolak dari tubuh yang masuk padanya perkara haram.

“Macam mana doa kita hendak diterima kalau masih ada yang haram dalam tubuh kita?” ujar beliau mempersoalkan dengan sebuah hadis dijadikan hujahnya.

Sementara itu, Ketua DPPKM, Ustaz Mohd Zahir Ghazali berkata, DPPKM menyahut unjuran Lajnah Dakwah Dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS Pusat untuk melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel besar-besaran. Oleh itu maklumnya, DPPKM sedang menyiapkan risalah khas yang menyenaraikan produk dan penyumbang kepada Israel untuk diboikot seluruh masyarakat dan risalah itu akan diedarkan dari tangan ke tangan.

Thursday, January 1, 2009

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (KEDAH) 1988

Seksyen 5 :
Kesalahan melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang dan malam. Bukan suami isteri dan bukan mahram.
Contoh :
• Berdua-duaan dan ada sentuhan di taman bunga/pantai.
• Duduk bersentuhan di bangku.
• Berpegangan tangan sambil berpelukan ketika berjalan.
Hukuman:
Denda RM1,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 9 :
Bersekediaman, bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama dengan wanita bukan isteri atau mahram.
Bilangan tidak disyaratkan, mungkin seorang sama seorang atau secara ramai.
Contoh:
• Bersama-sama di hotel, rumah, mana-mana bilik.
• Berduaan di dalam kereta ditempat sunyi waktu malam atau siang.
• Taman rekreasi yang tersorok atau jauh dari pandangan ramai.
Hukuman:
Denda RM2,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 7 (Pondan):
Lelaki berpakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Hukuman :
Denda RM1,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25 (1) :
Minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan.
Hukuman :
Denda RM5,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25 (2) :
Membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan.
Hukuman :
Denda RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.