Thursday, January 1, 2009

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (KEDAH) 1988

Seksyen 5 :
Kesalahan melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang dan malam. Bukan suami isteri dan bukan mahram.
Contoh :
• Berdua-duaan dan ada sentuhan di taman bunga/pantai.
• Duduk bersentuhan di bangku.
• Berpegangan tangan sambil berpelukan ketika berjalan.
Hukuman:
Denda RM1,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 9 :
Bersekediaman, bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama dengan wanita bukan isteri atau mahram.
Bilangan tidak disyaratkan, mungkin seorang sama seorang atau secara ramai.
Contoh:
• Bersama-sama di hotel, rumah, mana-mana bilik.
• Berduaan di dalam kereta ditempat sunyi waktu malam atau siang.
• Taman rekreasi yang tersorok atau jauh dari pandangan ramai.
Hukuman:
Denda RM2,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 7 (Pondan):
Lelaki berpakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Hukuman :
Denda RM1,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25 (1) :
Minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan.
Hukuman :
Denda RM5,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25 (2) :
Membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan.
Hukuman :
Denda RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

No comments: