Saturday, February 21, 2009

Pengerusi SPRM Tolong Diam

Kemelut dan kecelaruan yang sedang disaksikan dalam politik tanahair ketika ini mengundang rasa resah dari pelbagai pihak. Berbagai tafsiran, ulasan, telahan dan rumusan diberikan oleh banyak pihak dari pakar dan penganalisi politik sepenuh masa hinggalah ke pengulas politik dari meja-meja kedai kopi di seluruh pelusuk negara.
Banyak kebimbangan diluahkan hasil daripada apa yang berlaku dari peristiwa rampasan kuasa yang tidak bertamadun di Perak hinggalah perang tiga 'bukit' yang akan meletus tidak lama lagi.
Dalam kerancakan rakyat berbicara mengenai keburukan pemerintah yang penuh dengan dosa-dosa rasuahJustify Full dan penipuan sehingga berjaya menumbangkan empat kerajaan negeri walau pun telah dirampas satu, kerajaan telah berusaha mengambil hati menubuhkan satu suruhanjaya yang pada asalnya adalah bagi memerangi gejala rasuah.
Namun apa yang diperlihatkan ketika ini adalah suruhanjaya ini tidak lari jauh seperti suruhanjaya pilihanraya yang sepatutnya berfungsi menegakkan demokrasi sebaliknya menjadi dalang memenangkan parti pemerintah yang membayar gaji mereka.
Suruhanjaya yang ditubuh bagi mencegah amalan rasuah seharusnya melakukan kerja sebagai sebuah badan yang bermaruah. Tiada pilih kasih dan jangan sekali-kali dilihat menyalahgunakan kuasa yang ada menekan musuh pemerintah dan dalam masa yang sama melayan semesranya puak-puak yang memberi mereka jawatan hebat itu.
Apa yang rakyat sedang perhatikan kini seolah-olah laporan rasuah terhadap pemimpin kerajaan seperti pesakit luar dan laporan ke atas musuh-musuh politik mereka seperti pesakit tenat yang perlu pemeriksaan segera doktor pakar. Apa tidaknya laporan rasuah ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan, berbagai alasan diberikan seperti sengaja melengahkan siasatan kes-kes tersebut.
Berkotak-kotak laporan dan bukti yang diserahkan melibatkan pembesar-pembesar tidak dapat diselesaikan atau sengaja tidak mahu diselesaikan atau takut hendak diselesaikan atau diperintah untuk tidak diselesaikan, kecuali beberapa kes tertentu yang mungkin mereka rasa kesannya kurang besar. Tetapi apabila ada saja dakwaan salah guna kuasa ke atas pemimpin parti pembangkang, baru saja letak telefon pegawai penyiasat sudah bergegas untuk menyiasat.
Beberapa hari lalu Pengerusi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia seperti yang disiarkan dalam berita sebuah televisyen dengan muka bangganya mengulas beberapa kes yang belum pun diperingkat pendakwaan tetapi dihebahkan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh.
Perlukah seorang pengerusi sebuah suruhanjaya yang dilebel bebas menghukum kesalahan musuh majikan mereka walaupun belum dibawa kepengadilan kes tersebut.
Tolonglah. Jangan bercakap terlalu banyak kerana banyak kesalahan akan terbit dari mulut tuan pengerusi. Kalau teringin sangat nak mengulas panjang dalam tv, sila ulas semua kes terutama yang berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin atasan. Jangan pilih-pilih, kalau tak sila tutup mulut anda.

Wednesday, February 18, 2009

Akademi Perwarisan PAS Merbok

Sesi pembentangan kumpulan muslimin
Sesi pembentangan kumpulan muslimat
Hadiah untuk kumpulan terbaik
Motivasi oleh Cikgu Sukarno
Ketua DPPKM bersama para fasilitator
Makan time
Ketua DPPKM bersama fasilitator
khusyu'nya mendengar taklimat
Ketua DPPKM interview peserta
Mujahidah harapan
Mujahid bakal pimpinan PAS Merbok
Pada 13/02/09 dan 14/02/09 Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM) telah mengadakan program Akademi Pewarisan PAS Merbok yang bertempat di Chalet Merbok. Program ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Merbok Tuan Hj Mat Akhir Talib. Seramai lebih 300 orang peserta yang berumur antara 13 hingga 17 tahun menyertainya. Mereka terdiri dari anak-anak yang mana ibubapanya adalah pendokong PAS. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi taa'ruf, kuliah agama, Qiamulllai, LDK, ceramah motivasi yang disampaikan oleh Pak Teh Aris Awang dan Cikgu Sukarno Abd Hamid dan lain-lain lagi. Program ini akan diteruskan lagi untuk kali kedua pada masa akan datang dan berharap ramai lagi ibu-ibu dan bapa-bapa dikalangan pendokong PAS akan menghantar anak-anak mereka untuk menyertai akademi ini. DPPKM ingin mengucapkan terima kasih pada AJK DPPKM, AJK Muslimat PAS Kawsan Merbok, tukang masak, urusetia, para fasilitator, para penderma yang membantu melicinkan lagi progam ini samada secara langsung @ tidak. ALLAHUAKBAR
Taa'ruf

Thursday, February 12, 2009

PENTAS PEMUDA 1- CERAMAH SULONG N.25 BUKIT SELAMBAU


Pada : 14 Februari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markas PAS Pekan Bukit Selambau

Penceramah:
1. YB Hj. Salahuddin Ayub - Ketua Pemuda PAS Pusat
2. YB Dato' Johari Abdul - Ahli Parlimen Sg. Petani
3. YB Ust Izzat Shauki - Exco DPPNK/ADUN Bukit Lada

Semua Lapisan Masyarakat di jemput hadir

Anjuran : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah & Dewan Pemuda PAS Merbok

Wednesday, February 11, 2009

Pelancaran Kempen Jom Sertai PAS


PELANCARAN KEMPEN JOM SERTAI PAS PERINGKAT NEGERI KEDAH


PADA : 14 FEBRUARI 2009/ 15 SAFAR 1430H

HARI : SABTUMASA : 2.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

TEMPAT : CHE DET WALK PEKAN RABU (TAPAK LETAK KERETA DEPAN CIMB) ALOR STAR, KEDAH


PERASMIAN OLEH : YB SALAHUDDIN AYUB- KETUA PEMUDA PAS PUSAT

TETAMU KHAS

1. YB DATO' HJ PAHROLRAZI ZAWAWI - TIMBALAN PESURUHJAYA PAS KEDAH

2. SDR AHMAD SABKY YUSUF- SETIAUSAHA DPP PUSAT

3. UST MUSODDAK HJ AHMAD - KETUA PEMUDA PAS KEDAH

4. DATO' ZAHAR HASHIM - BEKAS KETUA UMNO PETALING JAYA SELATAN

KAUNTER KEAHLIAN PAS DAN DAFTAR PEMILIH SPR DIBUKASEMUA DIJEMPUT HADIR DAN DIJEMPUT SERTAI PAS.
ANJURAN : DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH