Sunday, March 29, 2009

Mesyuarat Agung DPPKM Kali Ke 25 Selesai

Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25 pada 28 Mac yang lalu di Markaz PAS Kawasan Merbok (PUTIM).
Mesyuarat Agung kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria, EXCO DPPNK merangkap Ahli Parlimen Padang Terap.
Lebih 30 cawangan hadir menyertai acara wajib tahunan ini menyaksikan berlaku pemilihan dalam saf kepimpinan DPPKM. Walaubagaimana pun bagi jawatan tertinggi tiada pemilihan apabila Ustaz Mohd Zahir Ghazali, Ustaz Helmi Hamid dan Saudara Fauzan Abd Hamid masing-masing telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua DPPKM bagi Sesi 2009-2011,
Selamai lapan orang AJK baru telah memenangi pemilihan kali ini terdiri daripada;
1. Nasron Abu Hasaan
2. Ahmad Yusran Mat Akhir
3. Ibrahim Harun
4. Ustaz Nasir Jamaludin
5. Mukhlis Hj Ghazali
6. Ahmad Fazli Rejab
7. Zamri Hamid
8. Zulkeffle Mustafa

majlis perasmian oleh YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria

antara perwakilan yang hadir

doa wehdah

saf AJK baru dan lama bergambar kenangan

Wednesday, March 25, 2009

Monday, March 23, 2009

Perlancaran jentera PEMUDA PAKATAN RAKYAT PRK N25

Perlancaran jentera PEMUDA PAKATAN RAKYAT berjalan dengan lancar.Himpunan anak muda dari PARTI PKR, PAS dan DAP berjaya di terjemahkan di padang TAMAN BANDAR BHARU.
Kehadiran hampir seribu PEMUDA PAKATAN RAKYAT memberi mesej jelas kepada BARISAN NASIONAL bahawa PEMUDA PAKATAN RAKYAT telah bersedia UNTUK BERDEPAN MEREKA.Antara pimpinan yang hadir
TIMBALAN KETUA AMK PKR PUSAT(FARIZ MUSA)KETUA PEMUDA DAP MALAYSIA(YB ANTOHNY LOKE) dan BENDAHARI PAS PUSAT.
Selain itu peringkat negeri di hadiri oleh KETUA AMK KEDAH(SAIFUL IZHAM RAMLI) dan KETUA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH(UST MUSADDAK).
Bacaan ikrar ketika acara perasmian di bacakan oleh TIMBALAN KETUA AMK KEDAH(AZMAN NASRUDDIN).Calon PRK N 25 S MANIKUMAR turut hadir memberi semangat kepada pemuda PAKATAN RAKYAT.
Program perlancaran tersebut di teruskan dengan program edar risalah seluruh TAMAN BANDAR BHARU.Program di akhiri dengan jamuan kepada pemuda PAKATAN RAKYAT dan bersurai jam 7 petang.










Wednesday, March 18, 2009

PENTAS PEMUDA 2- CERAMAH PRK N.25 BUKIT SELAMBAU



Pada : 23 Mac 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kampung Jerai Bukit Selambau

Penceramah:
1. YB Ustaz Izzat bin Shauki - Exco DPPNK/ADUN Bukit Lada

2. Saudara Faris bin Musa - Timbalan Ketua AMK

Semua Lapisan Masyarakat di jemput hadir

Anjuran : Dewan Pemuda PAS Merbok

Tuesday, March 17, 2009

Humban BN Dari Bukit

Para petugas bersemangat melaungkan takbir.

Musoddak menyampaikan taujihat kepada petugas pemuda PAS Merbok.
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

AMANJAYA: Pemuda PAS Kawasan Merbok menyatakan ikrar akan terus bekerja bersungguh-sungguh mempertahankan kemenangan buat Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau yang akan diadakan April depan.

Semangat itu dilaungkan pada majlis himpunan dan taklimat bertemakan “Humban BN Dari Bukit” dengan dihadiri kira-kira 300 petugas pemuda PAS Kawasan Merbok yang diadakan di bangunan baru Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok di sini, 11 Mac lalu.

Taklimat telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Merbok, Ustaz Mohd Zahir Ghazali selain taujihat dari Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.

Musoddak dalam ucapannya berkata, suasana politik dalam negara ketika ini tidak begitu stabil disebabkan Umno/Barisan Nasional (BN) yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu sedang sibuk memikirkan masalah dihadapi mereka berkaitan perebutan kuasa, rasuah, skandal dan sebagainya sehinggakan pemimpin mereka di dalam kerajaan juga hilang tumpuan lalu mengabaikan soal rakyat dan kesejahteraan umum.

“Hari ini kita lihat politik di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, Umno mengancam kita kerana tidak puas hati dengan kekalahan. Mereka mengorek, mencari dan mencipta apa sahaja isu dalam Pakatan Rakyat dan isu itu digembar gemburkan dalam media untuk menarik perhatian rakyat.

“Walaubagaimanapun kita lihat rakyat khususnya golongan muda sudah memahami keadaan. Rakyat sudah jemu dan jelik dengan propaganda dimainkan media massa mereka,” jelas beliau penuh semangat.

Ujarnya pada PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pelbagai isu telah dipropagandakan di media massa. Namun katanya, rakyat telah mengenepikan semua itu dan melihat permainan sebenar Umno/BN.

Katanya, Umno kelihatan hendak bertaubat selepas 50 tahun memerintah setelah menyedari kebangkitan kuasa rakyat, tetapi rupanya rakyat memberikan mandat kepada PAS, KeADILan dan DAP.

Menurutnya lagi, BN mutakhir ini melakukan tohmahan dan ugutan untuk menimbulkan rasa risau dan keluh kesah di kalangan anggota Pakatan Rakyat sepertimana beberapa kes yang berlaku sebelum ini. Sehubungan itu, beliau tidak menolak perkara yang sama akan berlaku dalam PRK ini.

Bagaimanapun tegas beliau, Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan akan bekerjasama penuh bagi memastikan kemenangan di Bukit Selambau tetap berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Menyentuh mengenai setahun mentadbir Kedah, kerajaan negeri katanya terpaksa menanggung beban tinggalan BN dengan memperbaiki segala ‘lubang, tempias dan ketirisan’ yang ada. Namun katanya, Pakatan Rakyat tetap komited memperbaiki segala kerosakan itu demi kesejahteraan semua.

Monday, March 16, 2009



Tarikh : 22 MAC 2009
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Padang Awam Taman Bandar Baru , Sg. Lalang,
Sungai Petani Kedah


Bersama Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat

1. YB Salahuddin Ayub- Ketua Pemuda PAS Pusat
2. YBhg. Shamsul Iskandar Mat Akin - Ketua AMK
3. YB Loke Siew Fook - Ketua Pemuda DAP

SEMUA PEMUDA PAKATAN RAKYAT DIWAJIBKAN HADIR
CERAMAH UMUM PADA SEBELAH MALAM PADA TEMPAT YANG SAMA.

Orang Ramai dijemput hadir

Majlis pelancaran Markas Operasi Pemuda PAS Kedah PRK N25. Bukit Selambau
Tarikh : 16 Mac 2009
Tempat : Taman Kuala Muda , Sungai Petani Kedah
(Sebelah Traffic light IKM)
Masa : 900. malam