Tuesday, March 17, 2009

Humban BN Dari Bukit

Para petugas bersemangat melaungkan takbir.

Musoddak menyampaikan taujihat kepada petugas pemuda PAS Merbok.
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

AMANJAYA: Pemuda PAS Kawasan Merbok menyatakan ikrar akan terus bekerja bersungguh-sungguh mempertahankan kemenangan buat Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau yang akan diadakan April depan.

Semangat itu dilaungkan pada majlis himpunan dan taklimat bertemakan “Humban BN Dari Bukit” dengan dihadiri kira-kira 300 petugas pemuda PAS Kawasan Merbok yang diadakan di bangunan baru Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok di sini, 11 Mac lalu.

Taklimat telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Merbok, Ustaz Mohd Zahir Ghazali selain taujihat dari Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.

Musoddak dalam ucapannya berkata, suasana politik dalam negara ketika ini tidak begitu stabil disebabkan Umno/Barisan Nasional (BN) yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu sedang sibuk memikirkan masalah dihadapi mereka berkaitan perebutan kuasa, rasuah, skandal dan sebagainya sehinggakan pemimpin mereka di dalam kerajaan juga hilang tumpuan lalu mengabaikan soal rakyat dan kesejahteraan umum.

“Hari ini kita lihat politik di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, Umno mengancam kita kerana tidak puas hati dengan kekalahan. Mereka mengorek, mencari dan mencipta apa sahaja isu dalam Pakatan Rakyat dan isu itu digembar gemburkan dalam media untuk menarik perhatian rakyat.

“Walaubagaimanapun kita lihat rakyat khususnya golongan muda sudah memahami keadaan. Rakyat sudah jemu dan jelik dengan propaganda dimainkan media massa mereka,” jelas beliau penuh semangat.

Ujarnya pada PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pelbagai isu telah dipropagandakan di media massa. Namun katanya, rakyat telah mengenepikan semua itu dan melihat permainan sebenar Umno/BN.

Katanya, Umno kelihatan hendak bertaubat selepas 50 tahun memerintah setelah menyedari kebangkitan kuasa rakyat, tetapi rupanya rakyat memberikan mandat kepada PAS, KeADILan dan DAP.

Menurutnya lagi, BN mutakhir ini melakukan tohmahan dan ugutan untuk menimbulkan rasa risau dan keluh kesah di kalangan anggota Pakatan Rakyat sepertimana beberapa kes yang berlaku sebelum ini. Sehubungan itu, beliau tidak menolak perkara yang sama akan berlaku dalam PRK ini.

Bagaimanapun tegas beliau, Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan akan bekerjasama penuh bagi memastikan kemenangan di Bukit Selambau tetap berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Menyentuh mengenai setahun mentadbir Kedah, kerajaan negeri katanya terpaksa menanggung beban tinggalan BN dengan memperbaiki segala ‘lubang, tempias dan ketirisan’ yang ada. Namun katanya, Pakatan Rakyat tetap komited memperbaiki segala kerosakan itu demi kesejahteraan semua.

1 comment:

moHd nOr izZaT b. mOhd jOhAri said...

assalamualaikum...

salam muhibbah...

saya tertarik dgn Pas akan tetapi,tolong baca dan amik berat dgn karangan saya ini,mungkin ini akan menjadi permulaan utk Pas jadikan Malaysia sebagai negara Islam sebenar...


1)

saya xpandai nk bermadah2 ayat tapi sy suke terus terang dn bg pendapat yg rasenye boleh diterima pakai utk manusia2 yg bersungguh2 utk menegakkan Islam.

2)

sy sokong Pas bile Pas ingin menegakkan Islam d Malaysia akan tetapi kenape org Pas sendiri ade yg jd 'gunting dalam selimut'...?

3)

sy begitu hormat Tok Guru tetapi sy kesal dgn sikap ahli Pas yg begitu fanatik dan lupe daratan. byk kes2 yg kurang sedap d dgr berpunca daripada Pas...

4)

kenapa x contohi Tok Guru???
kata SAYANG Tok Guru....
Ulama ni xde perasaan hasad atau dengki...
benda ni kite leh elak...

5)

sy CABAR kpd pemimpin Pas yg btol2 ingin menegakkan Islam tuk mencari jalan bergabung dgn UMNO supaya Malaysia lebih kuat...Pas = Melayu Islam, UMNO = Melayu Islam <-- SAMA X????

6)
kalau dh tau sama, nape xgabung???
tepuk dada tanye selera... ingat niat anda semua... NAK KUASA KE NAK NAMA KE...atau NAK TEGAKKAN ISLAM...kite kene lah beralah klu nk MENANG DUNIA AKHIRAT....

7)

sy teringin nk jumpe pemimpin Pas...bagaimana ye?utk sy berikn pendapat.....tp... NAK KE DGR PENDAPAT HAMBA ALLAH NI?? POLITIK LAGI PENTING DARI DGR PENDAPAT.. :) renung2kan ye wahai pemimpin Pas kampung saya.. :)

senyum selalu.... :)

selamat datang ke blog saya.. :)