Monday, May 11, 2009

Ketua Baru Kami

KUPANG, 10 Mei (Hrkh) - Pemilihan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyaksikan Timbalan Ketua Pemuda sesi lalu, Ustaz Ahmad Yahya dipilih menerajui saf kepimpinan baru sesi 2009-2011 pada Muktamar Tahunan DPPNK Kali Ke-43 yang dilangsungkan di Kompleks Yayasan Al-Khairiah, Kampung Pisang, di sini.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda pula disandang Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor manakala Naib Ketua Pemuda disandang, Ustaz Ahmad I'zzat Mohamed Shauki yang juga Adun Bukit Lada.Mereka yang terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa pula ialah Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Ustaz Mohd Rosli Azmi, Ustaz Zelani Nik Chik, Ustaz Muhd Yusuf Awang, Ustaz Salim Mahmood, Azman Ahmad, Ustaz Mohamad Ismail, Yusrin Zakri Adnan, Fadzil Baharom dan Muhd Afif Abdullah.Muktamar bertemakan "Memelihara Kemenangan" itu telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu,

No comments: