Sunday, January 24, 2010

SEMBAH TAKZIAH

AL-FATIHAH
Sembah Takziah
kepada
DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH ZANARIAH BINTI ALMARHUM TUNKU AHMAD SULTANAH JOHOR
serta
Kerabat DiRaja, Kerajaan Negeri dan Seluruh Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim
di atas kemangkatan
ALMARHUM DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA ALMUTAWAKKIL 'ALALLAH
SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK
JOHOR DARUL TA'ZIM
sembah takziah daripada seluruh kepimpinan DPPKM

Thursday, January 21, 2010

KULIAH HARAKI KE-2

Semalam (20 Jan 10) DPPKM telah menganjurkan kuliah haraki siri ke-2 yang membincangkan tentang Syiah. Tajuk ini dipilih bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat berkenaan Syiah kepada AJK DPPKM dan juga pemuda-pemuda PAS di peringkat cawangan.

Kuliah yang diadakan di pejabat DPPKM ini telah disampaikan oleh Dr Kamis b. Ismail, mantan pensyarah Uitm. Penyampaian Dr Kamis berjaya menarik perhatian semua pendengar kerana beliau banyak mengkaji serta berhadapan dengan kumpulan Syiah.

Menurut Dr Kamis, penerangan beliau tentang Syiah ini adalah semata-mata untuk berkongsi maklumat dan pandangan tentang sejarah, aqidah, ibadah, perjuangan dan cara kehidupan kumpulan Syiah.