Thursday, January 21, 2010

KULIAH HARAKI KE-2

Semalam (20 Jan 10) DPPKM telah menganjurkan kuliah haraki siri ke-2 yang membincangkan tentang Syiah. Tajuk ini dipilih bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat berkenaan Syiah kepada AJK DPPKM dan juga pemuda-pemuda PAS di peringkat cawangan.

Kuliah yang diadakan di pejabat DPPKM ini telah disampaikan oleh Dr Kamis b. Ismail, mantan pensyarah Uitm. Penyampaian Dr Kamis berjaya menarik perhatian semua pendengar kerana beliau banyak mengkaji serta berhadapan dengan kumpulan Syiah.

Menurut Dr Kamis, penerangan beliau tentang Syiah ini adalah semata-mata untuk berkongsi maklumat dan pandangan tentang sejarah, aqidah, ibadah, perjuangan dan cara kehidupan kumpulan Syiah.

No comments: