Monday, April 19, 2010

DPPKM BUAT LAPORAN POLIS BERKAITAN APCO

Laporan polis demi laporan polis dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan tindakan kerajaan mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi, APCO Worlwide. Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM) telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad baru-baru ini.

Ust Mohd Zahir, Ketua Pemuda DPPKM menunjukkan laporan polis yang telah dibuat.

Dalam laporan tersebut, DPPKM meminta agar pihak polis dapat melakukan satu siasatan terperinci mengenai perjanjian dengan APCO yang telah dimeterai antara kerajaan Malaysia dengan APCO pada 4 Ogos 2009 lalu.


DPPKM turut mengemukakan asas bantahan iaitu:

1. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Haram Israel. Sudah tentu berurusan dengan syarikat dari negara tersebut yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara.

2. Negara tersebut diketahui telah menindas rakyat Palestin termasuklah membuat kepungan besar kepada Bandar Gaza dengan menyekat kemasukan makanan dan ubatan. Parlimen Malaysia telah mengadakan Sidang Khas Parlimen mengutuk pengepungan tersebut. Justeru seolah-olah kerajaan melanggar keputusan sendiri apabila mengadakan hubungan dengan syarikat dari negara tersebut.

3. Syarikat APCO diketahui mempunyai rekod perjanjian dengan Negara Haram Israel.


Sehubungan itu, DPPKM memohon supaya satu siasatan terperinci di adakan berhubung perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd.

Tuesday, April 6, 2010

SEMINAR FIQH MUAMALAT


Kepada semua pembaca blog ini dijemput ke "Seminar Fiqh Muamalat" seperti maklumat berikut :

Hari : Sabtu
Tarikh : 24 April 2010
Tempat : Dewan Peperiksaan Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Yuran : RM 100 (makan, kertas kerja, beg, pen, sijil & cenderahati)
Peserta : 150 orang (terhad)


Atur cara program :

8.00 - 8.30 : Pendaftaran

8.30 - 9.00 : Ucaptama Perasmian (disempurnakan oleh Mufti Kedah Dato' Sheikh Muhammad Baderuddin b. Hj Ahmad)

9.00 - 10.45 : Kertas Kerja 1
"Prinsip Ekonomi Islam" oleh Dato' Sheikh Muhammad Baderuddin b. Hj Ahmad

10.45 - 11.00 : Rehat

11.00 - 12.45 : Kertas Kerja 2
"Perbankan Islam : Teori & Perlaksanaan" oleh Prof Madya Dr Asmadi b. Mohamed Naim (Pensyarah UUM)

12.45 - 2.00 : Rehat

2.00 - 3.45 : Kertas Kerja 3
"Pelaburan & Saham Amanah Menurut Perspektif Islam" oleh Prof Madya Dr Atikullah b. Abdullah (Pensyarah USM)

3.45 - 4.00 ptg : Rehat

4.00 - 6.00 ptg : Forum
"Ekonomi Islam : Cabaran Menangani Kegawatan Ekonomi Dunia"

Panel 1 : Prof Madya Dr Atikullah b. Abdullah
Panel 2 : Prof Madya Dr Abdul Aziz b. Hj Hanafi
Moderator : Ust Hanif b. Ghazali


Jika berminat sila hubungi :
Amir : 013-4443243
Sa'ade : 019-5906090
Zahir : 013-4580159
Zamri : 019-4524807