Wednesday, July 28, 2010

JAMUAN ISTIQBAL RAMADHAN


Jamuan Istiqbal Ramadhan sempena sumbangan tabung pembangunan SAIF. Muslimin dan muslimat dijemput hadir

Sunday, July 25, 2010

FUTSAL PEMUDA PAS


Baru2 ini Lajnah Sukan, dibawah Dewan Pemuda Pas Merbok mengadakan futsal bertempat di Tmn Ria Jaya, Sg Petani.Program ini berjaya mendekatkan dan mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara AJK Pemuda Pas Merbok bersama pemuda. Terima kasih sdr Faizal, yang berjaya mengatur aktiviti sukan ini dan juga kepada pemuda2 yg hadir pada malam itu.

Friday, July 23, 2010

PROGRAM JELAJAH PRIHATIN LAJNAH KEBAJIKAN DPPKM


Ketua DPPKM, Ust Mohd Zahir Bin Ghazali bersama beberapa orang exco DPPKM membuktikan bahawa pimpinan pemuda PAS Merbok sentiasa mengambil perhatian tentang situasi pemuda-pemuda yang bermasalah di sekitar parlimen Merbok. Melalui program yang dijalankan oleh Lajnah Kebajikan DPPKM pimpinan Sdr Mukhlis Bin Ghazali yang dinamakan Program Jelajah Prihatin, beberapa orang pemuda dan keluarga yang mendapat ujian dari Allah SWT telah menjadi tumpuan di dalam program tersebut.Turut serta di dalam ekspidisi tesebut adalah setiausaha DPPKM Sdr Md Asri Bin Salleh.Menurut Ketua Lujnah Kebajikan DPPKM Sdr Mukhlis, program sedemikian akan diadakan secara berterusan dan berkala samaada secara mingguan ataupun bulanan berdasarkan keperluan semasa.



USRAH PEMUDA MERBOK BERJALAN LANCAR


Program -program Lajnah Tarbiah DPPKM berjalan dengan baik di dalam usaha untuk melahirkan seramai mungkin pemuda-pemuda Islam yang memahami tanggungjawab di dalam jamaah dan perjuangan.

Program Usrah Dan Pemantapan Pemuda Cawangan
bertempat di Kg Tengkorok Batu

Program Usrah AJK DPPKM bertempat di rumah Sdr Yusran

Program Usrah Dan Taarof Bersama Pemuda Dan AJK PAS Cawangan
Bukit Inas

Saturday, July 17, 2010

BRAINSTORMING


Pada 15hb dan 16hb Julai 2010 Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok telah mengadakan satu program 'brain storming' bertempat di chalet Pantai Merdeka Resort.Program khas ini melibatkan seluruh Ajk Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok, bertujuan bagi memantapkan strategi, menyusun perancangan dan mengukuhkan organisasi Dewan Pemuda.Syabas dan tahniah kepada semua Ajk yang terlibat . Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar...

Friday, July 16, 2010

NAIK .....!!!!


Adakah langkah memotong subsidi keperluan asas gula,gas dan petrol/diesel merupakan satu langkah bijak? Apabila tindakan untuk fasa 1 (first round of cuts) ini membawa kepada kenaikan harga seperti gula 1kg dari rm1.65kpd rm1.90 (+0.25),gas/lpg rm1.75 kpd rm1.85(+0.1o) , petrol 1liter ron95 rm1.80 kpd rm 1.85(+0.05)/ron97 rm2.05 kpd 2.10(+0.05) dan diesel 1 liter rm1.70 kpd rm1.75(+0.05).Rasional tindakan ini antaranya kerana ia perlu bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan waktu yg sama dapat mengukuhkan kewangan negara.Ia boleh membantu mengurangkan fiskal defisit dengan itu boleh memberi lebih keyakinan pasaran dunia dan tempatan bagi meningkatkan ekonomi negara. Dan yang lebih menarik lagi,...penarikan subsidi gula itu dapat membantu mempromosikan gaya hidup yg lebih sihat!!(rujuk Star 16 julai 2010-mukadepan) Pelbagai lagi alasan yang diberikan bagi menggambarkan ianya demi untuk kebaikan jangkamasa panjang masa depan negara.
Adakah rakyat faham dan bersedia untuk menerimanya?
Benarkah ia tidak membebankan rakyat?
Dan adakah ianya mencerminkan' rakyat didahulukan....pencapaian diutamakan...'

Tuesday, July 13, 2010

BUKIT SELAMBAU JUARA SULUNG PIALA MB

Bukit Selambau berjaya mencatatkan nama sebagai pasukan sulung yang menjuarai Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar Kedah 2010 selepas menumpaskan Kota Siputeh menerusi sepakan penalti dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulaman pada hari Sabtu, 10 Julai 2010 baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa permainan sebenar berakhir dan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan yang berkesudahan tanpa jaringan tambahan.

Penjaga gol Bukit Selambau menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pemain lawan yang membawa pasukannya menempa kejayaan tersebut.

Bukit Selambau membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang tunai RM5,000, manakala pasukan Kota Siputeh pula membawa pulang hadiah piala iringan dan wang tunai RM3,000.

Sementara itu, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung di Stadium Suka Menanti, pada sebelah petangnya menyaksikan Kubang Rotan berpesta gol apabila menumpaskan lawannya Sungai Tiang 7-1.

Pasukan Kubang Rotan yang berada di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan Sungai Tiang pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Kejohanan yang julung- kalinya diadakan ini adalah anjuran Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah dan disertai 36 pasukan Dewan Undangan Negeri (Dun) seluruh negeri.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
p/s : DPPKM mengucapkan tahniah kepada pasukan Bukit Selambau & pasukan Sepanyol di atas kejayaan masing-masing.

Sunday, July 11, 2010

SEBAHAGIAN HIKMAH DI SEBALIK ISRAK MIKRAJ

Moga memberi manfaat kepada kita semua..

Marilah kita mendengar firman Allah Taala yang menceritakan tentang peristiwa agung yang berlaku dalam sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.
Matlamat yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.

Firman Allah Taala (maksudnya):
Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israk: 1)

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya):
Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.” (A-li Imran: 19).
Dan Allah menyatakan juga (maksudnya):
Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi.” (Ali Imran: 85)

Pada malam yang bersejarah itu, Rasulullah s.a.w. dihimpun bersama dengan roh para nabi dan rasul ‘alaihimus solatu wassalam di Masjidil Aqsa, mereka solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada mereka.
Ini menandakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu daripada mata rantai ajaran Islam yang bersambung-sambung dari seorang nabi dan rasul kepada nabi dan rasul yang lain, bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman, tidak ada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w.

Allah SWT memilih nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan manusia. Mereka terdiri daripada manusia yang memiliki akhlak yang luhur lagi tinggi, bersifat benar, amanah, menyampaikan, cerdik dan bijaksana di kalangan kaumnya dan dipelihara daripada melakukan kesalahan dan dosa.
Adapun mereka yang tidak memahami dan buta al-Quran tidak akan percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, kerana pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. ditemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israil dan nabi-nabi dan rasul di kalangan umat-umat yang lain, yang cerita-cerita mereka disebut dalam al-Quran, sebuah kitab Allah yang masih wujud sehingga hari ini. Ini menandakan kebenaran al-Quran.

Kebenaran al-Quran bukan sahaja menandakan betulnya Rasululah s.a.w. bahkan juga menjadi pengajaran kepada umatnya. Semua nabi adalah menganut agama yang satu iaitu agama Islam.
Semua mereka bersolat dalam keadaan menghadap Allah SWT dengan cara-cara solat yang diajar oleh Allah. Semua nabi berpegang dengan akidah tauhid lailahaillallah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, tuhan yang layak disembah kepada-Nya, tuhan yang menjadikan dan menguruskan alam ini. Alam ini tunduk di bawah undang-undang peraturan Allah, maka wajib manusia hanya tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. Itulah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terpaksa berjuang mengharungi perjuangan yang panjang.
Di dalam peristiwa itu juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. rasul yang disertai oleh pengikut yang ramai. Ada rasul yang disertai oleh pengikut yang sedikit, ada yang berjalan seorang diri, ada nabi yang dibunuh dan ada yang dipenjara.

Itulah nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah yang berdepan dengan cabaran golongan manusia yang menjadi bala tentera iblis yang akan wujud sehingga hari kiamat.
Peristiwa Israk dan Mikraj untuk meningkatkan semangat Rasulullah s.a.w. supaya jangan takut
dan gentar di dalam perjuangan Islam, kerana Islam yang dibawa itu ialah Islam Allah SWT.
Seluruh kuasa besar yang ada dalam dunia adalah habuk-habuk yang kecil yang boleh ditiup angin, bahkan ia lebih kecil lagi apabila berdepan dengan ketuhanan Allah SWT pada hari kiamat.

Seseorang yang menganut Islam hendaklah merasa mulia, tinggi dan hebat dengan Islam, dengan syarat mereka berpegang dengan Islam. Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam. Kehinaan yang menimpa umat ini apabila mereka meninggalkan Islam.
Ditunjukkan pada malam Israk dan Mikraj itu di mana perginya orang yang berpegang dengan Islam sehingga mati dan ke mana arah orang yang menyeleweng dan meninggalkan agama Islam.

Orang yang berpegang dengan Islam diletakkan di syurga dan mereka yang menyeleweng daripada Islam berada di dalam neraka. Hal ini digambarkan dengan jelas supaya diberitahu kepada umatnya sehingga kiamat.
Marilah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj dengan bukan hanya kita mendengar cerita yang berlaku di dalamnya tetapi yang lebih penting ialah untuk menambah iman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam untuk sehidup semati dengan Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.

Firman Allah (maksudnya):
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (A-li Imran: 102).

Tuesday, July 6, 2010

DUN BUKIT SELAMBAU FC MELANGKAH KE FINAL DGN CEMERLANG

Kepada semua peminat bola sepak dijemput memberi sokongan dan menyaksikan pasukan DUN Bukit Selambau akan menentang pasukan DUN Kota Siputeh pada perlawanan akhir Bola Sepak Piala Menteri Besar yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, pada 10 Julai 2010, jam 8.30 malam.

Pasukan DUN Bukit Selambau mara ke perlawanan akhir selepas mengalahkan pasukan DUN Kubang Rotan 2-0 manakala pasukan DUN Kota Siputeh berjaya mengalahkan pasukan DUN Sungai Tiang 3-1.

Pengarah Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, penentuan tempat ketiga dan keempat melibatkan pasukan DUN Kubang Rotan menentang pasukan DUN Sungai Tiang akan diadakan di Stadium Suka Menanti pada 10 Julai 2010, jam 9 pagi. Menurutnya, Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir itu di mana johan pertandingan itu akan menerima wang tunai RM5,000, piala Menteri Besar dan medal. Naib johan akan menerima wang tunai RM3,000 dan madel manakala tempat ketiga (RM1,500 dan madel) serta keempat (RM1,000 dan madel). Sijil penyertaan turut diberikan kepada setiap pemenang.

MERAIKAN KEJAYAAN MENGALAHKAN PASUKAN PILIHAN DUN KUBANG ROTAN 2-0 DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR BERTEMPAT DI STADIUM KOMPLEK HIJAU KUNING ALOR SETAR

BERSEDIA UNTUK TURUN MENENTANG PASUKAN DUN ANAK BUKIT DI PERINGKAT SUKU AKHIR-KEPUTUSAN BKT SELAMBAU 1-ANAK BUKIT 0 BERTEMPAT DI MINI STADIUM HITEC SG PETANI

PEGAWAI PASUKAN DAN PEMAIN SIMPANAN DI MINI STADIUM HITEC
SG PETANI

MENJUARAI KEJOHANAN DI PERINGKAT ZON SETELAH MENGALAHKAN DUN PANTAI MERDEKA 5-4 MELALUI SEPAKAN PENALTI

PENGURUS PASUKAN SEDANG MENERIMA HADIAH DAN PIALA SELAKU JUARA ZON BERTEMPAT DI MINI STADIUM GUAR CHEMPEDAK