Tuesday, August 31, 2010

Wakil Merbok menyertai Misi kemanusiaan berlepas ke Pakistan

SEPANG, 31 Ogos: Seramai 12 orang peserta misi kemanusiaan ke Pakistan berlepas hari ini bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana alam di sana.

Sepuluh daripada mereka terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Amal Malaysia (Amal), Institute Muslim Woman (IMW) dan Haluan Malaysia manakala tiga lagi merupakan wartawan dan jurugambar akhbar Harakah.

Ketua misi, Jamulidin Elias yang merupakan Timbalan Presiden Amal memberitahu, matlamat mereka ke sana adalah untuk menyampaikan sendiri bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa mengikut keperluan mereka.

"Matlamat kami kali ini untuk menyampaikan sendiri bantuan kepada mangsa di sana kerana ini merupakan amanah rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan mereka.

Sumbangan juga diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Kami kena pastikan bantuan ini sampai kepada mangsa. Sebab itu kami tidak akan beri bantuaan dalam bentuk wang kerana bimbang ia disalah guna oleh pihak tertentu di sana," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebelum berlepas pada jam 1.15 petang tadi.

Menurutnya,anggaran kasar jumlah kutipan adalah sebanyak USD7,700.

Beliau juga berkata, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan NGO-NGO di Pakistan sepanjang seminggu mereka di sana.

Sementara itu, Naib Presiden Amal, Dr Rani Osman memberitahu, mereka dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama di sesuatu kawasan yang dilawati memandangkan cuaca yang tidak menentu dan terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kita gunakan konsep safety first. Kalau kita sendiri pun tidak selamat, bagaimana kita nak teruskan misi yang merupakan amanah rakyat Malaysia," kata beliau.

Sebelum ini, Amal telah menyertai misi kemanusiaan ke 27 buah negara antaranya Myamnar, Indonesia dan Palestin.

Kesemua mereka dijangka kembali ke Malaysia pada 6 September ini.

Sehubungan itu, mereka berharap agar rakyat mendoakan keselamatan dan dapat melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa dengan sebaik mungkin.


Monday, August 30, 2010

 Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid


ALOR SETAR, 31 Ogos: Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.


Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa tanpa menutup aurat telah berucap di ruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.

Beliau juga berharap notis yang dikeluarkan itu mampu untuk memberi penjelasan yang sebenar mengenai kepentingan menutup aurat dan menjaga kesucian masjid dan surau.

"Notis menjelaskan adab memasiki masjid atau surau perlu dikeluarkan sebagai rujukan masyarakat Islam dan juga yang bukan Islam dalam negara ini.

"Tidak dinafikan adanya unsur-unsur pilih kasih dalam isu ini kerana sebelum ini juga terdapat di kalangan isteri menteri yang beragama Islam sendiri memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sewaktu hadir majlis di masjid.

"Manakala tuntutan menutup aurat bagi bukan Islam bukanlah sesuatu yang wajib bagi mereka," katanya lagi.

Mereka juga seolah-olah tidak memberatkan tuntutan agama supaya menutup aurat sebagai seorang isteri kepada pemimpin Islam dan memperlihatkan contoh yang patut diikuti kepada wanita Islam yang lain.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai menggesa mereka yang bertanggungjawab supaya menyediakan garis panduan tersebut kepada orang Islam dan bukan Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan, dan bukannya dengan memakai tudung tetapi rambut mereka masih kelihatan.

Thursday, August 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 53 daripada DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MERBOK kepada seluruh rakyat Malaysia

Tuesday, August 24, 2010

Gejala Sosial: Syariat Islam Adalah Penyelesaian


1. Saya mewakili seluruh saff KepimpinanDewan Pemuda PAS Pusat malah seluruh warga pemuda Islam menyokong penuh kenyataan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar mengambil Islam sebagai jalan penyelesaianterhadap kemelut gejala sosial yang kian membarah mutaakhir ini.

2. Barah sosial atau penyakit masyarakat hari ini adalah berpunca daripada maksiat dan mungkar yang berleluasa malah perkara ini telah diketahui umum . Malangnya masih ramai yang masih berdegil untuk bertahan di bawah satu sistem yang gagal sejak lebih 50 tahun yang lalu .

3. Ternyata sistem yang dicipta oleh manusia hari ini mempunyai 1001 kelemahan dan terbukti tidak mempunyai keupayaan tinggi mengatasi masaalah sosial , jenayah malah juga penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin ketara . Lebih 50 tahun rakyat bersabar menghadapi musibah dan becana besar menimpa negara dan rakyat . Kini keadaan tidak mungkin lagi boleh dibiarkan walau untuk tempoh yang dekat . Peradaban dan tamaddun sedang runtuh bersama lunturnya nilai budi dan maruah ummah.

4. Al Mursyidul Am PAS Tuan guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukuman hudud dijalankan sementara pelbagai pihak mula mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini . Karpal Singh sendiri mencadangkan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas penjenayah yang saya kira jauh lebih berat dari hukuman hudud atau syariat Islam yang ditolak olehnya .

5. Saya kira inilah masa yang tepat untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan . Kenapa mahu menolak, sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini ? Sangat tidak adil jika Islam ditolak sementah itu sedang peluang ia membuktikan kemampuan dan keupayaan menyelesaikan barah sosial negara belum diberikan .

6. Dewan Pemuda PAS Pusat sedia bertemu dengan Yb. Karpal Singh dan Yb. Lim Kit Siang bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud ini boleh berperanan memulihkan satu peradaban yang kian runtuh pada hari ini . Bahkan Dewan Pemuda PAS bersedia untuk bertemu dengan siapa jua yang memerlukan penjelasan mengenai perlaksanaan syariat Islam ini termasuk pihak pemerintah.

7. Sementara undang - undang atau peraturan yang ada pada hari ini gagal merawat dan mengubati penyakit masyarakat yang melanda teruk hari ini kenapa tidak kita menerima perlaksanaan syariat Islam . menerima perlaksanaan syariat Islam bukan bermakna non muslim dipaksa memeluk ajaran Islam .

8. Lojiknya selama ini kita boleh menerima dasar dan peraturan yang digubal oleh British sedang kita semua bukanlah orang British , maka apa masaalahnya jika negara yang majoriti penduduknya adalah muslim melaksanakan syariat Islam. Bukankah sistem yang sedia ada itu telah gagal melahirkan sebuah masyarakat yang soleh dan sejahtera ? Realiti ini diakui oleh semua sehingga kini Karpal Singh juga mencadangkan hukuman yang lebih berat .

9. Justeru itu , langkah bijak ialah menukar sistem kepada yang lebih baik , adil dan berkesan . Perlu diingat bahawa keberkesanan sesuatu jalan penyelesaian bukan hanya dilihat kepada berat dan kerasnya hukuman tersebut tetapi dilihat kepada sejauh mana ia mampu menimbulkan keinsafan dan kesedaran dikalangan masyarakat khasnya penjenayah terbabit. Maka syariat Islam bukanlah sekadar hukuman semata - mata tetapi penyelesaian bestari dan hikmah .

10. Di sinilah saya melihat Islam perlu diberi peluang justeru Islam mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik . Bermula dari :

  • Pendidikan atau pentarbiyahan
  • Pembinaan atau pembentukan minda dan peribadi
  • Pencegahan atau kawalan
  • Pemantauan
  • Alternatif
  • Hukuman setimpal
11. Islam tidak berhenti di atas hukuman semata - mata . Malah hukuman Islam sebahagiannya jauh lebih ringan berbanding hukuman ciptaan manusia yang ada pada hari ini . Hukuman berat dan keras tidak menjamin sesuatu hukuman itu berkesan seperti hukuman mandatori gantung sampai mati ke atas pengedar dadah , biarpun hukuman itu keras dan berat namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa .Jelas ianya tidak berkesan ! lantaran hukuman itu tidak mempunyai pakej sebagaimana syariat Islam .

12. Saya percaya kebaikan sistem syariat Islam sebenarnya disedari oleh semua yang membaca sejarah kerana ia suatu yang praktis bukan teori atau khayalan. Jika tidak masakan Yb Lim Guan Eng mahu menjadikan pentadbirannya mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang beliau sendiri tidak pernah menemui khalifah itu.

13. Khalifah Umar bin Abdul Aziz melaksanakan syariat Islam justeru itulah ia mampu menonjolkan keadilan , ketelusan dan kesaksamaan dalam pentadbiran dan pemerintahannya . Kehebatan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan kecemerlangan pentadbirannya adalah kerana beliau komited dengan perlaksanaan syariat Islam .

14. Sekiranya pemimpin DAP itu dalam satu masa mahu mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan dalam satu masa lagi sebahagian pemimpin DAP menolak perlaksanaan syariat Islam yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu sebagai satu penyelesaian kepada barah sosial hari ini , maka saya kira ia satu kekeliruan yang besar malah dilihat tidak wajar dan ia kelihatan seperti retorik atau hipokrit .

15. Saya harap semua pihak tidak prejudis terhadap perlaksanaan syariat Islam termasuklah UMNO dan BN sendiri selaku pemerintah pada hari ini . Islamlah satu - satu penyelesaian yang terbaik untuk konflik dan kemelut yang dihadapi oleh manusia kerana syariat Islam itu datang direct dari Allah Tuhan yang mencipta manusia .

Iftar Jamaie

Monday, August 23, 2010

Tahniah Pengarah JAIK : Kita Akan Adakan Operasi Banteras Pelacuran & Pondan Serta Seks Dalam Kereta

ALOR SETAR: Kehadiran Ramadan yang mulia ini seolah-olah tidak membawa sebarang makna bagi pelacur dan pondan serta pelanggan mereka yang kebanyakannya beragama Islam apabila tidak segan silu melakukan tawar menawar di lokasi baru mereka di perkarangan Stadium Darulaman, di sini.

Pelacur dan pondan terbabit dipercayai baru menjadikan pekarangan stadium itu sebagai `port' mereka berikutan kawasan lama di sekitar Stesen Keretapi Alor Setar kini dibangunkan untuk projek landasan elektrik berkembar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Tinjauan Berita Harian mendapati mereka memulakan operasi jam 11 malam hingga jam 4 pagi. Mereka juga dikatakan mengambil kesempatan daripada pelanggan yang datang ke perkarangan stadium di situ untuk membeli belah di bazar lewat pagi `uptown' di situ.

Tinjauan malam kelmarin juga mendapati kira-kira 20 pelacur dan pondan berusia antara 20-an hingga 40-an berlegar di situ mencari pelanggan yang kebanyakannya datang dengan kereta dan motosikal.

Apa yang dikesalkan mereka kebanyakannya beragama Islam itu sedikit pun tidak rasa bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di bulan yang mulia ini, termasuk pelanggan mereka yang ketagih seks dan tidak dapat membendung gelodak nafsu serakah, walaupun di bulan puasa ini.

Pelacur dan pondan yang berpakaian menjolok mata itu dilihat menunggu di kawasan yang agak gelap di situ dan akan melakukan tawar menawar apabila ada pelanggan sama ada berkereta atau bermotosikal datang.

Sebahagian mereka bertindak berani apabila dipercayai melakukan seks oral di dalam kereta pelanggan tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang di situ, selain ada yang dibawa pelanggan menaiki kenderaan ke lokasi tertentu dipercayai untuk melakukan hubungan seks.

Mereka mungkin menuju ke kawasan sunyi dan gelap di sekitarnya untuk melampiaskan nafsu serakah di dalam kereta kerana kebanyakan kenderaan terbabit dilihat membawa pelacur atau pondan terbabit tidak lama, sebelum menghantarnya semula ke situ.

Difahamkan, pelacur dan pondan terbabit mengenakan harga antara RM20 dan RM40 untuk sekali perkhidmatan, manakala untuk seks oral pula bayarannya boleh dibincang.

Seorang pengunjung, Ahmad Shafie, 54, berkata dia tidak menyangka ada kegiatan pelacuran di perkarangan stadium itu kerana ia adalah lokasi tumpuan ramai, terutama dengan adanya bazar lewat pagi dan gerai menjual pakaian untuk Aidilfitri ini.

"Saya datang bersama keluarga untuk membeli-belah sempena Aidilfitri dan terkejut apabila mendapati sekumpulan wanita dan pondan berpakaian menjolok mata berlegar di tempat letak kereta di situ, katanya.

Seorang peniaga makanan di situ, Ismail Hanafi, 35, berkata, sebelum ini bilangan pelacur dan pondan yang mencari makan di situ tidak ramai, tetapi sejak Ramadan ini jumlahnya meningkat dipercayai berikutan kehadiran ramai pengunjung di bazar lewat pagi di situ.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Khairudin Zin ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai gejala yang menjijikkan itu dan akan mengadakan operasi membanteras kegiatan tidak bermoral itu.

Sunday, August 22, 2010

Sumbangan Mangsa Banjir Kg Jerung

22 Ogos, Merbok - Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok diwakili beberapa AJK 'on-call' dan Lajnah Kebajikan DPPKM telah menyusuri kawasan banjir di Kampung Jerung, Jalan Kuala Ketil untuk meninjau, bertanya khabar dan menyampaikan sedikit juadah berbuka kepada kira-kira 30 mangsa banjir kilat yang melanda kampung itu sejak awal pagi.
Kedudukan kampung yang berada di kawasan lembah itu selalu dilanda banjir apabila bujan lebat berlarutan. Walau bagaimanapun tidak banyak kerosakan serius yang dilaporkan kerana penduduk seolah sudah bersedia dengan keadaan cuaca sekarang.
Namun kepayahan yang mereka rasai perlu diberi perhatian terutama dalam suasana menjalani ibadah di bulan ramadhan ini





Saturday, August 21, 2010

TAMRIN


Kehadiran peserta Tamrin

TAMRIN RAMADHAN DPPK 1431H DAN MUNAQASYAH UCAPAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT


Tanggungjawab Pemuda Pas hari ini ialah mengisi kemenangan yg dicapai dan terus gigih mencipta kemenangan berlandaskan perjuangan Islam yang suci dan murni.Intima' atau pengibatan dlm jemaah mestilah berpaksi di atas nama Intima'ul Aqidi berasaskan Aqidah Perjuangan Soleh.Pemuda Pas mestilah bertekad untuk gigih memberi kefahaman mengenai halatuju perjuangan Islam yg didokong dengan pendekatan hikmah anjuran Rasullullah s.a.w Sementara kita menakluki kemenangan dengan tangan kiri ,tangan kanan kita mestilah memelihara ketulenan perjuangan yang didokong. MURNIKAN PERJUANGAN MAKNAKAN KEMENANGAN. -Sebahagian ucapan dalam program Tamrin Ramadhan DPPNK 1431H oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Us Nasrudin Hj Hassan at Tantawi bertempat di Dewan Dato'Hj Fadzil Noor,Serdang pada 20.08.2010

Friday, August 20, 2010

Berbuka Puasa Bersama Orang Susah

16 Ogos - Bukit Selambau, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok telah mengadakan program berbuka puasa bersama rakyat. Program yang telah disertai sebahagian Ahli Jawatankuasa DPPKM itu telah berkunjung ke rumah Saudara Radzi di Kampung Perak untuk berbuka puasa dan beramah mesra.
Beliau yang tinggal bersama 5 ahli keluarganya di rumah ehsan bekas majikannya yang serba kekurangan berasa terharu dengan kunjungan tersebut.
Dalam program ini semua juadah berbuka puasa disediakan oleh AJK DPPKM yang hadir. Diakhir majlis tersebut sedikit sumbangan diberikan semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna bagi keluarga tersebut.








Sunday, August 15, 2010

MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS


Bertempat di KOMPAS,satu program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Pas diadakan pada 07.08.2010.Program yg menjemput AJK2 diseluruh peringkat negeri Kedah telah mendapat respon yg amat membanggakan.Pengerusi majlis ialah YB Ir Amiruddin Hamzah,ucapan pembentangan oleh Yb Dato Halim Abd Rahman (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa) dan juga Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, usul pembentangan oleh wakil kawasan yg dibahagi oleh 7 kumpulan dan terakhir ucapan oleh YB Us. Azizan Razak, selaku MB Kedah.

Wednesday, August 11, 2010


Penyerahan Sumbangan DPPKM, Ustaz Zahir Ghazali (Ketua Pemuda Pas Merbok) kepada Ustaz Ahmad Yahya (Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah) untuk Dana Pendidikan Pemuda Negeri di pejabat DPPKM pada 8 Ogos 2010.

Majlis penyerahan zakat daripada Khalifa Motor Oil iaitu sdr Fazli kpd mudir Madrasah Taklimiyah, Ustaz Ahmad Yahya bertempat di pejabat DPPKM pada 8 Ogos 2010.

Pelancaran program Penyerahan Sumbangan Dewan Pemuda Pas Kaw Merbok (DPPKM) untuk fakir miskin sempena Ramadhan 1431H bagi Dun Tanjung Dawai dan Dun Bukit Selambau bertempat di Pejabat DPPKM pada 8 Ogos 2010.DPPKM juga amat mengalu-alukan kpd sesiapa yg berminat untuk memberi sumbangan ikhlas.Sumbangan tersebut boleh disalurkan terus melalui Lajnah Kebajikan DPPKM,sdr Mukhlis,dan insyallah segala sumbangan ikhlas tersebut akan terus (by hand ) kpd mereka yg benar2 layak menerimanya.

Tuesday, August 10, 2010

PAS bantu perbaharui insuran kenderaan usang

PAS hari ini melancarkan satu jawatankuasa bagi membantu rakyat yang memiliki kereta dan motosikal yang berusia 20 tahun ke atas yang mengalami masalah untuk memperbaharui polisi insurans kenderaan mereka. Jawatankuasa tersebut dinamakan sebagai Gerakan Bela Rakyat (BELA) selepas kejayaan mereka melancarkan Kempen anti-Saman Ekor (KASE) yang diketuai oleh ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Pengerusi BELA, Salahudin Ayub (kiri) berkata beliau menerima aduan bahawa pemilik kenderaan berkenaan terpaksa mengeluarkan "modal yang besar" untuk memperbaharui polisi insurans berkenaan.

"Isunya, mereka kena mengambil (polisi insurans) daripada Malaysia Motor Insurans Pool (MMIP). Sebelum ini mereka membelinya dengan mudah daripada syarikat-syarikat insurans (yang lain)," katanya dalam satu sidang media.

Selain MMIP, pemilik kenderaan juga hanya boleh mendapatkan perlindungan dengan Unit Asia.

Salahudin yang juga naib presiden PAS mendakwa kenaikan harga memperbaharui polisi insurans kenderaan terbabit mencecah 200 peratus hingga 300 peratus.

Beliau mendakwa soalan-soalan yang ditanya dalam borang insurans tersebut "menyusahkan orang kampung" dan harganya "membebankan rakyat".

Ekoran itu, katanya, ia menyebabkan pemilik kenderaan - dari golongan orang kampung dan berpendapatan rendah - terpaksa mengupah orang untuk mengisi borang tersebut dengan bayaran sebanyak RM20 hingga RM50.

Naik mendadak

"Kalau pergi kepada agen, mereka tidak ada jaminan untuk mendapatkan insurans yang murah sehingga dikenakan bayaran sehingga RM600. Selain itu, kenderaan mereka juga diperiksa di Puspakom dengan upah periksa sebanyak RM50.

"(Lihat bagaimana) beberapa kali beban yang dikena bagi (pemilik) kereta jenis ini. Bagi saya, ini sangat menyusahkan rakyat," katanya sambil menambah polisi insurans tersebut telah diamalkan sejak setahun yang lalu.

Dengan memberi contoh, Salahudin berkata, pemilik van jenis Nissan Vanette 1.5 yang dikeluarkan tahun 1980, pemiliknya terpaksa membayar lebih RM300 ringgit berbanding RM80 sebelum ini, untuk memperbaharui insurans kenderaan mereka.

Kereta jenis Kancil 850 pula, mereka perlu membayar RM216 berbanding RM90 sebelum ini, manakala pemilik motosikal terpaksa membayar RM100 berbanding RM50.

Salahudin mendakwa, masalah lain yang dihadapi oleh pemilik kenderaan terbabit ialah polisi insurans ini hanya boleh didapati di pekan besar sahaja dan tidak terdapat di kawasan kampung.

Menjawab solan, pihaknya setakat ini tidak mempunyai perangkaan yang tepat mengenai bilangan pemilikan kereta dan motosikal yang mempunyai kenderaan yang berusia lebih 20 tahun di seluruh negara.

Sehubungan itu, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian akan membangkitkan perkara tersebut dalam sidang parlimen yang akan datang.

Salahudin berkata pihaknya akan mengadakan persidangan meja bulat dengan syarikat insurans, institusi penginsuranan, persatuan pengguna dan persatuan automobil bagi mendapatkan pandangan berhubung masalah yang dihadapi oleh pemilik kereta dan motosikal berkenaan.

Menurutnya, antara pihak tersebut adalah Persatuan Insurans Am Malaysia, Malaysia Insurans Institute, Malaysian Insurans dan Takaful Brokers Association, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Automobil Association of Malaysia serta wakil Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.

Persidangan meja bulat

Katanya, persidangan meja bulat itu akan diadakan dalam dalam tempoh sebulan bagi mengutip pandangan sekaligus mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi oleh pemilik kenderaan berkenaan.

"Apabila bajet dibentangkan pada pertengahan Oktober ini, saya akan bawa perkara ini kepada pihak kerajaan, untuk kerajaan bertindak segera agar mereka mendapat skim atau polisi insurans yang mereka mampu membayar untuk mendapat perlindungan kepada kenderaan mereka," katanya.

Salahudin berkata kerajaan perlu mempunyai satu polisi yang jelas terhadap dasar automotif negara dan dasar insurans agar tidak meletakkan beban kepada rakyat.

"Kalau kerajaan nak ikut Singapura, kereta (yang digunakan selama) selama 10 tahun, kemudiannya dibuang. Jadi kerajaan (kena) ada satu mekanisme, berapa peratus akan diberikan kepada rakyat, untuk rakyat mendapat kereta yang baru.


"Kerajaan kena ada penyelesaian ini. Satu penyelesaian yang konstruktif yang kerajaan boleh terima (oleh rakyat)," tegasnya.

** Ini adalah salah satu usul DPPKM ke Muktamar DPPNK dan DPPP