Wednesday, November 24, 2010

KULIAH TAFAQQUH FIDDIN


Buat semua para pecinta ilmu, anda dijemput menghadiri Kuliah Tafaqquh Fiddin seperti maklumat berikut :

Hari : Jumaat

Tarikh : 26 November 2010

Tempat : Sekolah Integrasi Faizin, Guar Chempedak

Masa : 2.30 petang

Penceramah : Sahibus Samahah Dato' Syeikh Muhamad Baderuddin b. Hj Ahmad (Mufti Kedah Darul Aman)

Wednesday, November 17, 2010








Operasi Skuad Banjir pada 13 Nov2010, Ayer Itam,Jerlun

Sunday, November 14, 2010

LAGI KONVOI MERBOK BANTU MANGSA BANJIR

13 November 2010- Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok menyertai konvoi kali ke-2 membantu mangsa banjir kelmarin. Konvoi kali ke-2 ini telah bergerak menuju ke kawasan Jerlun. Antara sukarelawan yang terlibat ialah AJK PAS Kawasan Merbok, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok, AJK PAS Cawangan dan AJK Pemuda PAS Cawangan.

Operasi kali ini ialah membersih rumah-rumah mangsa banjir dan juga pondok polis di kawasan yang berkenaan.

(Gambar akan menyusul kemudian)

Monday, November 8, 2010

PEMUDA MERBOK TURUT SERTA OPERASI MEMBANTU MANGSA BANJIR


Pada 7 hb November 2010,DPPKM telah menghantar 20 orang petugas pemuda sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan sekitar negeri Kedah.
Setelah berkumpul di komplek PAS Kedah, seterusnya sukarelawan telah mendapat arahan selanjutnya daripada Sdr Aris Bin Awang di markas operasi bantuan banjir di Kuala Kedah. Rombongan sukarelawan pemuda Merbok telah meredah arus banjir yang kuat dan turut merasai kesulitan mangsa-mangsa banjir yang terlibat.Disebabkan banjir yang masih belum reda, maka sukarelawan banyak bertumpu di kawasan penempatan sementara dengan melakukan berbagai aktiviti di sepanjang hari.Antara cawangan yang paling ramai menghantar sukarelawan adalah pemuda Sungai Lalang dan pemuda Pantai Chicar.Operasi diketuai oleh ketua DPPKM Ust Mohd Zahir Bin Ghazali. Semoga mangsa terus tabah hadapi kesulitan.
















Wednesday, November 3, 2010


Usrah Dppkm bersama wakil Exco Pemuda Negeri pada 27 okt 2010


Lawatan Exco Pemuda Negeri ke pejabat Dppkm pada 16 okt 2010