Monday, November 8, 2010

PEMUDA MERBOK TURUT SERTA OPERASI MEMBANTU MANGSA BANJIR


Pada 7 hb November 2010,DPPKM telah menghantar 20 orang petugas pemuda sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan sekitar negeri Kedah.
Setelah berkumpul di komplek PAS Kedah, seterusnya sukarelawan telah mendapat arahan selanjutnya daripada Sdr Aris Bin Awang di markas operasi bantuan banjir di Kuala Kedah. Rombongan sukarelawan pemuda Merbok telah meredah arus banjir yang kuat dan turut merasai kesulitan mangsa-mangsa banjir yang terlibat.Disebabkan banjir yang masih belum reda, maka sukarelawan banyak bertumpu di kawasan penempatan sementara dengan melakukan berbagai aktiviti di sepanjang hari.Antara cawangan yang paling ramai menghantar sukarelawan adalah pemuda Sungai Lalang dan pemuda Pantai Chicar.Operasi diketuai oleh ketua DPPKM Ust Mohd Zahir Bin Ghazali. Semoga mangsa terus tabah hadapi kesulitan.
















No comments: