Monday, May 23, 2011

PELANCARAN KELAB KASEH DI PERINGKAT CAWANGAN-CAWANGAN

Peserta sedang menjamu selera di khemah yang disediakan oleh

PAS cawangan Bukit Selambau



Aktiviti luar dewan ketika pelancaran KaSeh bagi cawangan Bukit Selambau

Aktiviti menjawab soalan-soalan yang disediakan untuk peserta


Solat berjamaah

Sebahagian peserta di markas PAS Bukit Selambau

Adik Solehah bt Ramly berjaya membawa pulang sebuah basikal di dalam pelancaran KaSeh bagi cawangan Bukit Selambau dan Taman Chempaka.



Pelancaran Kelab Anak Soleh "KaSeh" telah berjaya diadakan di peringkat cawangan kampung Perak,Kg Kuala Sin,Kg Sungkap pada tarikh 13 hb Mei 2011 manakala di peringkat Kg Bukit Selambau dan Taman Chempaka telah diadakan pada tarikh 22 hb Mei 2011. Kedua-dua pelancaran telah dilaksanakan oleh ketua DPPKM ,Ust Naser bin Hamzah. Menurut pengarah program,Ust Mohd Zubairi bin Ghazali selaku pengerusi Jabatan Pembangunan Pelajar,DPPKM, program yang diadakan telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan daripada anak-anak ahli PAS serta UMNO sendiri di mana penyertaan keahlian kelab di Kg Perak dan Kg Sungkap berjaya mencecah seramai 64 orang manakala di Bukit Selambau serta Taman Chempaka telah mencapai jumlah 95 orang.
Berbagai pengisian menarik di dalam program yang bermula pada jam 4 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam itu.Antara pengisian yang diadakan seperti taarof peserta,kuez agama dan umum,solat berjamaah,tayangan slide juga ceramah motivasi. Semua peserta yang menjadi ahli kelab akan diberikan t shirt secara percuma di dalam program yang akan dimaklumkan kelak.
Berbagai hadiah cabutan bertuah telah disediakan di mana sebuah basikal menjadi rebutan untuk hadiah bonanza khusus kepada semua ahli kelab pada setiap program.
Di dalam program di Surau Nur Alam Kg Perak, adik Saiful telah berjaya membawa balik sebuah basikal manakala di Markas PAS Bukit Selambau telah berjaya dimiliki oleh adik Solehah bt Ramli.
Menurut Ust Mohd Zubairi, program pelancaran yang seterusnya adalah pada 26 hb Mei 2011 khusus untuk pelajar-pelajar di cawangan Pekan Sungai Lalang dan Sungai Lalang.

Aktiviti di perkarangan surau Nur Alam Kg Perak

Solat asar berjamaah di surau Nur Alam

Adik Salsabila,puteri Ust Mohd Zahir Ghazali(bertudung unggu)turut menjadi ahli kelab KaSeh bagi cawangan Kg Perak.Bersama ahli kumpulan ketika acara LDK




Ust Mohd Zubairi sibuk mengendalikan peserta KaSeh

No comments: