Monday, May 16, 2011

SAIDINA UMAR DITEGUR KERANA TUKAR BAJU 2 KALI SEHARI

Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NONEBeliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.


Bila melihat keadaan negara yang macam ni, kadang-kadang timbul beberapa persoalan.

  • Adakah Malaysia negara yang tidak mempunyai minyak?
  • Adakah Malaysia sudah kehabisan duit?
  • Mengapakah Malaysia tiada duit?
  • Ke manakah perginya semua duit?
Rakyat tanggung tapi pemimpin still naik kereta mahal.

Saidina Umar R.A dulu kena tegur pasal dia dalam sehari dia tukar baju 2 kali je. hahaha...boleh nampak tak apa yang cuba disampaikan. Saidina Umar tuu... bukan calang-calang orang tu. Sahabat nabi semua hebat-hebat. kalau nak dibandingkan dengan kita memang bagi langit dan bumi la..

So wahai pemimpinku, bekerjalah untuk rakyatmu. Kamu akan disoal kelak. Sama-sama muhasabah diri ok.

No comments: