Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


DPPKM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf ,zahir dan batin

Sumbangan Aidilfitri HSAH 2011 28Aug2011@28Ramadhan1432H










Sumbangan Aidilfitri 2011 Dun Tanjung Dawai

Program Sumbangan Aidilfitri 2011 bagi Dun Tg Dawai pada 26Aug2011
@26Ramadhan1432H alhamdulillah telah berjalan lancar.Sumbangan telah
disampaikan terus kpd asnaf,dan juga melalui wakil yg diamanahkan.Terima kasih kpd penyumbang dana dan juga kepada semua yg telah memberi kerjasama.
















Sunday, August 21, 2011

AL-FATIHAH BUAT AZIZI ABDULLAH

Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok mengucapkan takziah kepada keluarga novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah (gambar) yang telah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.

Difahamkan bahawa jenazah almarhum Haji Azizi telah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari tadi.

Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan.


Al-Fatihah...

Wednesday, August 17, 2011

SURAH AL-QADR & LAILATUL QADAR

``Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.''

(Riwayat Ibnu Majah)


Surah Al-Qadr dan Malam Al-Qadr

Salah satu ayat dalam surah Al-Qadr menyentuh malam kemuliaan iaitu malam penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran). Malam Al-Qadr merupakan malam penuh keberkatan (iaitu mendapat keampunan, rahmat dan keredhaan Allah s.w.t.) dan ditetapkan oleh Allah segala urusan berdasarkan kebijaksanaanNya. Pengertian surah Al-Qadr sepatutnya dibaca bersekali dengan surah Al-Dukhan ayat 3-5:

yang bermaksud:

[3] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

[4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

[5] Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.

[6] (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).

[7] Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).

[8] Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dialah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.


Kebiasaannya, jika Allah melakukan bentuk ”ayat tanya” dalam Al-Quran ia menggambarkan kemuliaan dan pengagungan akan sesuatu dan perkara ini adalah jelas dalam Surah Al-Qadr. Pengagungan di sini diharapkan agar manusia memperbanyakkan pengisian ibadah pada malam itu dan diisi dengan amalan-amalan soleh yang berbagai. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pengagungan kepada malam ini menunjukkan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui ketepatan masa berlakunya. Maklumat tentang keistimewaan malam Al-Qadr hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-Sunnah.


Istilah qadr mempunyai tiga maksud; iaitu pertama; menetapkan, kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah.


Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua. Pastinya Allah akan menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan bukan hanya untuk semalam dua sahaja. Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruang-ruang kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t... Adapun ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada keselangselian. Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.


(Memburu Lailatul Qadr 2)